20110318

Aku Gastrosexual & Aku Seksi?

Assalamualaikum.



Hari Jumaat yang indah burung burung terbang berkicauan.
Kanak kanak berlari riang sambil tersenyum.
Kucing berkejar kejaran ke hadapan ke belakang.
Sang ibu sedang memasak di dapur dengan gembira.
Sang ayah sedang berehat sambil menghembuskan asap. Eh?

                                                      [ Colourfull kan? ]

Ya. Aku ceria ini hari. Kenapa?
Sebab semalam aku sangat fofular. Kenapa lagi?
Sebab semalam ada orang panggil aku Asmara semasa shopping di Pavillion.
Gila teruja aku. Malu pun ada.

Dah stop cerita tentang Pavillion tu.
Tadi selepas balik Solat Jumaat aku duduk selak menyelak. Selak menyelak hobi aku kot.
Aku suka sebab feeling time selak menyelak tu heaven gila lah.
Susah nak kata. Apa hang dok geleng geleng?
Aku dok selak suratkhabar. Hang dok fikir apa benda?
Susah.

Semasa aku selak menyelak, aku terpandang satu sisipan bertajuk "Seksikah?".
Tajuk nye dah buat aku teruja. Baik aku tipu.
Aku baca dengan selamba dan bersahaja tanpa rasa apa apa. Betul. Sungguh.
Pengisiannya mengenai Gastrosexual. Ya Gastrosexual.
Selepas aku habis membaca baru aku sedar aku juga tergolong di dalam golongan yang Gastrosexual dan seksi! Awww! Awww! Teruja aku.
           [ Kalian tentunya akan membuat ekspresi begini jika aku berkelakuan seksi ]


Mahu tahu maksud sebenar Gastrosexual? Sila klik di sini .
Dan sila baca pernyataan di bawah :

Kajian buktikan lelaki memasak kerana rasa kacak atau mahu memikat wanita

MEMASAK sering kali dikaitkan sebagai tugas hakiki seorang wanita sehingga ada mengatakan, seorang perempuan itu wajib pandai memasak sebelum meneruskan niat untuk berkahwin.
Bagaimanapun, jika anda sedar, kebanyakan rancangan masakan tempatan atau luar negara sering menampilkan tukang masak atau chef yang terdiri daripada lelaki.
Lihat saja gaya bersahaja Chef Wan yang leka memasak sambil berceloteh atau aksi Jamie Oliver dan Martin Yan di saluran Asian Food Channel (AFC).

Mereka tampak begitu yakin, malah cukup mahir di dapur sehingga mampu menarik perhatian wanita dek kerana penampilan yang tampak seksi atau mungkin juga macho.

Mungkin itu hanya alasan direka wanita supaya suami atau teman lelaki mereka rajin masuk dapur atau mungkin itu kebenaran yang wajar menjadi pendorong bagi lelaki jika ingin memikat perempuan.

Menurut kajian Teori Gastrosexuals, yang mana Gastrosexuals merujuk kepada kelompok lelaki yang menjadikan memasak sebagai hobi, mengaitkan populariti chef selebriti lelaki seperti Gordon Ramsay dan Jamie Oliver adalah kerana aktiviti itu yang memperlihatkan diri mereka kacak.
Sementara itu, kajian oleh syarikat makanan, PurAsia menunjukkan 48 peratus responden percaya individu pandai memasak mampu menarik minat orang terhadapnya, manakala 23 peratus lelaki berusia 18 tahun hingga 34 tahun memasak kerana ingin memikat perempuan. 

Tak puas hati lagi lah tu. Dasar dengki.
Nah tengok sini pula.

Kalau kalian tak faham juga dasar tuli. Maaf.
Maksud nya insan Gastrosexual itu ialah lelaki yang menjadikan memasak sebagai hobi.
Ya. Aku begitu. Aku sangat suka memasak.
Hampir setiap hari aku akan memasak dan kebiasaannya untuk makanan cacing cacing dalam perut aku sendiri.
Waktu yang paling ideal untuk aku memasak ialah pada malam hari. Kenapa?
Sebab kebiasaannya bila malam nasi sudah mula sejuk.
Lauk pun dah mula habis sebab mak aku masak lauk awal petang.
Lagi lagi lagi kalau malam tu  ada Football Match yan g melibatkan Manchester United.
Memang heaven lah bila makan makanan panas sambil tengok MU ratah lawan dia.
Penyokong MU sila senyum. =)


Perkataan yang berwarna biru di bawah gambar yang colourfull itu membawa maksud yang seiring dan seirama dengan [AKU TIPU]



*Terpaksa tamatkan di sini kerana En Jamat sudah bising suruh alihkan lembu lembu sekalian.

2 comments:

Cikbeyla Nabiella said...

abang abang. tanak masak untuk aku ke?
hahahhahahahah. =D

Comek said...

Banyak abang kau. haha. Aku masak untuk yang istimewa je kot. Kau nak jadi yang ke-2 ke-3 boleh lah. haha.