20110430

Ironi Persahabatan Dan Percintaan

Assalamualaikum..



Gara gara pengecas laptop yang rosak.
Gara gara aku tidak bekerja.
Gara gara aku tiada wang untuk mengantikan nya dengan yang baharu.
Gara gara itu semua aku tidak update blog dalam tempoh yang lama.

Ya itu semua gara gara itu ini itu.
Dan sekarang aku dah boleh update selalu selalu sebab akak aku dah belikan pengecas.
Ouh heaven.

Persahabatan dan percintaan.
Perkenalan daripada persahabatan menimbulkan bibit bibit percintaan.
Ya. Kebanyakan percintaan bermula daripada persahabatan.
Namun tidak semua percintaan akan berakhir dengan persahabatan bukan?
Agak sukar dari pemahaman aku untuk mencapai takat itu.

Benar bukan?
Seperti kau kau dan kau dengan pasangan kau kau dan kau.
Bukan bermula daripada persahabatan?
Atau mungkin kalian Super Something yang baru pertama kali terjumpa sudah berkata.
"Eh kau cinta aku mari sini."
"Eh aku tahu kita ada jodoh, mari kita jalinkan hubungan."
"Eh aku cinta sama kau, mari kita berpimpin tangan."

Mungkin kalian akan mendapat tamparan berharga di kiri dan kanan.
Atau mungkin lebih bermakna jika kalian menampar diri sendiri supaya tersedar dari lamunan sang nelayan yang inginkan rumah di atas awan.
Atau lamunan gadis kampungan yang inginkan putera raja melutut menadah tangan.

Gila bukan jika kalian mempunyai sifat psiko seperti itu.
Para wanita wanita perempuan perempuan mak mak janda pun takut nak ada berhampiran dengan individu yang ada cop mohor Si Psiko di dahi.

Ya benar pada aku setiap perhubungan bermula daripada persahabatan.

                [ Kata yang indah bila mula mula di ucapkan. We Are Bestfriend. ]

Ada persahabatan yang akan kekal sebagai persahabatan.
Namun ada juga persahabatan yang menjadi sebuah hikayat percintaan si teruna dan si dara.
Ada beberapa kemungkinan yang menyumbang kepada permulaan titis titis cinta di dalam jiwa sang sahabat.
Kadang sang teruna rasa si dara mencintai dirinya.
Kadang sang dara rasa si teruna suka akan diri nya.

Perhatian yang di beri oleh sebelah pihak atau kedua dua belah pihak mampu untuk melekatkan nama si dia di tubir jiwa.

Situasi aku wujudkan bagi melihatkan gambaran.
1.) Minah sakit. Mamat sahabat Minah. Mamat hantarkan ubat ke rumah Minah. Minah terharu. Minah sudah mula melihat Mamat lebih daripada sahabat.

2.) Abu jatuh motor. Abu patah kaki. Wana sababat Abu. Wana naik bas untuk melawat Abu. Wana sedih bila lihat kaki Abu berbalut. Wana kata dia nak lihat Abu berjalan semula. Abu terharu. Abu sudah jatuh cinta sama Wana.


      [ Persahabatan memungkin kan permasalahan dan kesedihan di kongsi bersama ]

Ya. Kebiasaan nya persahabatan menjadi tiket untuk menghamburkan segala rasa kepada dia.
Benar bukan?
Seperti yang kalian kalian biasa kata "Sahabat sejati adalah individu yang selalu menjadi mata untuk menyatakan kesalahan kita. Menjadi telinga untuk mendengar cerita kita. Menjadi mulut untuk memberi kata semangat kepada kita. Menjadi tangan untuk memimpin tangan kita saat kita kabur untuk berada di atas landasan yang benar. Menjadi kaki untuk sama sama melangkah di kala kita memerlukan peneman."
Mungkin di atas situasi tersebut juga wujud rasa sayang, rasa kasih, rasa cinta terhadap si dia.

             [ Cinta itu indah jika di kongsi dengan orang yang berbeza dengan diri ]

Percintaan sukar di akhiri dengan sebuah persahabatan.
Aku di tahap 50/50 mengenai pernyataan ini.
Aku tidak menidakkan dan aku tidak mengiyakan.

Ya. Aku tahu ada yang menidakkan kata kata aku ini.
Ya. Aku tahu kalian punya pendapat yang bercanggah dengan aku.
Ya. Aku tahu akan ada yang mahu berkata.
"Eh aku masih bersahabat dengan bekas kekasih aku."
"Eh Mat, gua dengan awek gua dah macam member je."

Aku tidak menidakkan pandangan kau kau dan kau tentang ini.
Kau kau dan kau ada pandangan tersendiri.
Begitu juga dengan aku bukan?

Jika ada di buat kajian, adakah statistik akan menyatakan lebih 50% responden bersetuju bahawa percintaan boleh berakhir dengan persahabatan?
Aku tidak rasa boleh mencapai sehingga begitu.
Mungkin.

Seperti yang aku katakan tadi aku berada di tengah tengah mengenai pernyataan ini.
Aku punya ya dan aku punya tidak.
Kerana ada bekas kekasih yang aku masih jalinkan persahabatan dan ada juga yang tidak.

               [ Persahabatan selepas percintaan itu sebenar nya mengasyikkan ]

Benar. Kerana kau dan dia pernah berkongsi pelbagai cerita.
Kau dan dia pernah hidup bersama.
Tiap hari ada dia.
Tiap hari ada kau.
Tiap lembaran baru di dalam hidup si dia juga menjadi insan pertama yang tahu mengenai nya.
Jadi bila bersahabat seperti sudah dapat di jangka apa respon yang akan di beri si dia jika kau berkkata sesuatu.

Namun ada juga bahayanya.
Saat ini aku tersenyum sinis.
Jika kau bersahabat selepas bercinta, ada kemungkinan kau akan terjatuh cinta semula dengan si dia.
Aku sendiri pernah rasa.
Zaman zaman gelap dulu.
Namun kini sudah zaman terang insyAllah.
Awak jangan risau ya. :)

Pada aku, itulah ironi persahabatan dan percintaan.

Ingin juga aku selitkan, percintaan bukan kata noktah kau akan tetap bersama dengan si dia. Dan bercinta tidak di semestinya kita akan di satu kan sebagai kekasih yang sah selagi Yang Maha Kuasa tidak mahukan begitu. Jiwa jantan aku tersentuh bila melihat wanita yang di uji keimanan dan cintanya sekaligus apabila bakal suaminya di cabut nyawa di saat hampir melangsungkan pernikahan dengan nya. Apa yang sempat arwah nyatakan hanya, lafaz nikah melalui telefon genggam sejurus sebelum kecelakaan. Jika cinta lebih kuat dari iman mungkin sudah menyalahkan Yang Maha Kuasa atas segalanya. Astaugfirullah.

20110417

Perasaan Si Stabil Terhadap Si Merah

Assalamualaikum.


Hai sahabat dunia maya.
Lakarkan senyuman di muka.
Tunjukkan sinar di mata.
Walau esok mungkin penamatnya.

Perbualan dengan seorang sahabat sebentar tadi membuatkan aku tersenyum sendiri.
Apa yang aku suka kacau mengenai dia dan teman nya seolah olah menjadi nyata.
Aku namakan mereka sebagai Si Stabil dan Si Merah.

            Si Stabil : Kawan. Aku perlukan kau.
                  Aku : Mengapa sahabat?
            Si Stabil : Malu la.
                  Aku : Kau nie. Sudah aku serapkan unsur serius bila ada yang
                           memanggil dan bertanya sedemikian rupa kepada aku.
            Si Stabil : Rahsia kita berdua?
                  Aku : Haruslah. Aku makan apa yang akan kau ceritakan agar 
                            menjadi daging tidak terlihatkan.
            Si Stabil : Baiklah. Kau tidak perlu bermadah sangat. Kusut aku.
                  Aku : Haha. Baiklah. Ceritalah.
            Si Stabil : Aku suka dia sahabat.
                  Aku : Si Merah?
            Si Stabil : Ya.
                  Aku : Aku suka! Kau mahu aku dengar luahan atau menolong 
                           apa apa yang berkaitan?
            Si Stabil : Entahla. Aku pun tidak tahu.
                  Aku : Kau tidak pernah berbicara soal hati ke sama Si Merah?
            Si Stabil : Tidak. Aku gusar.
                  Aku : Gusar mengapa ya?
            Si Stabil : Entahla. Ada penawar?
                  Aku : Agak agak siapa lelaki lain yang dia paling rapat selain kau?
                           Penawarnya jawapan dia. Atau boleh menjadi racun mungkin.
            Si Stabil : Aku tidak pernah bertanya. Tapi dia ada kata tiap malam bekas
                           kekasih dia mesej dia tapi dia tidak layan.
                  Aku : Kau selalu mesej dia?
            Si Stabil : Seminggu aku akan Topup RM10 untuk mesej dia sahaja. 
                           Tiada Call sesiapa. Tiada Call dia. Hanya mesej semata mata.
                  Aku : Wah. Kira ada bunga bunga lah tu. Cuba tanya apa rasa hati dia.
                           Beranilah kawan!
           Si Stabil : Haha. Dia hanya suka berkawan dengan aku. Katanya lah. Aku
                            tidak tahu isi hati. Sebab malu berbicara soal hati.
                  Aku : Haha. Malu tapi sudah tidak keruan.
            Si Stabil : Itulah pasal. Itu sebab aku perlukan teman. Huru hara aku di buatnya.
                  Aku : Haha. Kasihan.

[ Aku akan guna gaya bahasa sedemikian apabila aku berbicara bersama teman yang sealiran ]

   [ Kau akan melompat gembira jika jawapan dia adalah apa yang kau mimpikan ]

Namun kau juga mungkin akan terduduk kesayuan jika jawapan dia tidak sama dengan apa yang kau bayangkan.
Tetapi tidak salah mencuba bukan?
Mungkin dia akan berlari pergi jika kau tidak memulakan langkah pertama. 
Bukankah wanita penuh dengan sifat malu wahai sahabat ku?

Jika kau di terima dia aku sungguh gembira kerana aku suka menganggu kalian berdua.
Kalian kelihatan secocok walau ketinggian seperti ada kekurangan.
Ketawa sinis.

Namun apa yang aku lebih suka kalian berdua kelihatan mempunyai pemikiran sama tentang tinta. Benarkah?
Dua marga sang pencinta bahasa jika bertaut mungkin indah seperti bait bait puisi yang di gubah penuh dengan melodi.

Seperti yang aku katakan.
Kau perlu memulakan langkah.
Cari masa yang sesuai.
Masa yang kedua dua pihak tidak di himpit dengan kesibukan.
Tanya tentang hati dia.
Jika dia masih mahu berteka teki, biarkan.
Jangan di desak jangan di paksa.
Mungkin dia perlukan masa untuk menerima kau lebih daripada seorang sahabat.

Jika dia menerima, Alhamdulillah.
Jika dia menolak, jangan pula kau menyumpah seranah.
Soal hati bukan semudah seperti di dalam drama.
Yang boleh di tentukan.
"Saya sayang Mona. Mona pun sayang sayalah."
"Saya cinta Limah jadi Limah perlu cinta sama saya juga."
Ini gila. Jika benar boleh seperti ini sudah tentu akan aku praktikkan juga.

Buanglah sifat malu kau itu.
Bukan semua.
Hanya cukup untuk bertanya si dia mengenai kewujudan kau di dalam hatinya.
Ingat pesan orang tua.
Jangan di tunggu lama lama.
Si Merah itu HOT orang nya.
Kau lambat mana tahu terlepas ke aku pula.

                                    [ Si Stabil sudah meracau seperti ini ]

Aku terpaksa tamatkan di sini.
Si Stabil tidak sabar mahu membaca.

Akhir kata : Ouh Si Merah! Si Stabil bilang I Love U sama kamu!

20110412

Salah Cara Untuk Kau Mendapatkan Bahagia

Assalamualaikum.




Sudah lama tidak menjejakkan diri di ruang picisan ini.
Bukan kesibukan yang menjadi punca.
Namun aku seperti tidak mempunyai jiwa untuk menulis lagi.

Sepanjang aku menyendiri, aku melihat apa yang aku perlukan di dalam hidup ini.
Sepanjang aku menyendiri, aku rindukan hilai tawa Si Gula Hati.
Sepanjang aku menyendiri, aku pastinya mahu itu semua kembali lagi.

                   [ Kadang kala cara yang salah di guna untuk mendapatkan ini ]

Ya. Aku mengeji insan sebegini.
Insan yang tidak tahu menghormati.

Apa yang kalian akan kata jika kalian sudah berpunya dan secara tiba tiba ada insan yang kalian tidak pernah rapat meluahkan isi hati sambil menyuarakan hasrat ingin menjadi penyeri sedangkan sudah berkali kali kalian  katakan bahawa itu semua tidak mungkin akan terjadi?
Psiko bukan?

Buat apa kau mahu mencantas gembira yang orang rasa?
Buat apa kau mahu membunuh saat orang sedang bahagia?
Buat apa kau mahu kan dia yang sudah berpunya?
Buat apa?

Kau mahu menjadi sang juara yang melonjak lonjak gembira seperti kera sedangkan ada insan lain yang tersungkur derita hasil daripada kata cinta yang kau hamburkan sebenarnya penuh dengan nista?
Kau mahu menjadi sang pencinta yang setia konon nya sedangkan ada hati yang kau bantai dengan belati saat kau menaburkan segala janji?

Dengarlah. Dia sudah berpunya.
Masih ada ramai manusia di luar sana yang bersendirian.
Yang mahukan perhatian.
Yang mahukan belaian.
Cubalah. Mana tahu kau dapat.

  [ Kadang kala kita tidak menjadi diri sendiri untuk mendapatkan apa yang di hajati ]

Manusia.
Pantang di beri perhatian oleh insan yang berlaian jantina.
Pantang di ambil kisahnya.
Lalu cepat di jaja cerita.
"Minah minat aku."
"Mamat gila bayang dengan aku."

Mungkin jika kau tahu kebenaran atas segala apa yang kau katakan kau akan berjalan mengundur kerana tidak mahu manusia sekeliling melihat rupa kau yang kebodohan menahan malu.

Susah.
Jika tak di ambil peduli di kata hidup di dunia ciptaan sendiri.
Jika di tanya keadaan diri di kata hendak mencari publisiti.
Manusia kini terperuk dengan ideologi yang membuta tuli menuding jari.
Begini di kata sudah moden dari segala segi?

Manusia ada samanya tidak kira wanita lelaki.
Mereka masih ada segumpal darah merah yang bernama hati yang mempunyai sama fungsi.
Mereka masih ada rasa ingin bercinta dan di cinta.
Mereka masih ada rasa ingin menyayang dan di sayang.
Mungkin sebab itu juga mereka sering salah erti apa yang di beri.

Ya. Jangan juga kau salahkan dia yang mengejar kau setiap masa.
Mana mungkin dia akan menyeberang jika kau tidak menyediakan jambatan?
Mana mungkin dia akan cuba membuka pintu hati kau jika kau tidak menampal tanda Selamat Datang?

                               [ Tidak perlu kau begini untuk membuat dia lari ]

Ya.
Tidak perlu kau tunjukkan rasa benci.
Cukuplah jika kau nyatakan berulang ulang bahawa kau sudah ada peneman di hati.
Jika dia berdegil, jangan kau penat untuk nyatakan lagi.
Manusia akan cepat malu jika berkaitan soal hati.

Jangan kau tunjuk gaya sahabat yang setia pada manusia yang sebegitu rupa.
Bukan aku ingin merubah kau menjadi si kejam. Bukan.
Sedangkan besi waja asalnya di cair kan bukan?
Inikan lagi kau sang perempuan.

Seperti yang aku katakan tadi, manusia sering menyalah erti perhatian yang di beri.
Persahabatan dan percintaan di tembak serupa. Gila.
Mungkin dia hidup di dunia yang penuh melankoli.
Seperti si nanar yang ketawa bila di puji dan tersenyum bila di keji.
Tidak dapat membeza pujian dan cacian. Sadis.

Aku hanya dapat memberi pendapat.
Namun semua terpulang kepada kau sahabat.
Adakah kau mahu menjadi sahabat setia yang di sangka menyemaikan benih cinta kepada dia?
Adakah kau mahu di kata kejam sedangkan itu kau punya cara untuk mengekalkan bahagia yang kau rasa?
Terpulang. Seperti yang kau selalu kata.
"Tangan di dada wajah dongak ke langit."
Jangan pula selepas ini kau tertunduk sentiasa ya.
*ketawa*

20110403

Masalah Bukan Untuk Kau Berlari Pergi

Assalamualaikum.



Kepenatan telah berubah kepada kesakitan.
Kesakitan luaran, bukan dalaman.
Tubuh hanya dapat berehat apabila mata dilelapkan.
Tidak dapat duduk bersenang sambil kaki digoyang.

Mata dipejam, fikiran menerawang.
Mata dibuka, wajahnya terbayang.
Tidak sanggup hidup berseorang.
Itulah cinta, itulah sayang.

   [ Lebih elok kau menangis sehingga  comot begini dari kau melakukan perkara yang 
                          akan kau sesali kemudian hari atas kesalahan diri ]

Ya. Pada aku itu lebih baik.
Bukan kerana aku suka melihat kau menangis. Bukan.
Tapi itu lebih baik daripada kau bersembunyi sambil memikir agenda yang berbahaya.
Itu boleh menjadi bencana.

Masalah.
Bukan seperti insan yang memegang pistol di balapan.
Bila saat picu ditarik dan melepaskan peluru kapur, kau perlu berlari sekuat hati tanpa ada perancangan teliti.
Boleh terjatuh walau ada sebutir pasir di lorong larian.
Kau yang akan sakit sendiri. Kan?

Masalah kau perlu tangani.
Ya. Aku tahu itu sukar.
Kerana masalah boleh menyebab kan insan mendakapkan muka ke tanah kerana mahu menyembunyikan wajah yang gundah.
Namun sampai bila kau mahu berlari?
Sampai insan lain lupa kewujudan kau di muka bumi?
Aku ketawa geli hati.

               [ Menyendiri boleh menjadi terapi untuk kau melihat kesilapan diri ]

Ya. Kadang kala kita perlu menyendiri.
Menyendiri untuk melihat kesilapan apa yang kita lakukan atas kehendak hati.
Kehendak hati yang kadang kala membawa bencana kepada diri.
Kehendak hati perlu di iringi dengan minda yang teliti.

Masalah bukan untuk insan lari daripadanya.
Masalah gunanya untuk di selesaikan.
Di selesaikan dengan cara yang sempurna.
Bukan dengan mengambil cara mudah melangkah pergi.

Ya. Aku tahu sukar untuk menyelesaikan masalah.
Tapi tidak salah kau mencuba.
Biarlah berkali kali kau gagal, mana tahu kali yang seterusnya kau berjaya.
Saat itu kau akan tersenyum sambil bersyukur ke hadrat Illahi.

Masalah ada baiknya.
Sebab masalah akan menjadikan kau lebih dewasa.
Kau akan dapat melihat dunia dari satu sudut yang berbeza.
Dan kau akan tahu apa itu muslihat, apa itu agenda dan apa itu propaganda dunia.

Ya. Kau masih muda.
Mungkin kerana itu juga kau mahu mengambil jalan mudah.
Jalan mudah yang sebenarnya berbisa. Tersiksa.
Jalan yang menyongsang arus.  Berlawan.
Bisa bertembung dengan yang di hadapan.

Ingat.
Tiada jalan yang mudah.
Tiada jalan yang ringkas. Singkat.
Tiada. Namun kau perlu juga laluinya wahai si darah muda.

Mungkin kau sudah putus harapan.
Mungkin kau sangka kau sudah jatuh terduduk tidak berdaya.
Namun kau perlu tahu bahawa ada yang ingin menghulur lengan untuk kau berpaut. Bertahan.
Ada yang ingin menjadi penampan saat kau terjatuh agar sakit kau tidak terasa.

Jika kau sangka kau punya masalah terbesar dalam dunia, kau salah.
Saat kau hanya terduduk, ada insan yang sudah terbaring. Tidak bermaya.
Seperti insan yang meminta nyawa.
Ingatlah, ada insan yang mempunyai masalah yang berkaitan nyawa.
Hidup. Mati. Lagi besar masalah yang di hadapi.

                [ Mata hitam, buntang. Namun hati kau masih merah. Aku yakin ]

Hukuman.
Ya. Perkara yang aku rasa setiap insan gentar.
Meremang bulu roma sehingga peluh jantan betina seirama menitis.
Namun hukuman itu bukan bermakna kau kalah. Tidak!
Hukuman itu sebagai pengajaran agar kau tidak mengulangi kesilapan.
Jika kau tidak menerima hukuman, kemungkinan besar kau akan melakukan semula perkara yang sama.
Insan yang memberi hukuman bukan kerana tidak pedulikan rayuan kau.
Tetapi kerana mereka ingin berubah.
Kerana mereka masih sayang. Masih ambil berat dengan diri kau.
Yakinlah. Mereka sayang. Bukan benci.

Menangislah. Aku lebih rela melihat kau menangis saat ini daripada kau menangis kemudian hari kerana tersilap mengambil jalan untuk kau lalui.
Seka sisa air mata yang keluar dari tubir mata.
Senyumlah dengan senyuman yang bukan di paksa.

              [ Aku harap dapat melihat senyuman secomel ini lagi dari wajah kau ]

20110401

Apa Ada Dengan Cinta. Eyh?

                     [ Awak. Awak. Nak shawl crumple crumple macam ini. Eyh? ]

Assalamualaikum.



Aku terpaksa menconteng kembali di sini.
Maaf kerana aku tidak bisa menahan gelojak rasa.
Mukabuku tidak cukup untuk melunaskan rasa.
Contengan di dinding tidak boleh panjang berjela.

Kata maaf aku titipkan terutamanya kepada para followers dari Sabah khususnya kerana aku tidak dapat memenuhi undangan fotografi seperti yang telah di jadualkan.
Kekangan waktu membataskan segalanya.
Biarlah wajahku tidak terpampang di majalah.
Cukuplah jika aku dapat menunaikan apa yang lebih penting untuk diriku.
Sekali lagi kata maaf aku titipkan.

Aku masih seperti insan lain yang hanya mempunyai duapuluhempat jam sehari untuk melunaskan semua perkara yang menderu hadir tanpa boleh di henti.
Aku bukan benda yang hanya memerlukan sumber sel basah atau sel kering untuk bergerak tanpa nyawa. Bukan.
Aku masih memerlukan kudrat yang hanya pinjaman daripada Tuhan.
Jadi jangan mengeji aku jika aku tidak dapat memenuhi undangan.
Senyum simpul aku hadiahkan.

          [ Jika benar dapat di lihat begini, tentu kau akan menjaganya dengan berhati hati ]

Kan? Jika tiba tiba jantung hati keluar ketika kau menyakiti, tentu kau akan cabut lari sambil menyumpah tidak akan mengulangi lagi.
Seorang sahabat meninggalkan komentar di contengan sebelum ini bahawa apa yang aku contengkan mempunyai situasi yang sama seperti dirinya.
Mungkin ini semua hanya kebetulan.

Ya. Kebetulan.
Dan kerana itu aku terpanggil lagi untuk bercerita mengenai hati.

Cinta tidak menjamin bahagia.
Cinta tidak memberi senyuman sahaja.
Kerana saat hadirnya cinta akan terselit derita.
Akan muncul juga bayangan perpisahan.

Cinta itu seperti pepohon.
Pepohon yang kau perlu jaga rapi.
Perlu dibajai dengan rasa kasih rasa sayang.
Rumput meliar perlu kau hindar takut menyerap nutrien yang segar.

Cinta itu seperti tebing.
Tebing yang di bina untuk di jadikan penahan badai yang akan menghempas pantai kebahagiaan.
Tebing yang di bina harus ampuh. Harus kukuh.
Pasak kan dengan kepercayaan, kejujuran, kesetiaan.
Namun perlu juga kau selitkan pemberian dan penerimaan agar lubang lubang kosong tidak kelihatan.

Namun jika tebing itu masih goyah, jangan kau menyerah kalah.
Sedangkan yang sudah menyembah bumi masih mahu berdiri agar dapat merasa kebahagiaan hakiki.
Itu semua bukan penanda untuk berhenti.
Malah itu menjadi bukti, sama ada tebing yang di bina sudah cukup sempurna ataupun masih perlu di baiki.

Jika cinta di uji, cubalah jangan mengalirkan air mata walaupun itu semua mustahil belaka.
Kerana saat itu tubir minda tidak akan dapat mencerna dengan sempurna dan amarah akan di guna sebagai penyelesai masalah.
Mengasingkan diri, mendiamkan diri akan buat kita berfikir apa kesilapan sendiri dan bukan hanya menuding jari.
Perlahan lahan. Jangan di desak jangan di paksa.
Takut bukan kenyataan yang di terima tetapi hanya harapan.
Jika benar sayang, tidak akan hilang.

                              [ Cinta akan kau buat terasa seperti di awangan ]


Cinta membawa maksud pelbagai.
Namun setiap cinta perlu di bajai dengan cinta kepada Maha Pencipta agar mendapat kebahagiaan sempurna.
Setiap manusia pasti akan jumpa apa itu erti cinta.
Mungkin hari ini. Mungkin esok.


CINTA
Salahlah bagi orang yang mengira bahwa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus.
Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad.

CINTA
Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

CINTA
Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.

CINTA
Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat- hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.

CINTA
Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.

CINTA
Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati; tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan; atau yang lain mengejarnya, untuk berbuat jahat atas namanya.
 
                                     [ Kahlil Gibran
 
 
 
Baiklah.
Otak aku sudah tepu.
Jari aku sudah kaku.
Hati aku sudah beku.

*Tiba tiba perasan kesalahan mengenai followers dari Sabah. Maaf.
*Hari Sabtu malam Ahad majlis Maulidur-Rasul di kampung.
*Hari Ahad ada pertandingan Futsal.
*Doa kan kejayaan aku ya sahabat.
*Aku harap kalian juga melalui hari dengan hebat.