20120331

Perubahan



Perubahan.
Suatu perubahan itu sering terjadi apabila kita meletakkan satu sasaran dalam sesuatu perkara. Kita nak capai perkara tersebut. Contoh ; kau mahukan pointer melambung, yang pada setiap cuti sem kau akan dapat surat yang mengandungi slip keputusan peperiksaan yang gempak. Dapat masuk dalam Dean List. Tapi, untuk kau capai itu, kau kena melakukan perubahan terhadap diri kau sendiri. Cara belajar dalam kuliah, cara mengulang kaji, cara buat assignment yang boleh score full mark, cara score kuiz. Macam macam. And perubahan itu di mulakan oleh diri kau untuk mencapai sesuatu.

Aku bercerita mengenai perubahan sebab aku rasa diri aku mengalami perubahan. Tetapi yang peliknya, perubahan ini bukan atas dasar mencapai sesuatu. Ia secara tiba tiba. Tanpa ada musabab dan tanpa ada perancangan. And aku katakan diri aku mengalami perubahan, bukan berubah. Which is, diri aku masih dalam proses untuk berubah. Masih dalam proses.

Sekarang hari ke-enam. Aku tak tahu sama ada perubahan ini akan berlanjutan sampai bila. Dalam hari ke-enam ini, badan tidak menunjukkan sebarang tanda sangapkan nikotin. Tidak ada menggigil. Tidak ada meleleh air liur. Tidak ada buntang mata. Tidak ada sesak nafas. Tidak ada. Aku rasa macam biasa. Dan jika kalian katakan aku boleh bertahan kerana tidak mempunyai stok, atau tidak ada yang merokok di sekeliling aku, mari. Aku khabarkan. Rakan rakan baik aku di sini majoritinya merokok. And dalam simpanan aku, masih ada empat kotak Winston yang belum dibuka. Weird? Pelik bukan? Why aku tidak merasa mahu bukak rokok tersebut and hisap? Entah. Aku tak rasa nak buat. Mungkin, seperti apa yang aku katakan tadi. Pengaruh emosi. Sekarang, emosi aku berada dalam tahap yang baik. Mungkin mendorong aku untuk melupakan mengenai nikmat menyedut asap. Dan mungkin, jika aku dalam proses rabak, aku akan menghisap rokok kembali? Mungkin. Entah.

Dan, aku tidak membesarkan mulut, melantangkan suara untuk memperkatakan ""Merokok itu salah! Buruk! Tak beradab!", terhadap sesiapa. Aku tidak. Kerana, hak merokok itu adalah hak masing masing. Jika aku mahu merokok kembali pun, apa masalahnya? Hak aku? Jadi, kalian janganlah sesuka hati melaungkan kebodohan dan kebencian terhadap golongan perokok. It's their money. So?


Merokoklah dikau, jika kau rasakan itu yang sesuai dengan jiwa kau. Dan, berhentilah dikau, jika kau sedar itu semua adalah sesuatu yang merosakkan.

Chalo. 

20120328

VanillaCoklat

Aku pegang secangkir cairan Coklat.
Aku hidu. Aku tatap.
Senyuman aku diselang selikan dengan kehangatan yang menerawang.
Aku mengangkat cangkir.
Menuju perlahan kebibir.
Mencicip rasa yang menggila.
Mengalir kedalam rongga.
Jentikkan rasa suka di birai tubir minda.
Timbulkan bibit gembira.
Getus ritma jiwa hasilkan musika yang asyik.
Seperti sang penagih mendapat dadah!
Seperti sang pemburu mendapat gajah!
Seperti sang pemerintah yang dapat pasakkan kuku alirkan darah!
Aku seperti coklat ini.
Melalaikan.
Terus lalai.
Umpama si gila yang sentiasa tersenyum gembira.
Umpama Siddartha Gautama yang mencapai tahap Nirvana.
Kesempurnaan.

Musika indah terhenti pabila aku terhidu sesuatu.
Bauan yang sudah lama aku rindu.
Vanilla?
Aku pejamkan mata.
Pinjamkan indera lainnya.
Hidu, bau, sedut aromanya.
Dari marga orkid bernama Vanilla.
Haruman indah membangkitkan rasa.
Mengembangkan segala rongga.
Aktif!
Kekotak fikiran saling berkejaran.
Terlanggar sentuh mahu mencantumkan memori lama yang dipisah rabak dengan jarak.
Imejan gurau senda terputar lancar tanpa sekat karat lama.

Kau, aku punya Vanilla.
Kau, seumpama ramuan rahsia.
Dalam acuan membina senyum dan tawa.
Meski saat mata masih rapat belum terbuka.

Vanilla.
Mari.
Kita cipta elemen gembira kembali.
Kita sambungkan indahnya cinta yang pernah dikongsi.
Bersatu dalam jiwa.
Kau Vanilla dan aku Coklatnya.
Satu penyatuan sempurna.
Terpasung bersama.
Senyum, Vanilla, bila kau buka mata.
Senyum.
Bangkitkan emosi bahagia pabila matahari mengejek sinis.
Seraya itu Coklat akan mencair dalam kehangatan cinta.
Vanilla dan Coklat.
Terus.
Tersenyum. Tertawa.
Indah.
Mewah dalam dunia ciptaan imaginasi mereka.
Tiada gundah.
Tiada hiba.
Bahagia.
Sehingga bumbung tersujud sungkur.
Sehingga tanah melebur.
Moga moga.
 Kisah cinta, Coklat kepada Vanillanya.
(Comek-Diy,2012)

20120321

Senyum


Dalam tiap pemikiran manusia manusia, punya suatu takat yang harus dipecahkan.
Dilempar batu, dihempas kasar, dicarik rabak.
Pecahkan! Pecahkan!
Pecahkan limitasi fikiran.
Kita ini makhluk yang hebat!
Mari.
Kita sama sama.

Pejamkan mata.
Pejamkan mata.
Buang segala macam berat minda masalah dunia.
Walau sepenting mana, buangkan sementara.

Binakan imejan diminda.
Kita direktori pemikiran kita sendiri.

Bayangkan.
Kita duduk ditepi pantai.
Memeluk erat lutut yang terpasung sempurna.

Ombak memetik irama.
Unggun membakar jiwa.
Angin mengelus manja.
Bintang tertari ria.
Bulan terkaku tanda setia.


Putarkan filem filem kehidupan ke masa yang kita rasa terpaling bahagia.
Ingat. Gali. Cari.
Momen momen indah yang terbekas dihati.
Layarkan kepingan gambar gembira yang tercarik pisah.
Cantumkan kembali.
Suntikkan dosej gembira kedalam gambar yang tercantum sempurna.

Jungkitkan bibir atas dan bawah sekata.
Hasilkan lengkungan getus jiwa.
Senyum.
Senyum.
Senyum.

Kerna, senyuman itu terapi sempurna.
Jangan gentar.
Tidak akan dibaling tahi sebagai pembalasan kepada senyuman.
Jangan takut.
Tidak akan tercalar maruah jika senyuman sebagai solekan muka.
Jangan khuatir.
Senyum.

Buka-lah mata.
Pandang saudara sebelah-menyebelah.
Senyum.
Walau segala masalah menghambat gembira.
Namun, senyum yang seberapa ketika dapat pudarkan rasa gundah.
Hadirkan rasa gembira.
Walau sekelumit cuma. 


20120314

Nescafe Pekat



Berputus jarak melangkaui masa.
Terbibit senyum sang arjuna cinta.
Memikirkan pemasung hati penjaga diri.
Kita jauh.
Namun, malam ini kita rasa satu.
Sama.
Walau tidak bertentang mata.
Bersua muka.
Bertukar cerita.
Malam ini, haruman Nescafe pekat tanpa gula kita rasai bersama.
Aroma asyik menggodak rongga.
Menerjah tunas rasa hasilkan bahagia.
Setiap hirupan terasa manis.
Manis.
Manis.
-Penghirup Kafien-

***

  Hidung aku, hidung kau.
Kini menghidu satu bauan sama.
Lidah aku, lidah kau.
Kini mencicip satu rasa yang sama.
Tangan aku, tangan kau.
Kini mengangkat cangkir.
Menuju perlahan ke bibir.
Untuk nikmati hirupan manis yang sama.

Aku tahu.
Kau dan aku,
punya satu fikir.
Dan satu rasa yang selalu mengalir.
Sama. Manis.
Macam Nescafe yang melepasi bibir! 
-Penghidu Kafien-

20120307

Unexpected Feeling.



I sat on the green grass.
At the wide field.
Looking at the bluest sky.
Hearing the chirping birds that freely fly.
They sang a song.
A lovely song.
I let the wind sweeps my head.
Blowing away my memory of yesterday.
When we see each other in unexpected way.
But why?
You are still there.
In my mind.
In my warm breath.
If this is a love.
Give me a piece of your heart.
Where I can write a rhyme.
A lovely rhyme about us.
So we will not be apart.