20110225

Celita Tentang hati sama Cinta =)

Assalamualaikum.

Apa macam lu olang semua? Ala baik a? 
Bisnes apa macam? Ala untun?
Belaja apa macam? Ala ong?
Apa? Lu punya Cigu mala ha? Lu olang manyak samseng mana lu punya Cigu tala mala sam lu olang. Haiya.


Kali ini mau kasi celita apa ha?
Apa? Mau pinjam luit a? Wa bukan along ma. Wa anak bongsu mana panggil along. 
Wa mau kasi celita pasal hati la ini kali. haha.
Manyak syiok ma bila celita pasal hati atau cinta. 
Ala olang mati. Ala olang gila. Ala olang bahagia. Ala olang manyak luit pasal ini cinta ma.

                                           [ lepas di hirup hilang ]

Ini celita cinta olang yang pena tengok ula belak saja boleh baca. Ya. Ula belak ma. haiya. Bukan kula kula. tapi ula. ULA. Macam mana wa mau kasi lu olang faham wa punya celita.
Kita luluk Malaysia sama sama. Tapi lu olang tala faham wa punya cakap apa macam ma. Wa kasi tunjuk gamba la ini macam. haiya.

                   [ ini ula kulang makan punya. kepala besat badan kicik ]

Kenapa wa cakap olang pena tengok ula belak ja boleh celita pasai ini cinta? Sebab olang yang pena tengok ula belak sula cukup lewasa ma. Itu matured la. Haiya.
Apa pasai? Mana tau. Wa ikut itu Filem 7 juta punya olang. Itu David Teo ma.

Sula sula. Tak mau celita pasai ula belak lagi. Itu najis Mutawasitah ma. Apa? Lu ingat wa cakap pelat wa bukan Islam ka? Wa Islam ma. Mata wa saja ada sikit sepet.


Macam wa cakap tadi ma. Ala olang mati sebab cinta. Lu tala faham ka?

Ini macam la. Hati sula kena tikam kelua dala Siap tumbuh bunga mana ta mati. Gila wo kalau ta mati.
Tapi ini olang pun manya bolo. Sapa sulo kasi tikam dia punya hati sampai tembus kelua dala.
Memang la mati.

Lagi wa cakap tadi ala olang gila sebab cinta kan? Betut kan? haiya? betut ka tala betut? Lu olang nie susa la.
Sikijap wa scroll ke atas wa tengok lulu sebab wa pun lupa ma apa wa tulis tali. 
HA! Betut la. Tali wa cakap ala olang gila sebab cinta. 


Ini crazy love atau cinta gila punya. Mau tau sebab apa a? Sebab kalang kalang lu olang tala tengok sama lu olang punya amoi/apek. Kasi tengok ala sesuai atau tak. Dia punya parents macam mana. Dia punya attitude macam mana. Dia punya gaya macam mana. Kalau lu pun amoi/apek itu up-to-date punya olang, lu olang tengok lu punya amoi/apek boley telima atau tak cara lu olang. Kalang kalang ala olang kena tinggal sebab gaya tak up-to--date. Itu kolot punya la.
Kalau kena tinggal ala olang jadi gila wo. Ini cinta/hati mana boley kasi main main. Kena tinggal jadi gila. Lu olang pun jangan la cinta mati sama lu punya amoi/apek. Cinta sealanya cukup ma. 

            I love U, U love me.
           We are a happy family.
           With a great big hug and a kiss from me to U.
           Won't U say U love me too.

Tali apa lagi yang wa cakap a? Haa. Itu cinta boleh buat olang bahagia juga ma. Takan asik mati asik gila sebab cinta. Apa? Apa? Lu olang tala pecaya ha? Wa tunjuk bukti la. Manyak langsi ha lu olang semua.

                                    [ wa punya amak sama apak ]

Wa punya amak sama apak sula lekat 40 tahun tau kawen. Bahagia saja. Dia olang manyak kaya ma. Kaya lengan anak sama menantu sama cucu. haha. Itu semua lezeki loo. Anak ala sembilan olang. Menantu ala tujuh olang. Cucu ala sepuluh olang. Sikit masa lagi jadi sebelas ma. 

Manyak kaya kan. Itu la wa sula cakap ala olang boley bahagia sama cinta ma. haha. Wa juga bahagia loo jadi anak bongsu. Olang lamai cakap wa manja. Mana ada. Wa cuma lapat kelebihan meminta sama wa punya amak sama apak. haha.

Ala olang boleh lapat manyak luit sebab cinta. Lu olang tau sebab apa a? Tak tau lu olang liam liam kasi baca sama wa punya ini blog ini wa taip. manyak belit belit woo. haha.

                                         [ sekadar ilustrasi dari penulis ]

Olang lapat luit sebab cinta sebab jadi Anak Ikan. Kenapa wa Pinky kan itu pekataan a? Sebab Anak Ikan selalu nya jambu jambu ma. Muka manyak Babyface. Manyak kiut. kenapa tala tunyuk gambar Anak Ikan yang betul a? Manyak bahaya wo. Mau kena block wa punya blog nie ma. Kenapa Anak Ikan boleh lapat manyak luit sebab cinta a? Boley ma. Sebab dia olang cinta plastik sama itu datin datin ma. Lu olang mau jadi Anak Ikann a? Boleh. Lu olang try searh ini blog Let Me Think Of You  then baca tentang entry Anak Ikan.

Manyak wa taip ini hali ma. Manyak syiok manyak penat. haha. ok lah. Wa pun sula bebelit belit lidah wo sebab cakap ini macam. Kenapa wa cakap ini macam? Lu olang mau tau? Sebab ala amoi cakap muka wa ala muka kacuk sama Cina ma. itu amoi cakap mata wa ala sepet macam itu Apek. Amoi mana? Ini amoi la kawan Zafira Zaki

Ok la kawan. Mau chow dulu ma. Mau masuk freezer wa punya lilah sebab manyak penat woo. Mau kasi lilek lulu. haha. =)

20110223

Assalamualaikum.


Hari yang memenatkan apabila setengah hari terpaksa duduk di mahkamah.
Ya. Aku yang bersalah. Aku kena saman kerana mengendap anak cik Eton sidai kain tepi rumah. 
Sungguh. Aku tidak berniat lakukan itu semua.
Hanya keinginan dan sifat ingin tahu aku yang meninggi yang memaksa aku lakukan itu semua.
Sungguh. Aku terpaksa. 

                                        [ ini bukan aku ]

Maaf kerana aku sedang mencuba menjadi sang pembohong. ketawa.
Mungkin kerana selalu di pijak menjadikan aku berubah.
Aku cuba menipu tetapi sungguh susah. Mungkin sudah sebati diri aku sebagai seorang yang jujur. senyum.


Aku pergi ke mahkamah bukan kerana aku seorang pesalah. Ya sungguh bukan.
Aku bukan penghendap anak cik Eton. Bukan juga perembat kambing si Atan.
Apalagi perompak kedai Ah Leng tempoh hari.
Aku hanya insan biasa yang di lahirkan tanpa setitk noda. senyum lagi sekali.

Aku pergi ke mahkamah kerana menguruskan pembahagian harta Pak Mat Tempe Ngok Ngek.
Siapa? Aku pewaris harta beliau yang bernilai RM20juta. Ya! Banyak kan?
Sungguh aku tak tahu nak guna buat apa.
                              [ pakai US dollar baru tinggi nilai kan? ]

Nampak sangat menipu kan?
Sungguh aku tak pandai menipu, berdusta, berbohong dan yang seangkatan dengannya. ketawa.

Baik. Aku jujur. Aku jujur nie.
Tadi seharian uruskan insurans kawan aku yang terlibat dalam kemalangan dengan aku pada tarikh 04.03.2009.
Mungkin padah kemalangan itu di sebabkan aku menduakan sesuatu. Sekarang aku dah tak buat dah itu semua. Sekarang aku pecinta yang setia. senyum.

                                      [ teringin menikmati matahari terbenam bersama dia ]


Ahai melalut kan aku nie? Sungguh kan?
Niat buat entry nie untuk jawab dan balas tag yang secara tiba tiba dan membabi buta di tujukan oleh aku.
Ini semua kerja si wartawan melodi yang tak di iktiraf iaitu si Zafira Zaki di blog nya 
/http://mishreymond.blogspot.com/ U alls bolehla terjah blog si Pinky ini. ketawa.

25 random facts about me, myself and i


Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

next, this is 25 random facts about me.
  1. Harta hanya unta maroon JKW 3**8.
  2. Bersifat sederhana.
  3. Ketinggian tak sempat ukur.
  4. Dengan berat badan 53kg.
  5. Anak bongsu dalam keluarga.
  6. Ada seorang akak yang tak berapa cantik. XD.
  7. Ada tujuh orang abang.
  8. Berhajat nak buat rambut ala ala Bob Marley.
  9. Ada haiwan kesayangan berat 80kg ke atas (lembu).
  10. Suka main futsal.
  11. Suka lihat perangai manusia then ketawakan.
  12. Baru mula mengambil lesen.
  13. Motor menjadi medium pengangkutan utama.
  14. Tak pandai naik bas sangkut sangkut.
  15. Suka perempuan pakai shawl.
  16. Ada ramai kawan.
  17. Selalu kena buli.
  18. Memasak sebagai hobi.
  19. Hanya basuh baju sendiri.
  20. Benci bila kena iron baju.
  21. Suka pada coklat.
  22. Menembak cicak sebagai aktiviti harian.
  23. Minat pada Park Ji Sung walau ada yang benci dengan dia. teett.
  24. Impian mahu ber-honey moon di Carribean. 
  25. Mahu kawen dua. HAHA 
fuhh lega siap sudah. Ini aku berterus terang oke. Tiada paksaan tiada tentangan tiada penipuan. cewahh.
Yang last tu jangan ambil berat sangat ya wahai insan insan yang berjantina wanita. :D
Mari aku tag kat insan insan yang aku nak tahu kebenaran mengenai diorang. senyum.
                    Faten Ahmad
                   Memel Hanna
                   Ainul Hafizah
                 Syarina Syakila
Tak tag ramai ramai sebab followers pun belum banyak lah nakk.
Cukup lah kan. Orang cakap tak baik tamak. :D

20110222

               Sesungguhnya Dia segalanya.
               Sesungguhnya Dia yang berkuasa.
               Sesungguhnya semua berlaku mengikut kehendak-Nya.
               Terima kasih Allah kerana Kau memberikan aku kejayaan.


21 Feb 2011. betulkan orang pernah cakap.  

          "Jika hari hari kita di hujani dengan kesedihan, di seliputi dengan kegelapan, di temani dengan kesunyian, tidak semestinya keadaan itu akan kekal berterusan. Tuhan menciptakan mahluk-Nya berbagai bagai. Dan tidak semua mendapat bahagian yang sama. hujan hari ini tidak semestinya hujan lagi pada hari esok. panas hari ini tidak semestinya esok akan kelihatan lagi sinaran mentari. " 

Ya! aku percaya kepada kata kata tersebut. Alhamdulillah hasil usaha setahun setengah, berkat ilmu guru guru yang mengajar, berkat doa ibu bapa, perkongsian ilmu dengan rakan rakan, aku dapat keputusan yang diharapkan. ya. aku tahu keputusan yang aku dapat tidak setinggi mana. tapi aku bangga sebab itu hasil usaha aku. even ibu bapa aku berulang kali mengucapkan tahniah dan bersyukur kehadrat Illahi. dan aku gembira kerana emak berbangga mempunyai anak yang bernama Mohd Zaimi. :)

Mungkin benar jika kita berkawan dengan orang yang pintar pintar, sedikit sebanyak kita akan mendapat  manfaat. mungkin. Alhamdulillah kerana aku berkawan dengan insan insan yang pintar pintar kacak kacak cantik cantik belaka. kadang kadang sama sama stay up untuk study. Telefon bimbit menjadi perantara. hehe. biasa orang telefon malam malam buta untuk tanya "hye. U dah makan? Bila nak tidur? U tengok cerita apa nie?" . haha. but we are not like that. pukul 3 or 4 pagi buat super savers untuk berbincang tentang Pengajian Am, kadang kadang Bahasa Melayu.

kata orang, bila masa belajar jangan sibuk bercinta. betul. sangat betul. tapi. tapi. tapi. (ceh siap ade tapi lagiXD). tapi tak salah jika kita mencari someone yang dapat buat kita lebih bersemangat nak belajar. yang selalu buat kite tercabar.  pendek kata mencari seseorang yang membawa kita ke arah positif. bukan negatif. bukan. carilah someone yang bila mesej tanya pasal homework oke. hehe.  alhamdulillah dia pun mendapat keputusan superb. lebih tinggi dari aku. kan dah cakap aku just dapat tempias je. hee.:)


  :: Tahniah kepada Sue Hamiza kerana menjadi best student STPM SMKTI 2010.
  :: Tahniah kepada rakan rakan SMKTI yang mendapat keputusan cemerlang dan lulus dengan berjaya (tak tulis sebab ramai sangat).  
  :: Tahniah kepada rakan rakan SMKDM yang mendapat keputusan cemerlang dan lulus dengan berjaya (Mohd Nazri Naduroo).
  :: Tahniah kepada rakan rakan SMKDS yang mendapat keputusan cemerlang dan lulus dengan berjaya (Embun Nazura , Zafira Zaki) .

20110216

Kesukanan & Kegugupan.

Assalamualaikum. 

Aku nie tak pandai nak meleret meleret cerita. tak pandai nak menipu segala. biasa la kata orang lagi banyak cakap lagi banyak salah. masalahnye bila masa aku cakap der? aku taip je kot? ini pun tanpa menggunakan akal fikiran yang waras. apa terlintas main lincah kaduk tahap C70 dah siap setting open habes aku menaip. aku nie kurang up to date hal hal semasa. al-maklum la biasa duduk rumah je macam anak dara. bangun pagi basuh kain kemas rumah sapu sampah masuk tengahari masak. petang pegi pekan beli lauk sayur segala. so aku kurang tahu perkembangan dunia. haha. macam betul macam tak kan? merepek meraban dah panjang juga aku punya mukadimah kan? .sigh.

Now baru ada masa nak update blog nie. minggu lepas minggu busy kot. banyak aktiviti mengeluarkan peluh jantan di lakukan. haha. hari Sabtu ada larian mahkota. punya bersemangat. selepas berhempas pulas keting ketung ketang ketung, tup tup menjadi johan. gila femes aku hari tu. naik stage muka bangga. haha. gila hebatkan boleh jadi johan? ada beberapa sebab kot aku dapat jadi johan hari tu. hehe. 
1st : penyertaan untuk lelaki dewasa seramai enam orang. ya! hanya enam orang.. tak nampak? samar? kabur? meh aku bold kan. ENAM ORANG! ya. kau orang semua kena percaya. bukan enam puluh. bukan enam ratus. apalagi enam ribu. bukan tetap bukan. haha.
2nd : dalam enam peserta lelaki dewasa itu ada dua orang atuk budak, tiga orang bapak budak dan seorang bakal bapak budak. pening? garu kepala? haha. tidak payah susah susah. kesimpulannya aku lah yang paling muda remaja kacak bergaya muda mudi kulit tegang segala. yang lain semua sudah berumur. haha.
Yang aku peliknya bapak aku. En Jamat dapat no2. haha. atuk 10 anak anak kecil dapat kalahkan bapak bapak budak. hebat kan? Akak aku Johan untuk wanita dewasa. haha. time naik stage masing masing bising sebab anak beranak gondol hamper. dah nasib badan nak. redha jela ye kalau dah kalah tu. haha.


Tadi pepagi buta dah dapat berita tak sahih result STPM 2010 keluar 21.02.2011. haih. hilangkan mood sungguh. cuak der result nak keluar. hape kau ingat tunggu result nombor empat angka atau lebih familiar 4D or Sport Toto je yang cuak? tunggu result nie lagi cuak der. if 4D hari nie tak kena esok lusa ada game kau boleh beli lagi. tapi STPM? kau nak repeat next year? haha. ampun. maaf. cukup lah penderitaan selama nie. sebab tu sampai sekarang aku still duduk rumah. tak kerja lagi. sebab sengal sengal badan, urat urat, kedudukan saraf otak masih tidak pada tempat yang betul gara gara STPM last year. (agak melampau tak ayat aku nie? ) haha. tapi memang superb ah Form 6 nie. susah memang lah susah. gila apa exam tak susah? sedangkan kau nak amik lesen je dah pening kepala. siap ada yang post dekat Facebook lagi kecewa ujian berkomputer tak lepas lepas. lagi lah STPM der. aku yang baik baik rambut panjang hitam berkilau tanpa perlu rawatan Yun Nam Hair Care macam rambut Park Ji Sung boleh jadi botak tinggal sejemput je jambul dah serupa Ceplos siap nyanyi lagu Hantu, mana hantu mana hantu mana mana.
Meh aku ce cite subjek yang aku ambik kat Form 6 nie.

Pengajian Am : Mama Laila yang dok mengajar aku PA1. PA2 Cikgu Ann & Abg Haji. Subjek nie lah nadi STPM. if failed, dah boleh jual dekat Apek yang lalu pagi pagi hari minggu naik lori siap pasang Loudspeaker kejut orang dengan bunyi "Sulat kaba lama. Sulat kaba lama." kadang kadang siap selang seli dengan bunyi "Tilam tilam. buang tilam lama kasi angkat tilam balu". hape kau ingat senang nak buang buang. duit turun macam hujan ke ape?

Bahasa Melayu : BM1 dengan Cikgu Faridah. BM2 dengan Cikgu Noreha or Mak. BM2 lah untuk sesiapa yang pakar tulis menulis panjang segala. tiap minggu karangan 700 patah dah macam kudapan istimewa. (anak en Zaki yang tidak faham maksud kudapan sila rujuk kamus ye). tak datang kelas ambik kau upah satu karangan. tak datang event MPPPU ambik kau dua karangan. haha. upah upah semua bayar tunai. KARANGAN. XD

Pengajian Perniaagan : Dua dua Cikgu Seha ambik. haha. aku dah top dengan Cikgu Seha nie. sebab dah ajar aku sejak Form 5. Prinsip Akaun dia aku failed kan. haha. gila sengal kan aku nie. budak budak lain senang senang je lulus PA. aku je yang failed. PP nie boleh la layan tak susah sangat even aku susah gila nak lulus masa ujian. haha. just kena ingat nama nama je macam Max Webber, Henry Fayol.

Sejarah : Ha! nie dia subjek kesayangan aku. Cikgu Mail yang dok ngajo. haha. gila happening bila dia ngaja. bukan setakat Sejarah Malaysia/Asia Tenggara & Sejarah Islam/Tamadun Dunia je yang dia ajar. tapi dunia akhirat, kehidupan suami isteri pun dia siap ajar tau. sumpah tak sah if dia ajar kitorang tak ketawa. haha. tagline wajib en Mail, "bengong". kitorang siap dah hafal dah. haha. macam macam teknik dia ajar supaya kitorang ingat poin poin penting. dari bagi nota. pastu siap photostat kan skema jawapan lagi. tapi hampeh kitorang bindingkan terus skema tu buat buku nota. esei nye jangan harap nak buat. haha. last last dia geram dia pakai teknik baru. dia cakap kitorang salin. ambik kau sampai tertidur tidur salin esei. tulisan dah macam tulisan Bahasa Melayu Kuno susah nak faham.

Now result dah nak keluar. gila. cepat habes MPM nak bagi result tu. hape dah tak cukup bilik kebal ke kau nak simpan? alahai. ketang ketung ketang ketung tup tap tup tap sumpah seranah mengeluh bagai tetap akan kuar jugak kan result tu. redha jela ape pun yang dapat. macam aku cakap dengan kawan aku si Sam, Relaks jela der. tak berjaya dalam STPM tu bukan bemakna tak berjaya langsung dalam hidup. gila hebat aku punya ayatkan. haha. 

Dah malas nak menaip. tengoklah pic pic zaman sekolah aku. :) 


                    [manis kan anak en Jamat & pn Sapinah nie?]


                [hari guru 2010. kena buat persembahan. gua depan depan bhai.]



         [tengok. gua bukan nak koya der. gua ketua kelas der. ketua kelas.(muka belagak)]

              [apa punya budak budak sampai wajah kacak jelita nampak sikit je. haih.]


Berlambak lagi gambar gambar zaman sekolah aku. aku simpan untuk entry entry lain. haha. orang cakap tak payah nak show off sangat lah kan. =)

Tapi rindu der zaman sekolah. bangun pagi pagi pakai baju kemas kemas segak segak rambut kasi terpacak dengan niat adik adik junior senget mate tengok abang senior.haha. gila jahat punya niat kan? sape setuju zaman sekolah lagi best dari zaman bekerja? (even aku seorang penganggur). sambil ikut skrip dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah oleh kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya ucop bekas penari kebudayaan kampung pisang ni, mencadangkan kita bakar je rumah kak limah tu, sapa2 yang setuju sila angkat tangan macam saya......=)

Dah jom tidur. orang rumah dah panggil. XD

20110213

A New Way For Zaimie Jamat To Show Off Himself.

Assalamualaikum.
Aku rasa Facebook tidak cukup lagi untuk menyerlahkan diriku untuk menjadi insan fofular. ketawa.
Mungkin dengan cara ini aku boleh se-fofular Hanis Zulaikha, Fatin Liyana , Aimie Hazerin, Zack Zukhairi or yang seangkatan dengannya. senyum.

Sila berhenti mentertawakan ku. serius.

FYI, my actual name are Mohd Zaimi Bin Jamat. but i have several nickname : Comek (nama kawan kawan seusia beri. Sebab : unknown) , Jimmy (nama makcik makcik dan pakcik pakcik beri. Sebab : diorang sama kan aku dengan cerita Jimi Asmara. sigh) , Paksu (nama anak anak sedara aku panggil. Sebab : aku anak last dari sembilan adik beradik.) , Pakcik (nama beberapa orang kenalan lama panggil. Sebab : unknown)

Macam skema saja ayat ayat aku. ketawa.
Sebagai pembuka bicara tidak manis untuk kita terus menonjolkan diri. Nanti mulalah insan insan berhati puaka bermulut buaya melemparkan kata kata penuh nista.

Aku minat gila folow blog yang ada cerita menarik menarik, wajah cantik cantik, senyuman manis manis, mata bersinar sinar. Kenyit mata.
Macam ada hari tu aku follow blog  honeykoyuki.blogspot.com sampai berjam jam. Dia meletuff punya hot. Senyum.

Lain lain post nanti aku cerita something yang lebih specific sikitlah oke. Btw, now pon mata dah berpinar pinar di sebabkan cuaca yang panas melampau.

p/s : 1st. Maaf agak celaru blog sekangkang ini sebab baru buat and belum faham sangat. =="
        2nd. Ajarlah aku nie untuk buat blog blog cantik cantik kachak kachak macam kau orang tu. haih.