20120227

Hanya Sekali.

Aku melihat beburung terbang tinggi.
Melanggar pelangi, acapkali.
Sedangkan aku.
Hanya mampu memerhati.
Sedangkan impian berlari lari diatas landasan berwarna warni.
Aku mahu itu.
Sejak dahulu lagi.
Tapi hingga kini.
Masih.
Hanya mampu terduduk.
Menghayati.

Mungkin aku perlu.
Hiriskan pisau ke urat nadi.
Agar roh mampu terbang menghampiri.
Cukup sekali.
Ke pelangi.


20120223

Imaginasi Astonia

Tiap kali purnama mengecilkan diri menyorok di balik sosok sosok awan gemala, imaginasi aku menerawang ke negara Astonia. Daripada menara empat tinggi sekata, aku duduk memperhati dengan ralit setiap jajahan disebalik tirai kaca. Di suatu sudut rumah berbumbungkan atmosfera, aku terpana melihatkan bidadari atas awan melabuhkan diri di atas pembaringan.

Aku merasakan suatu yang berbeza. Gumpalan darah yang manusia di bumi tua khabarkan sebagai hati, sepertinya sedang bergusti bersama sangkar tulang rusuk kiri yang kekurangan intipati. Prak! Prak! Prak! Sangkar terbuka. Hati mengeluarkan sayap bercabang lapan dan terus terbang. Terbang menuju ke kau. Ah siapa kau punya nama pun aku belum sempat berkenalan. Aku pejam mata. Aku bayangkan aku juga punya sayap. Puff! Keluar sayap bercabang empat. Kenapa empat tetapi tidak lapan seperti sayap yang hati punya? Ah aku tidak punya masa untuk bertanya. Aku perlu kejar hati! Aku terbang menelusuri atmosfera berbingkai simetri. Peh cemana hati itu bisa menyamai kelajuan cahaya? Ouh mungkin kerana hati mempunyai sayap bercabang lapan. 

Nah, hati menembusi tirai kaca kau punya dengan mudah. Aku syak hati guna ilmu hitam. Aku yakin aku juga boleh. Aku terbang undur kebelakang. Mengambil jarak untuk lajakan menembusi tirai kaca kau punya. Zaaaap! Pap! Aku melekat seperti serangga yang gembira mengejar cahaya kebahagiaan sedangkan dia tidak tahu bahawa itu cahaya lampu kenderaan. Ah sudah dahi aku merah. Pelanggaran yang kuat menyebabkan kau terpisat pisat menggosok mata. Tersedar daripada lamunan mimpi yang entah sempat atau tidak kau bina. Peh punya comel dah serupa Izara Aishah! Aku ternampak tulisan -LADY DIY- di sudut atas kiri kebaya moden putih yang kau pakai. Cikgukah siap ada name tag? Urban betei kerajaan bidadari pun ada jawatan cikgu. Kau terpandang aku, aku memandang kau. Kau terkejut. Aku buat buat cool. Seraya dengan itu kau mengeluarkan tongkat berbucu lima. Peh betul kau bidadari rupanya. Aku terkesima. Kau goyang goyangkan tongkat yang kau punya. Aku terpana. Hanya melihatkan adegan seperti drama dengan mata yang bercahaya. 

Blink! Asap berkepul. Aku kibas kibas menggunakan sayap. Eh sayap dah tak ada? Hasil pembalikan imej menerusi tirai kaca yang kau punya, aku melihat sesuatu yang aneh. Kenapa aku berwarna hijau? Kenapa lidah aku panjang? Kenapa aku menggerutu? Ah sudah! Kau sumpah aku menjadi katak? Kau mana faham bahasa katak. Macam mana kau nak faham bahawa aku cuma nak khabarkan yang hati aku sudah terbang kepada kau? Ong! Ong! Ong! Seraya itu juga hati mengeletekkan dirinya sendiri disebalik rambut ikal mayang yang kau punya. Lucu dengan kejadian aku mungkin. Aku bersuara dalam minda sebab aku dah tak boleh bersuara dalam hati lagi. Kan hati dah pergi kepada kau, bidadari. "Jaga hati aku baik baik!". Dalam bahasa katak lah tapinya.





20120220

Ashfi - Lady Diy.

Sambungan daripada Make A Wish, Ashfi.

***


Ashfi berjalan sendirian di taman permainan di tengah pesat pembangunan. Berlatarkan sinaran berbucu lima di awangan, dia tersenyum tiap kali melangkah kehadapan. Jika dahulu langkahnya lemah, pincang, kali ini langkahnya lebih bersemangat, kemas. Hembusan asap berkimia berlawan dengan atmosfera yang sejuk menghasilkan kekabut putih yang jelas. Jika dulu sedutannya dalam, berat, kini lebih kepada bermain asap. Setiap kali asap dihembuskan, Ashfi terlihat bunga, bunga, bunga. 



Lamunan indah terhenti pabila telefon genggam menjeritkan lagu Unchained Melody.
Di seluk poket. -Estrella- Punat hijau di tekan.

E : Hai Ashfi!

A : Assalamualaikum Estrella. Ada apa call nie?

E : Err waalaikumussalam. Saja call. Dah lama tak tanya khabar.

A : Ouh Ashfi sihat. Yeke just bertanya khabar? Biasanya Estrella cari Ashfi sebab dua perkara je. When you have a good news or a bad news. 

E : Hehe. Pandai Ashfi. I've a good news. But, sebelum tu Estrella nak tanya satu soalan dulu.

A : (senyum) Ya Estrella, soalan apa?

E : If kita jatuh hati kat someone yang merupakan kawan kita, macam mana ya?

A : For me, biasa la tu if kita jatuh hati kat kawan.

E : Tak. Tak. Maksud Estrella, macam mana kita nak biar kawan kita tu tahu yang kita dah jatuh cinta kat dia?

A : Ouh. Ada dua cara. If cukup kuat, just direct terus confess kat dia. If tak cukup kuat, boleh bagitahu secara undirectly which mean bagi hint macam ambil berat tentang dia, or lakukan perkara perkara yang dia paling suka lakukan. But, biasanya cara undirectly nie lambat sikit baru pihak lagi satu tu dapat detect.

E : Ermm. But takut kena reject mentah mentah pulak. Lagipun Estrella kan perempuan. Tak nampak macam bunga yang terkejarkan kumbang ke?

A : Haha. Estrella, setiap apa yang kita lakukan, terdapat kebarangkalian kegagalan dan kejayaan. You must berani bersemuka dengan kebarangkalian tu baru Estrella dapat tahu apa hasilnya. Contoh, Estrella tak pernah buat kek, tapi Estrella teringin sangat nak buat kek. Kebarangkalian kek tu menjadi and sedap ada. And ada juga kebarangkalian kek tu jadi bantat or kurang perasa. After Estrella dah buat kek tu then rasa, baru Estrella dapat tahu apa yang kurang and apa yang terlebih. So, lain kali if Estrella nak buat kek tu lagi Estrella dah tahu apa yang perlu ditambah and apa yang perlu dikurangkan. If Estrella takut nak buat kek tu pada mulanya, sampai bila Estrella takkan dapat tahu cara yang terbaik untuk buat kek. Err Estrella faham apa yang Ashfi terangkan nie?

E : Hurrmm. Faham. Tapi....

A : Tapi apa lagi nie Estrella?

E : Estrella takut kena reject.

A : Estrella, jangan takut. Ya, i know Estrella perempuan. But, just face the fact. If dia reject pun, Estrella tak rugi apa apa. The best thing is, Estrella akan lebih rasa lega bila dapat luahkan apa yang Estrella rasa. Lagipun, sekarang siapa yang luahkan perasaan dulu takda beza either boy or girl. Kita tak duduk dalam dunia taboo lagi, Estrella.

E : Hurrmm. Pada Ashfi, mana much better either directly or undirectly confession? 

A : Kan Ashfi dah bagitahu tadi, if undirectly tu lambat untuk the other part untuk dapat catch up hint hint yang di beri. So, better directly. Btw, siapa yang dapat luluhkan hati si penunggu Mr. Perfectionist nie?

E : I'vefallenforyouAshfi. *laju, se-harakat.

A : Kemain laju. Tak dapat tangkap apa yang Estrella cakap tu. Ulang lagi Estrella.

E : Ashfi main main la. Saja je kan nak buat Estrella malu. 

A : Err. Main main apa nie? Malu kenapa? Memang betul Ashfi tak dengar. Laju sangat.

E : Ermm. I've fallen for you, Ashfi.

A : Err. Estrella. Serius ke nie?

E : Ya. Estrella serius. I admit it, pada mulanya Estrella just anggap Ashfi macam kawan lelaki biasa. But, entah kenapa Estrella rasa you're more than that, Ashfi. And, Ashfi ingat tak dulu Ashfi pernah kata there's no bestfriend between man and girl because it'll end with love. Ashfi ingat? And Ashfi ingat lagi yang Estrella nafikan kata kata tu sebab kita kawan. Bestfriend. And there's no love between us? Ok. Sekarang, Estrella nafikan balik apa yang Estrella nafikan dulu. Sebab, Estrella nampak cinta between us.

A : Estrella. Hurrmm. 

E : Ya Ashfi?

A : I've someone else. 

E : Err which mean?

A : Ya. Ashfi dah ada orang lain. Kekasih. Wanita. Maaf. And i admit it, dulu Ashfi sukakan Estrella. Suka yang lebih daripada seorang kawan. Tapi, itu dulu Estrella. Ashfi tak nampak any profit menunggu Estrella tanpa sebarang harapan and at the same time, Estrella menunggu your imagination Mr. Perfectionist. Serupa mengejar shooting star. Laju, cerah, cantik, menceriakan and then puff! Hilang. Maaf.

E : Ashfi... (nada suara bergetar)

A : Estrella, maaf. Ya? 

-tuut-

-tuut-

-tuut-

Talian di putuskan.

Gulungan tembakau berkualiti berjenama DUNHILL dikeluarkan. Di cucuhkan api. Sedut dalam, hembus. 

Ashfi melihat sinar berbucu lima di awangan. 

"Lambat juga kau sampai ke destinasi shooting star ye. Sekarang aku dah ada Lady Diy!" getus Ashfi dalam hati sambil menyimpulkan senyum senyum kambing. Senyuman yang berbaur kegembiraan.

20120217

Jelmaan Bidadari Sorga.

Dalam satu, ada dua.
 Dalam dua punya pelbagai.
 Setiap rasa tersisip kemas pada satu tangkai.
 Mencari akarnya terpasung sempurna.
 Berdirilah pepohon gagah melambai.
 Menanti untuk di baja sempurna.
 Hari mendatang bagaikan hujan.
 Bisa menyubur juga membinasa.
 Batuan menjadi penghadang sempurna.
 Bisa juga mati tertimpa.
 Sungai mengalirkan rasa gembira.
 Bisa juga jadi banjir membencana jika tidak diselenggara.

Duhai jelmaan bidadari sorga yang punya wajah punya jiwa,
Jika rasa ini suatu yang salah,
Khilafnya aku mohon jangan disalah.
Jika rasa ini terusan benar,
Izinkan aku untuk membahagiakan.

Marilah.
Kesinilah.
Ingin ku mamah jiwa kau punya.
Biar mengalir dalam aku punya darah.
Bersemadi bersama dalam tubuh dan jiwa.


Segala ini menjadi percubaan.
Larian hadapan belum kelihatan.
Tersisip kemas dalam lipatan.
Jangan terlalu mengharap pada si alsaitan.
Itulah khabarnya apa yang orang katakan.



20120208

Satira - Zine Satu Malam.




 Lelucon Modenisasi

Kami manusia paska modenis yang diternak dengan material, dimandikan dengan propaganda, disuapkan dengan filsafat, dan dimanjakan dengan hedonisme. Ibu kami adalah kitab yang menjadi perhiasan di atas almari dan ayah kami adalah buku-buku falsafah yang sarat dengan aksara dalam segenap sekolah pemikiran yang kian bercambah menelusuri zaman. Seiring dengan teknologi yang semakin kompak intipati fungsinya, kami sukses walau hanya dengan teori kami mampu mencernakan segala fikirasa yang bergelandangan tanpa perlu mengaplikasikan dalam kehidupan yang kian mudah dijamah. Makanan kami mahal hanya kerana jenamanya yang meniti bibir para kapitalis. Pakaian kami merupakan papan iklan bergerak yang menjadikan para marhaen hanya mampu mencuci mata dengan tubuh yang bersarung jenama palsu yang diseludup dari luar negara.

Kaca televisyen cuma lah berisikan para pelakon yang sukses dari segenap genre waima berita sekali pun, kerana pentipu itu sudah menjadi pekerjaan yang lumayan di kalangan kami yang sanggup mencucukkan dawai bertali tangsi untuk dikawal seperti marionet. Kami gelak menyindir badut-badut politik yang berucap di belakang podium sambil penonton dalam dewan kolokium cuma mampu menderma anatomi berkantung duanya pada kanak-kanak yang kerjanya mengaut untung menjual konek di jalanan kepada mereka yang memerlukan. Sesekali, badut-badut politik di belakang podium membaling antara satu sama lain dengan video, surat layang serta seketul anus.

Di hujung jari dalam kotak kubikel, kami ketawa ria menyaksikan manusia berjimba melacurkan rupa sedang kami melacurkan jari-jari kami menjadi tatapan insani. Kami khusyuk menghebahkan manusia lain sedang kami turut bertelanjang menayangkan pusat yang tak tercuci. Kami menari dalam kegelapan dengan muzik yang semakin hilang pencak seninya. Acap kali kami menyamar sebagai tuhan, kadang-kadang menjadi hakim maksum yang mengetuk manusia lain yang turut bertelanjang, sesekali kami menjadi pencopet karya-karya tak ternama. Sekali-sekala, kami terpandang cermin, memperlihatkan diri kami yang bertepung di muka dengan bulatan merah di kedua-dua belah pipi, hidung merah yang bulat dan rambut afro yang berwarna-warni.
- oleh Lucif Abdullah



***

Aku kongsikan satu satira yang mengetuk minda mencarik pemikiran untuk menghadam apa yang dituliskan. Daripada kalian berlumba lumba menceritakan apa yang kalian lakukan setiap minit di status update Facebook kalian, adalah molek aku curi beberapa minit itu untuk menyarankan kalian membaca satira satira yang dikongsikan. Kalian hanya perlu DOWNLOAD. Ya, tekan kat tulisan download tu ye. Kalau video persengamaan kalian boleh download, takkan ini tak boleh ye dak? Free je pun. kehkehkeh.

"Bebaskanlah pemikiranmu daripada kepungan dedawai besi yang kamu ciptakan sendiri. -XY"