20110308

Assalamualaikum.

Hari ini masih seperti biasa.
Hari ini masih dapat merasai kegembiraan.
Hari ini masih dapat mengukir senyuman.
Hari ini masih dapat melihat kebesaran ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah. Syukur.


 
Sementara menanti orang rumah pulang daripada mencari nafkah, tangan gatal ingin menaip.
Sedangkan tiada idea apa yang mahu di contengkan di atas lapisan kertas maya ini.
Seboleh boleh nya aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang berguna.
Sesuatu yang bukan semata mata propaganda untuk membuatkan aku teguh berdiri di atas pentas dunia.


Ya. Aku tidak seperti kalian. Seperti kalian yang sedia maklum di kenali.
Aku hanya seorang insan yang hadirnya tidak di rasai.
Aku hanya seorang insan yang kehilangannya tidak di sedari.
Aku hanya seorang insan yang serba kekurangan.
Mahu tertawa di atas kekurangan ku?
Silakan. Aku tidak menghalang.
Malahan bibir ku tidak lekang mengukir senyuman. =)

                                                        [ Si Kalah ]

Kenapa aku masih mampu tersenyum?
Kerana kau yang mentertawakan aku akan berjalan pulang seperti Si Kalah diatas.
Kenapa? Adakah kau tanya kenapa?
Kerana aku tidak kisah di atas kejian dan cacian insan insan seperti kau.
Saat kau metertawakan aku, kau tidak sedar langkah kau semakin perlahan. Longlai.
Pentas yang dahulunya kukuh untuk kau menari nari seperti sang juara kini sudah reput. Berlubang.
Tubuh kau yang dahulu nya gagah untuk mencari setiap kesalahan orang lain kini telah lemah. Semput.
Segalanya akan terdedah. Terlanjang.
Baru kau akan mengigil gigil mengunakan segala anggota untuk menutup segala yang terserlah.
Saat itu baru kau tahu langit tinggi atau rendah.
Masa itu juga aku akan ketawa dengan penuh berhemah.

                   [ aku tersenyum jika pentas lakonan yang kau gunakan semoden ini ]

Kau lupa. Kau lupa pada Maha Pencipta.
Kau lupa kau hanya seperti sekelumit hama.
Kau lupa bahawa diri kau hanya manusia biasa.
Kau lupa itu semua.
Kalaulah ada kamus dunia, ingin aku hadiahkan kepada kau.
Agar kau tidak lagi lupa.
Sedarlah kau.
Selagi Medulla Oblongata masih berfungsi.

Dunia ouh dunia.
Kadang kala rasa indah.
Kadang kala rasa duka.
Kadang kala rasa cinta.
Kadang kala rasa derita.
Penuh dengan agenda.
Penuh dengan propaganda.

Manusia yang menyatakan kekesalan hidup di atas dunia sungguh menyedihkan.
Sedangkan si buta masih mampu tersenyum walaupun dunianya gelap gelita.
Sedangkan si pekak masih mampu gembira walaupun dunianya senyap segala.

Apalagi yang kau mahukan di dunia yang serba sempurna ini wahai manusia.
Ya. Aku tahu. Aku tahu bahawa aku sendiri kadangkala rasa kekurangan sesuatu.
Tapi aku masih mampu tersenyum walaupun kadangkala rasa senyuman itu kelat. Pahit.

                                     [ kalaulah senyuman aku seperti ini ]

Entahlah. Bermacam macam rasa hadir ketika aku menyiapkan entry kali ini.
Maaf jika membuatkan otak kalian berat terasa.
Aku sendiri rasa serabut.
Aku sendiri rasa gembira.
Aku sendiri rasa sedih.
Aku sendiri rasa bahagia.

                                      [ Si Keliru yang tidak tahu arah tuju ]


Jangan risau. Aku masih belum tergolong di dalam golongan sedemikian.
Aku masih waras.
Arah tuju ku masih jelas.
Hati ku masih keras.
Langkahku masih pantas.

Ada baiknya aku tamatkan contengan ini.
Sebelum ada manusia yang berfikiran negatif.
Habis muncung panjang berjela.
Jelingan tajam seperti singa.
Ouh derita.

Maaf lagi sekali jika contengan kali ini kelihatannya sarcastic.
Maaf jika membuatkan kalian terasa.
Bukan hendak mendabik dada.
Apa lagi mendongak ke langit.
Aku hanya meluahkan rasa.

4 comments:

Atika Katimin said...

sarcastic is fine what...hahahahah...sesekali jadi plastik xkan jatuhkan nilai baiduri...heehehheheh

Comek said...

haha. But im not a plastic. :D
Im a human being.

arissa elena said...

sejak bile ko jadik uitis giler nie?...huhu...

Comek said...

:D sejak aku mempunyai lebih banyak masa untuk melihat dunia dari sudut berbeza.