20110327

Kekurangan Diri Bukan Tanda Untuk Berhenti

Assalamualaikum.


Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk menghirup udara di dunia yang semakin tua.
Ya. Dunia semakin tua. Benar.
Dunia sudah batuk dengan memuntah kan lahar.
Dunia sudah mabuk dengan menghamburkan ombak kasar.

Namun kita masih lagi mahu bergembira.
Bergembira dengan janji dunia yang penuh sandiwara.
Pagi petang siang malam penuh dengann hilai tawa,
Bila bersedih baru kau mahu memohon doa kepada yang Esa.

    [ kan bagus jika kau menadah tangan memohon doa sebelum tangan kau 
                                          tercemar dengan noda? ]

Baiklah. Aku tidak mahu bercerita panjang lebar mengenai itu.
Aku tahu pasti ada yang mengeji aku.
Ya. Aku bukan manusia yang baik. Sunggguh.
Aku sendiri masih mempunyai titik titik dosa.
Tujuan aku menulis sedemikian rupa bukan bertujuan aku mahu bermegah atau menunjuk bahawa aku insan yang kuat agama.
Bukan. Tapi dengan cara itu aku dapat mengingat kan diri kepada Tuhan.
Tidak salahkan?
Maaf jika aku salah.

Kali ini aku masih lagi mahu bercerita mengenai hati.
Hati. Permasalahan hati. Permainan hati.
Pada aku membawa maksud yang sama.

                               [ Bila ombak datang, musnah. Eh? ]

Alahai hati. Alahai cinta. Alahai bahagia. Alahai derita.
Sungguh ironi kan itu semua?
Seperti saling bertaut dan berkait rapat.

Semalam aku terkejut apabila mengakses laman Mukabuku aku.
Daripada status status dan gambar Profile menunjukkan seperti permasalahan besar sedang menguji seorang sahabat.
Seorang sahabat.
Seperti yang aku duga, dia tersadung di dalam permainan hati.

Berdasarkan apa yang di ceritakan kepada aku dan berdasarkan pemahaman aku.
Tiada pihak yang salah.
Tiada pihak yang menang.
Dan tiada pihak yang kalah.

Ingin aku berikan soalan dan ingin aku berikan jawapan yang mungkin bertepatan.

Kau, sebagai seorang lelaki dan kau sebagai seorang wanita, sanggupkah melihat insan tersayang melangkah pergi kerana dia merasa tidak layak berdiri di sisi kau lagi kerana  kegagalan kecil di dunia yang tidak pasti kekal nya lagi?
Kau, sebagai seorang lelaki dan kau sebagai seorang wanita, sepatutnya tidak memandang itu semua di dalam permainan cinta yang kita sendiri tidak tahu garisan penamatnya di mana.
Kau, sebagai seorang lelaki dan kau sebagai seorang wanita, sepatutnya saling memberi dan menerima di dalam alam bercinta yang sentiasa dahaga kan derita dan deraian air mata.

Benar. Betul. Bagus.
Bila kau merendah diri dan tidak mendongak tinggi.
Bila kau masih tahu di mana kau menjejak kan kaki.
Namun bukan dengan cara yang begini.

Di saat dia menerima kau seadanya jangan lah kau mahu melangkah pergi di sebab kan kekurangan diri.
Jangan! Kerana saat itu dia terluka dan kecewa kerana berfikir bahawa penerimaan dia terhadap kau hanya di pandang sebelah mata.
Apa kau sudah buta?
Sudah tidak dapat melihat itu semua?

Kau tepuk lah dada jika saat itu pancaindera sudah tidak boleh di guna.
Kau ada kekurangan.
Begitu juga dia.
Ingat. Tiada manusia yang sempurna.

Kau adalah manusia yang beruntung bila dia tidak mempertikaikan kekurangan yang kau ada.
Persetankan dengan kata kata secebis manusia seperti hama yang hanya mahu kau mengalirkan air mata di saat ramai insan mahu melihat kau tertawa, bahagia, gembira.
Aku mahu melihat kau teguh berdiri sedangkan insan lain terduduk meratapi kerana tiada kekuatan diri.

Baca. Faham. Fikir.

Ketika kautatap mataku di lembaran malam
rembulan menuliskan kisahnya dalam sejilid kalam
bintang sebagai tandabaca, tentang kalimat cinta tanpa akhir
kau tanyakan padaku: adakah waktu untukku
bukankah sudah menjadi takdir
waktuku tercipta untuk mencintaimu.
Malam demi malam kita lewati bertaburan kata
sebuah perjalanan ke surga
percakapan tak ada habisnya, tak ada matinya
hal-hal kecil segalanya bermakna
kita saksikan: setangkai rembulan tumbuh menjadi purnama
kita pun bermandi cahaya di keheningan malam.
Lalu kaupetik butir-butir cahayanya
kaujadikan huruf-huruf doa
kautaburkan di pelupuk mataku dengan dua pucuk jarimu
menjelma sepucuk surat dengan kata-kata mutiara
terangkai indah bagai karya pujangga
lihatlah lingkar mataku, bersinar karenanya.
Kau pun bercerita tentang jejak pengembara
menghabiskan waktu di padang sahara dan hutan belantara
untuk cinta abadi pada sang kekasih hati
kau bertanya padaku: adakah waktu untukku
bukankah sudah menjadi prasasti
kau tercipta untuk waktuku.
 
Sungguh bahagia jika cinta seindah bait bait puisi yang di gubah berseni.
Namun itu semua bagaikan mimpi.
Itu semua hanya kata kata penyedap hati.
Pasti ada ombak gundah yang akan membadai hamparan bahagia.
Pasti ada. Aku akan meludah jika kau kata aku salah.

     [ Cinta akan membuat insan menyorokkan wajah sebenar dari membuat dia kecewa. ]

Cinta cukup dengan kepercayaan dan kejujuran.
Benarkah?
Cukupkah?

Kalian dapat jawapan nya sendiri.
Tanya hati. Benarkah itu semua dapat membawa kebagiaan kepada anda.
Setiap cinta berbeza bagi setiap menusia.
Dan aku bukan lah sempurna untuk memberi jawapan kepada setiap permasalahan.

*Bait puisi itu bukan lah aku cipta sendiri.
*Sahabat, aku doakan kau temui kebahagiaan yang di cari.
*Sahabat, dunia tidak berhenti di sini, masih banyak ranjau yang akan kau lalui.

20110324

Siapa Kata Wanita Tidak Punya Ego?


                                            [ mahu rasa begini? ]


Assalamualaikum.



Gila sensasi ini tajuk. Kan?
So, kepada kau, kau dan kau. Ini bukan berkaitan dengan kau.
Apa yang aku contengkan di halaman Mukabuku atau pun halaman blog picisan ini tidak semestinya berkaitan dengan kau.
Aku hidup bermasyarakat.
Dan dalam dunia aku, hidup aku bukan hanya kau.
So, kadang kala apa yang aku papar kan atau conteng kan ianya mengenai mereka.
Bukan kau.
Jadi tidak perlu kau mengelabah.

Tidak perlu kau menuding jari.
Tidak perlu kau mencaci.
Sebab kau yang akan malu sendiri.
Saat itu aku akan ketawa geli hati.

                    [ kau punya tiga perkataan yang mampu membunuh jiwa ini? ]

Ya. Kebiasaan nya kedengaran kata kata sinis menyembur bahawa ego hanya milik lelaki.
Gila keji. Apa wanita tidak punya ego sendiri?
Malah ada yang lebih tinggi dari lelaki.
Ya. Sungguh.
Jika kau kata aku salah.
Aku berpaling. Meludah ke tanah.
Aku sangka aku punya pendapat sendiri.
Rupanya ada yang pemikiran serupa seperti ku.
Ini secebis perbualan di mukabuku tempoh hari.


        Dia : Permainan hati sangat menyakitkan.
 
        Aku : Tapi masih lagi nak teruskan permainan?
 
        Dia : haha. Kadang kadang rasa macam makan sambal. Makin pedas makin 
               sedap. Gila kejam itu tunas  rasa. 
 
       Aku : Takpe. Jadi, masih sakit hati?
 
       Dia : Sedang cuba mereda kan perasaan.
 
       Aku : Bagaimana tu? Pakai air batu?
 
       Dia : Lari seketika dari bertelagah. 
 
      Aku : Penat lah lari, lari lari bertelagah lagi.
 
       Dia : Ya. Tapi jika terus menghilang kan diri kita akan di anggap seorang 
               yang kejam lagi keji. Bagaimana? 
 
      Aku : Setuju. Kerana itu, masih lagi dalam permainan.
 
       Dia : Sungguh sukar kan? Alhamdulillah masih ada kesabaran. Jika tidak 
              sudah lama menjadi insan kejam yang menyiksa jiwa insan lain dari 
              diri sendiri yang tersiksa. 
 
      Aku : Tak mampu untuk menjadi kejam, kerana nescaya, bukan insan lain saja, 
               bahkan diri sendiri pun akan tersiksa.
 
       Dia : Betul. Kata orang jika kita ikut peraturan permainan, kita akan menang. 
               Betulkah? 
 
      Aku : Tiada peraturan, tiada menang dan kalah. Itu yang dipegang. Kalau 
               mengenai permainan ini, tiada salah, tiada betul.
 
       Dia : Sangat sukar. Kadang kala rasa seperti sudah menjadi juara. 
              Tapi sebenarnya menjadi si kalah yang hanya bermegah.
 
      Aku : Benar. Terasa seperti sudah terbang tinggi, tapi rupanya sayapnya  
               pun masih tercari-cari. 
 
       Dia : Kadang rasa seperti hanya suka sendiri. Bila merajuk katanya tidak serupa 
               lelaki.  Habis harus sentiasa berwajah bengis seperti insan yang tiada hati?
 
      Aku : Sukarnya kalau pasal hati. Kita begitu dia begini, kita begini, dia begitu. 
               Tak mencari, tak rindu, tak dicari, sakit hati siapa yang tahu. 
 
       Dia : Kan? Mahu juga rasa di cari. Rasa di hargai. Jika hanya kita yang tiap 
               masa  mencari sedang kan dia mendiam kan diri boleh buat tertanya 
               tanya sendiri sama ada dia masih memerlukan kita di sisi atau hanya kita
               yang suka sendiri. Sudah pasti dia punya ego mengalahkan lelaki.
 
      Aku : Apa rasa? Mahu teruskan lagi, atau sekadar cuba bertahan menurut diri? 
               Tanya sama hati.


                               [ tiba tiba rasa mahu menembak. Eh? ]

Ya. Tidak semua wanita begitu.
Ya. Tidak salah jika mempunyai ego.
Ya. Kau nampak hebat bila kau tidak mudah tunduk kepada lelaki.
Ya. Kau juga akan di cemuh jika ego mengalahkan lelaki.

Mengapa?
Bukan kerana wanita itu di anggap lemah. Bukan.
Bukan kerana wanita itu di anggap si kalah. Bukan.

Tapi.
Kau bukan setakat menyiksa  insan lain dengan ego yang di jaga rapi.
Malah kau mampu membunuh jiwa insan yang menyayangi kau.
Bukan kah itu kejam.
Kau pernah mendengar pembunuh dalam senyap?
Ya. Itulah engkau.

Tidak salah kan jika kau buang sedikit ego itu.
Bukan semua. Sedikit saja.
Cukup untuk biarkan dia singgah di hati.

Apa? Kau takut dia tabur arsenik di hati?
Sungguh geli hati jika kau kata begitu.
Mana mungkin setiap perkara tiada risiko bukan?
Sedangkan kau buang air pun berisiko di hendap. Eh?

Sedangkan si lelaki yang punya ego tinggi sanggup buangkan sedikit demi kekasih hati.
Inikan lagi kau yang terkenal dengan jiwa yang lembut.
Dan jangan risau kerana tidak akan jatuh martabat kau.

Bukan aku menyuruh kau buang kan ego dengan lelaki yang kau tak kenali.
Bukan. Boleh jadi bencana itu.
Maksud aku kurangkan lah ego dengan lelaki yang sudah bertahun kau kenali.
Lelaki yang sentiasa berdiri bila kau mahu di dampingi.
Lelaki yang sentiasa hadir bila kau mahu di temani.
Lelaki yang sentiasa menjaga kau sepenuh hati.
Lelaki yang sentiasa menghulur bahu bila kau sepi.

Tidak salah.
Kerana kau juga akan mendapat faedah.
Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Saat itu baru kau tertiarap ke tanah.
Kerana air mata yang tumpah tiada siapa yang akan bantu menadah.

Dan kau pernah mendengar?
Sesuatu itu akan di cari bila sudah jauh dari diri?
Aku tidak mahu kau rasa begitu.
Kerana kau sendiri yang akan tersiksa. Pedih terasa.

Baiklah.
Ada baiknya aku tamatkan contengan ini.
Sebelum ada manusia yang berfikiran negatif.
Habis muncung panjang berjela.
Jelingan tajam seperti singa.
Ouh derita.

Lagi sekali aku katakan.
Contengan ini tidak semetinya mengenai diri kau.
Maaf jika terasa.
Sungguh itu bukan niat ku.
Kepada pembaca berjantina wanita,  aku tahu kalian tidak seperti ni.
Nah aku hadiahkan senyuman yang menggoda. =)
                            [ Kau tergoda? Maaflah kerana aku sudah berpunya. ]

20110321

Futsal & Awang Hitam?

Assalamualaikum.


Kali ini contengan yang aku buat mempunyai pengisian yang khusus!
Ya! Buat pertama kalinya.
Aku teruja.
Aku gembira.
Aku tertawa.

Kenapa? Sebab sebab sebab . . .
Sebab aku dapat teman wanita baru.

                                           [ mak cakap kami sepadan ]

Aku suka dia dan dia suka aku.
Ouh bahagia.

Lupakan mengenai dia.
Sebab ada perkara yang lebih mengembirakan aku dan rakan rakan.
Nak tahu mengenai apa?

Di sinilah cerita bermula. =)

20.03.2011

Aku dan rakan rakan sekumpulan Masjid Olak Batu telah menyertai Pertandingan Futsal Terbuka Piala Masjid Naib Kaunselor UTHM.
Kan? Mulia sungguh nama nya kan?

Pertandingan bermula pada jam sembilan pagi.
Perlawanan pertama : Pasukan kami kalah kepada student dari Somalia dengan jumlah gol satu berbalas kosong.
Kami tidak malu. Sungguh.
Kenapa? Kerana pasukan lain yang berlawan dengan pasukan itu kalah dengan jumlah gol tiga berbalas kosong. kan?
Kami masih boleh di kira bermain dengan baik.
Dan sebab lain nya, kami gembira kerana berpeluang berlawan pemain dari negara berbeza.
Kalian ingat mudah untuk dapat pengalaman sedemikian?
Dan masa itu juga baru kami sedar ketinggian kami hanya di paras ketiak mereka. Gila hina.

Perlawanan kedua : Pasukan kami dapat mengatasi pasukan dari Simpang Renggam dengan jumlah gol tiga berbalas satu.
Ya. Bukan aku yang menjaringkan gol. Tapi aku tetap gembira.

Perlawanan ketiga : Perlawanan ini yang akan menentukan sama ada kami layak ke peringkat seterusnya.
Hasil perlawanan  kami dapat menewaskan pasukan dari Taman UPC.
Maaf kerana aku lupa jumlah jaringan.
Kalian perlu faham. Umur aku semakin meningkat dan banyak lagi yang perlu aku utamakan.

Alhamdulillah kami dapat pergi ke peringkat suku akhir.

Peringkat Suku Akhir : Maaf lagi sekali kerana aku lupa nama pasukan yang berlawan dengan kami di peringkat suku akhir tersebut.
Apabila wisel penamat di bunyikan, jumlah jaringan kami sama bermakna perlawanan di heret ke penentuan sepakan penalti.
Kedua dua pasukan menjaringkan gol demi gol.
Pasukan kami mendahului satu jaringan.
Dan saat itulah aku di beri tugas untuk mengambil sepakan penalti yang seterusnya dan membawa maksud jika aku tidak dapat menjaringkan gol, pasukan kami akan pulang awal.
Dan jika aku berjaya, kami layak ke peringkat separuh akhir.
Gila. Sungguh gila. Adrenalin mengepam ke seluruh saraf.
Mengigil gigil teman.
Bismillah di baca di dalam hati.
Dan GOL!
Ah. Ibarat baru lepas buang air. Lega.
Mata tertutup separuh sambil wajah mendongak ke langit.
Sungguh puas.

Peringkat Separuh Akhir : Pasukan kami di undi untuk menentang pasukan dari Somalia lagi sekali.
Bukan pasukan yang mengalahkan kami di awal tadi. Bukan.
Ini pasukan yang lain.
Ya. Lagi sekali jaringan demi jaringan kedua dua pasukan hasilkan.
Dan dan dan lagi sekali perlawan di heret ke penentuan penalti.
Namun kali ini nasib tidak menyebelahi pasukan kami.
Pasukan kami tersungkur di peringkat separuh akhir.

Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat : Kami sepatutnya berlawan dengan pasukan dari Simpang Renggam bagi menduduki tempat ketiga dan keempat.
Namun persetujuan di terima dari kedua dua pasukan supaya hanya menggunakan sistem lentingan  duit syiling untuk menentukan keputusan pertandingan.
Alhamdulillah lentingan itu memihak kepada kami.
Pasukan Masjid Olak Batu berjaya menduduki tempat ke Tiga.

Ini gambar gambar yang sempat di ambil :


                                             [ ini dia ahli ahli pasukan ]

                                    [ perlawanan peringkat suku akhir ]


                                [ orang mara  aku berjalan pulang? -No10- ]



                              [ aku yang tidak pandai menggelecek. =.=" ]


                                          [ giliran aku selepas dia ]

                           [ muka serius apabila di suruh ambil sepakan penalti ]

                                             [ peringkat separuh akhir ]


                                      [ ini dia pasukan dari Somalia ]

                                 [ bersama pasukan dari Simpang Renggam ]

                                [ pasukan tempat ketiga dan keempat ]

                                 [ menanti sesi penyampaian hadiah ]

                                   [ yang berbaju oren itu aku. =) ]

                          [ bergambar bersama pasukan dari Somalia. Teruja ]

Ya. Walau sekadar mendapat tempat ketiga kami berbangga.
Pengalaman cukup berharga.
Mana tahu lain kali kami boleh menjadi juara. Kan?
InsyAllah.

*Penat masih terasa.
*Namun kami gembira.
*Awang Hitam memberi seribu pengalaman.