20110630

Hujan. Bantulah!

Hujan yang lebat,
Bawalah tiupan kegembiraan agar dapat aku sapu rasa penderitaan.
Hujan yang lebat,
Bawalah sekali angin nyaman agar dapat di redakan panasnya perasaan.

Hujan yang lebat,
Cucikanlah segala kesan agar aku bisa merasai ketenangan.
Hujan yang lebat,
Dampingkan sekali pancaran kilat agar aku tidak teraba di dalam mainan perasaan.

Hujan yang lebat,
Janganlah kau berhenti.
Aku lebih rela tenggelam dari tersiksa dengan perasaan sendiri.


20110628

Sufi Safaza Yang Hilang.

#di sebabkan gua terpadam cerpen yang gua berhempas pulas nak siapkan tadi. Gua jadi melankoli dah nie. Gua blank sekarang nie. So gua ambil penulisan gua di blog SINI untuk di bawa ke sini.

Random Fact Mengenai Perempuan.

Perempuan sangat benci kepada suatu pembohongan. Tak kiralah pembohongan itu serius atau tak. Sebagai contoh, lu mesej awek lu then awek lu tanya lu dekat mana. Lu jawab duduk rumah layan blog 1001 PEREMPUAN. Padahal lu duduk kat warung layan Wrestling dengan otai otai kampung. Pada lu itu satu pembohongan kecil yang tidak akan membawa masalah. Tapi jika kekasih lu tahu itu semua jawabnya tarik muncung lah awek lu tu. Dah lu kena wujudkan sesi pujuk memujuk ye dak? Nak menipu tu biar master dulu. Menuntut dengan mana mana kaki drama.

Perempuan lebih mementingkan perbuatan daripada kata kata. Perempuan sekarang lebih pandai. Mereka kebiasaannya nak lu buktikan dahulu segala janji janji yang lu sendiri tak ingat entah dah berapa banyak dah lu tabur. Kalau yang mudah tergoda dengan kata kata semata itu pun biasanya budak budak sekolah.

Perempuan sememangnya ratu drama. Tak kisahlah drama Melayu ke sinetron ke. Kebiasaannya mereka sangat suka di kejar dan bukan mengejar. Mereka akan bermain tolak menolak manja. Mulut bicara "tidak" tetapi hati mendayu sebut "nak". Bila sang lelaki nyampah putus asa baru mereka nak menangis tersedu sedan.
So pada pria yang dok menunggu seseorang perempuan macam tunggul kayu tu, bawak bawak ler bersabar. Sebulan dua cair lah minah tu. Kalau tak cair cair jugak mungkin perempuan tu jenis one way. Pandai pandailah lu fahamkan one way tu apa ye dak.

Perempuan nie suka lelaki yang jenis pemaaf. Tak kesahlah hal kecik ke hal besar alam ke dia mesti sentiasa mengharapkan pihak lelaki yang minta maaf dulu. Itu bukan gedik, tapi itu menampakkan bahawa perempuan itu jiwa nya halus. Lagi lagi kalau time mula mula nak usha, lelaki tersilap sikit then terus minta maaf jawabnya perempuan dah terbayang muka Seth Tan dah kat muka lelaki tu. Tapi tak semua perempuan macam tu. Ada juga perempuan yang tak suka lelaki yang selalu minta maaf walau lelaki tu tak tahu apa salah dia. Pandai pandailah selidik perempuan perempuan dekat sekeliling tu macam mana kalau nak melancarkan sesebuah hubungan. Setiap perempuan itu punya keunikan tersendiri ye dak.

Kalau perempuan terdekat jenis yang lemah lembut sopan ayu manis selalu menjadi bahan bualan makcik makcik kumpulan berzanzi untuk di jadikan calon menantu tiba tiba berubah watak menjadi The Rock, itu tandanya mereka datang bulan. Bila mana mereka datang bulan, perubahan hormon di dalam badan akan mempengaruhi emosi mereka. Lagipun sakit masa datang bulan nie wei. Sampai tertonggeng tonggeng classmate gua dulu. Sebagai lelaki perasaan ingin tolong tu mesti ada ye dak? Macho lah katakan. Last last gua yang kena sumpah seranah.

Seorang perempuan akan cenderung mengatakan dirinya gemuk. Tahap kekonfiusan seorang perempuan terhadap fizikal mereka sangat sangat tinggi. Sampaikan gua nak dok kaji tentang hal ini pun pening. Lagi lagi kalau ada gambar sorang awek dekat Facebook. Kawan sejantina dok puji lah "You cantik lah. Slim je." Yang awek tu jawab "Mana ada. I gemuk lah. :( ". Rasa nak bagi ceramah sepam dua je. Tapi inilah lumrah mereka. Kecelaruan mengenai fizikal. Cik awek pun samalah macam nie. Sampai gaduh gaduh dengan gua sebab dia kata dia gemuk. Last last gua mengalah dah.

Perempuan sukakan hadiah. Bukan bermakna suka hadiah mereka tu kaki spedo. Bukan. Tapi hadiah kan melambangkan keikhlasan dan secara automatik diorang akan rasa di hargai. Kalau nak bagi hadiah tu lebih bermakna bagi material. Kalau setakat coklat tu manisnye sekejap je. Lagi bagus kalau lu buat sendiri. Tahap penerimaan tu berganda ganda lebih senyuman dari barang yang lu beli made in China tu. Gua tau sebab gua pernah buat. keh keh keh.

Pujian. Perempuan nie kebiasaannya sukakan pujian. Tak kiralah pujian tentang penampilan ke tentang perangai ke. Hati diorang rasa di usap usap manja dengan pujian tu. Contohnya diorang pakai shawl terlilit lilit gaya macam nak tercekik bagai. Walau nampak serabut tapi kalau lu puji sikit terkedip kedip lah mata perempuan tu. Tapi jangan puji lebih lebih. Perempuan dapat tahu cara pujian tu ikhlas atau sekadar nak menyedapkan hati je.

*ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian gua je. Maaflah kalau ada yang terasa.

p/s : Cerpen jiwang tentang Sufi Safaza Yang Hilang tu gua siapkan lain kali lah ye.

20110625

Tips Cinta #1.

Assalamualaikum.
Hello boys and super duper sweet cute humble girls.

Tengok tajuk penulisan kali ini dah macam apa dah.
Takda nya tips bagai wei.
Ini perkongsian je. keh keh keh.

Mencari cinta itu mudah.
Sangat mudah.
Yang sukar adalah untuk mengekal kan rasa itu agar kau sentiasa mencintai dia.
Lebih perit jika cinta yang kau rasa tidak mendapat sambutan.
Terlompat lompat kegembiraan keseorangan.
Menari Tango dengan bayang kesamaran.

Kadang kala rasa sayang sebagai kawan boleh bertukar sebagai cinta.
Orang sekeliling akan ada yang kata kita gila.
Tapi itu kita punya jiwa.
Kita bebas untuk suka dan untuk mencinta.
Tapi biasanya rasa cinta itu akan kita pendam.
Kita simpan kerana risau tidak mendapat balasan.

Ramai yang takut untuk mengaku yang kita cinta sama dia.
Takut di tolak dan di buang terus dari dunia dia.
Risau tidak dapat mendekati lagi si tubuh berbau wangi.
Kata orang, kita akan rindu jika lama tidak terbau insan yang di sayang.

Tapi inilah jiwa bukan?
Kita tidak mempunyai upaya untuk mengawal rasa.
Kadang rasa cinta itu datang dengan tiba tiba.
Dan bahayanya ia juga boleh terbang pergi seperti mana ia tiba.
Hilang tanpa ada lampu kecemasan sebagai amaran.

Ingin aku berikan sedikit pandangan.
Kepada penagih penagih cinta yang sudah berjumpa insan pilihan untuk menyemai rasa.
Lafazkan lah rasa cinta dari dalam jiwa.
Ada banyak cara yang boleh di guna.
Jika cukup kuat untuk menerima kebarangkalian di buang atau di terima, lafazkan secara berdepan adalah medium yang sangat baik.
Jika risau serangan jantung melanda ketika menerima maklum balas, gunakan lah teknologi semasa.
Tahap penerimaan kekecewaan masih boleh di terima oleh jiwa.

Janganlah kau pendam rasa dalam jiwa.
Kerana itu akan menjadi pembunuh rasa.
Janganlah takut untuk di tolak.
Kerana itu pengajaran berguna untuk kau menongkah arus dalam dunia yang serba bahaya.

Adat lah dalam bercinta rasa gembira bagai nak gila.
Menjadi sinonim dalam perkongsian jiwa bila kau kecewa dan derita.

Bila di buang kau bukan looser.
Tapi itu salah satu peluang untuk kau cari yang baru.
Err ok. Lupakan yang itu.

Kepada sang pencinta dan bakal penjaga marga cinta, berani lah meluahkan rasa di jiwa.
Untung sabut timbul.
Untung batu benjol dahi.

20110623

Perempuan Itu.

Entri ini sebenarnya ingin aku post di blog 1001 PEREMPUAN sebagai entri pengenalan oleh penulis *junior* di situ. Namun kerana belum mendapat akses dari boss besar aku post di blog ini dahulu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perempuan itu.
Ciptaan Illahi yang sangat menarik.
Asal ciptaannya menggunakan rusuk kiri seorang lelaki.
Sedangkan asalnya lelaki menggunakan pati tanah.
Perbezaan kejadian menjalinkan ikatan antara keduanya.

Perempuan itu.
Mempunyai tempat yang istimewa di dalam agama kita.
Di dahulukan sebanyak tiga kali sebelum seorang lelaki.
Perlu di hormati.
Perlu di kasihi.
Perlu di lindungi.

Perempuan itu.
Kini lebih kepada di eksploitasi.
Perempuan sendat subjek wajib di pesta permotoran.
Para korporat tersenyum buas ketika melancarkan acara.
Sang buaya lebih terarah kepada peha licin daripada motor kereta.

Perempuan itu.
Perlu di pampang di muka muka majalah.
Katanya itu subjek terindah.
Yang di papar bukan dari aspek muslimah.
Tapi liuk lentok siapa paling megah.

Perempuan itu.
Gambar wajib di dalam kalender kalender tahunan.
Duduk di buai secara mendada.
Baring di pantai buat posisi menggoda.
Katanya biar tahun mendatang lebih menguntungkan.

Perempuan itu.
Katanya perlu menjadi pelacur kepada suami untuk mengecapi keluarga bahagia.
Agenda bangsat!
Kenapa perlu di rendahkan martabat para perempuan Islam ini?
Mereka bidadari bukan pelacur wahai insan berpemikiran dangkal.

Perempuan itu.
Menjadi agen pelaris sesuatu barang.
Kini baja kompos pun gunakan perempuan untuk memancing pelanggan.
Hinggakan kebanyakan kedai kedai tidak mahu mengambil pekerja lelaki takut tidak maju perniagaan.
Cilaka!

Perempuan itu.
Jangan lah di guna gunakan untuk mendapat keuntungan.
Jangan lah di sayang hanya untuk kepuasan.
Jangan lah di bela hanya untuk di peragakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        [ Gambar ini pun boleh bukan untuk kalender tahunan? Menarik juga. ]

20110619

Hero Keluarga Aku

Assalamualaikum.

Hye boys and super duper sweet girl(s).

Kali ini aku ingin bercerita tentang hero keluarga aku.
Dan tak lupa juga ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan pembawa kromosom XY yang bergelar bapa.

                             [ Encik Jamat dengan cinta hati dia. ]

Aku punya seorang hero.
Tapi bukan hero yang selalu di dendangkan.
Aku punya hero yang hanya golongan aku aku mengerti betapa heronya dia.
Hero aku tidak punya nama yang megah seperti karakter hero plastik ciptaan manusia dari negara bermata sepet itu.

Jamat.
Pendek, ringkas dan kedengaran Jawa.
Itulah nama hero aku.
Masa mudanya suka dengan motor bergaya Scrambler.
Itu sudah cukup melambangkan cara dia menunggang motor pada masa kini.

Hero aku bukan garang.
Dia hanya tegas.
Mungkin itu cara pembawakan watak untuk mendidik lapan putera dan seorang puteri ini.
Jika di lihat pada misai melentik, terbayang wajah A.Galak.
Bengis.
Semua anak anak pernah merasa ketegasan dia.
Kira semua anak anak terkalahkan oleh dia.
Namun hanya seorang yang hero aku tidak dapat membantah segala gala.
Anak dia yang nombor lapan.
Ya. Abang di atas aku.
Mak kata penyebab Abah kalah kerana abang yang itu mewarisi perangai Abah.
Mungkin juga.

Aku punya hero yang hebat.
Dahulu kami anak anak Abah membesar di dalam ruang yang boleh di katakan sempit.
Kami tidur berhimpit.
Bila bangun sudah nampak dapur kerana bilik tidur digabungkan dengan dapur.
Bila hujan, kami terkejarkejar untuk menadah air yang menitis melalui zink dan atap yang bocor.
Sehinggakan ada Makcik aku yang mengatakan rumah kami seperti hendak roboh.
Namun Abah dan kami tetap bahagia.
Alhamdulillah Abah tidak mempunyai penyakit.
Sedangkan yang mengata itu sering mengeluh sana sini.
Inilah namanya Rezeki Allah beri.
Kita tidak tahu dalam cara atau bentuk apa yang ingin di sampaikan kepada kita.
Abah memanjakan kami dalam bab makanan.
Abah lebih suka berbelanja untuk makanan dari membelikan kami mainan yang mahal.
Namun kini kami punya rumah yang selesa.
Walau bukan banglo tapi ini semua sudah cukup.
Sudah cukup selesa untuk anak anak yang menginjak dewasa.

Abah punya hati mulia.
Jika berlaku kematian di kampung, boleh di katakan Abah yang keluarga si mati panggil selepas imamimam dan bilalbilal.
Ini kerana Abah penggali kubur.
Dahulu aku punya sifat penakut.
Bila aku mula menginjak remaja, Abah dedah kan aku dengan dunia dia.
Jika keluarga si mati meminta mengebumikan jenazah pada waktu malam, Abah akan menurut.
Dan aku akan mengikuti Abah.
Sekadar menjadi pemerhati.
Sejak itu aku menjadi seorang yang berani.
Sampai bila hendak menjadi penakut sedangkan bila nyawa sudah tiada kita akan bersendirian di dalam tanah.
Aku bangga punya hero seperti Abah.
Dan ada abang aku yang mengikut jejak Abah menjalankan tugas Fardhu Kifayah itu.

Aku punya hero yang hebat.
Bab memasak memang dunia Abah.
Dahulu jika Mak sakit, Abah akan memasak untuk keluarga.
Sekarang tak lagi kerana aku yang kena ambil tugas itu.
Bukan aku mahu bermegah, tapi hasil masakan Abah sering mendapat pujian orang yang merasa.
Malah ada yang menjemput Abah untuk memasak di kampung kampung sebelah hasil penangan air tangan Abah.
Dan mungkin kerana itu anak anak Abah boleh di katakan hampir semuanya punya anugerah itu.

Abah tetap hero aku.
Tahun ini umur Abah 61.
Ya. Sebaya dengan Mak.
Pada umur itu Abah masih kuat.
Wajahnya tidak melambangkan umur.
Masih gagah untuk mencarikan kami makanan yang sedap sedap.
Masih ketawa terbahak bahak jika ada yang membuat lawak.
Ketawa Abah boleh di dengari walau dari jarak jauh.
Ya. Itulah Abah.

Abah sudah punya 11 orang cucu.
Raya nanti insyAllah akan bertambah menjadi 12.
Abah sangat sayang dengan cucu cucu nya.
Semua di layan sama rata.
Jika ingin di belikan apa apa, Abah akan mengira jumlah cucu dengan jumlah barang yang di beli.
Abah kata biar adil jadi tidak bergaduh.
Cucunya turut memanggil Abah sebagai Abah.
Begitu juga anak anak comel itu memanggil Mak.

Abah.
Memang aku tidak pernah ungkapkan kata,
"Aku sayang sangat dekat Abah. "
Namun aku pasti Abah tahu itu yang aku dan anak anak Abah rasa.
Ya. Benar. Itu yang kami rasa.
Kami Sangat Sayang Abah!

20110616

Saat Tidurnya Diriku.

Kesihatan masih lagi menjadi taruhan.
Perubahan suhu sekeliling mempengaruhi tubuh aku.
Apabila fajar menyinsing, aku seperti insan yang hilang upaya.
Menggigil, meringkuk.
Sejuk dan sunyi yang aku rasa cukup menyiksa jiwa.


Saat tidurnya diriku,
Aku impikan istana seputih salju,
Aku angankan kau menjadi penghuni tetap di situ.

Saat tidurnya diriku,
Yang aku sumbatkan kedalam minda hanya kau menjadi permaisuri yang satu.
Yang aku berikan watak utama untuk menghidupkan kisah dongeng kita.

Saat tidurnya diriku,
Seringkali aku tersenyum manja apabila membayangkan kau merapatkan wajah ke dada.
Wanginya aroma udara mampu aku hidu walau itu hanya mainan minda.

Saat tidurnya diriku,
Aku binakan kau persinggahan sempurna.
Untuk kau menjelmakan wajah menjadi yang terindah.

Saat tidurnya diriku,
Aku sentiasa bayangkan hanya yang terbaik untukmu.
Tiada cacat cela walau sekelumit hama.

Saat tidurnya diriku,
Aku menjaga dirimu yang suci itu.
Sanggup tertumpah darah agar kau tidak tercemar.

Saat tidurnya diriku,
Aku impikan langit sentiasa membiru.
Agar waktu waktu kita sentiasa cerah tidak perlu teraba raba mencari arah.

Saat tidurnya diriku,
Aku sentiasa bayangkan wajahmu.
Melihat dengan teliti adakah senyuman manis itu masih hangat seperti dulu?


p/s : Puisi ini aku gubah untuk wanita wanita kesayangan aku.

Tragedi Jumpa Zafira Zaki

Assalamualaikum.

Gua di serang demam.
Otak gua tepu untuk berpuisi dalam post ini.
Penulisan mengenai perempuan seperti yang di sarankan dearly I D A untuk dinilai oleh admin batalion 1001 PEREMPUAN pun tidak dapat gua siapkan.
Lagipun gua tidak harapkan apa apa dari situ.

Tengok.
Tekak dah rasa loya dah.

Penyakit morning sickness Nora Elena lah berjangkit nie. Damn!
Gua kena blah dulu.

p/s : Sejak bila gua pakai panggilan "gua" nie? Tak sopan sungguh!

20110610

Gua Bukan Baik Pun

Langit malam ini gelap.
Masih gelap.
Sama seperti semalam.
Tidak mustahil esok masih dalam situasi yang sama.

Hati aku kelam.
Mungkin lebih kelam dari langit malam ini.
Hitam.

Aku juga jahat.
Memang aku jahat.
Kebaikan aku selama ini cuma propaganda.
Propaganda yang membuat aku hidup.

Aku kebencian orang.
Itu benar.
Aku suka bila orang benci sama aku.
Mungkin itu kepakaran aku.

Maaf kalau kau jadi mangsa aku entah yang keberapa.

Aku Punya Kawan

Aku punya kawan.
Kawan yang selalu ada dengan aku.
Kawan sejak tadikanya aku.
Bodoh aku tak di keji sebab masa itu kawan aku serba sekata tahap IQ nya.
Rongak aku tak dikata sebab kawan aku pun sama saja.

Aku punya kawan.
Kawan masa sekolah aku.
Dari kecil hingga remaja masih sama.
Masih sama walau ada yang berumahtangga jambang panjang sejengka.
Aku masih ada mereka.

Aku punya kawan.
Kawan yang ada masa sedihnya aku.
Sanggup luangkan masa dengar rintihan bodoh aku.
Rela temankan aku bila taufan melankoli menerjah aku.
Bila aku bersedih perwatakan mereka turut berubah seiya sekata.

Aku punya kawan.
Kawan yang ada masa gembiranya aku.
Sangat ramai yang mengelilingi aku.
Sehingga aku terkucil membeza yang mana satu kawan sebenar.
Namun hati aku tahu siapa yang aku mahu.

Aku punya kawan.
Kawan yang suka mengusik aku.
Bukan usikan manja yang membuat aku terliuk lentok bagai joran di sambar ikan.
Sangat gedik rupanya bukan?
Tapi usikan yang boleh menimbulkan pergaduhan yang sering ditimbulkan.

Aku punya kawan.
Kawan saat sakitnya aku.
Akan bertanya perkembangan aku.
Akan mengingatkan aku mengambil dadah yang ditetapkan.
Namun belum ada yang menghantar ubat ke rumah aku untuk melihat aku bangun sihat semula.
Sungguh romantik jika begitu.

Aku punya kawan.
Kawan dari laman Mukabuku.
Walau tak beribu tapi aku sudah tak mampu melayan kerenah semua itu.
Ada yang sekufu dan ada yang membuatkan aku malu.
Tapi aku tetap anggap mereka kawan aku,
atau bakal lebih dari itu.

Aku punya kawan.
Kawan yang menyakitkan aku mengembirakan aku menemani aku melayan aku.
Cukup rasa aku punya semua.
Semua itu aku perlu dalam hidup aku ini.
Hidup aku yang memerlukan aku melawan negatif rasa.
Bukan di manja manja dengan propaganda semata.
Aku suka mereka yang jujur dengan kekurangan aku.
Aku suka mereka yang menegur apa silapnya aku.
Aku suka mereka yang tidak suka memuji aku.

Bukan mereka yang beriya kata tentang bagusnya aku sedangkan di belakang mengeji aku.
Itu CILAKA!

20110607

Wordless Wednesday

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says 
                         so much that it doesn’t need any description.

..............................................................................................................................
Death Will Come

 p/s : Lepas nie gua update blog tiap hari Rabu jela jawabnya. :)

20110604

Sewaktu Aku Kecil

Sewaktu aku kecil.
Aku hidup serba sederhana.
Baju yang kebiasaannya aku pakai berlubang compang camping.
Itu semua tidak menjadi masalah kerana rakan rakan sepermainan aku semuanya sama.
Tidak akan ada yang mengata "Eh Jimmy baju kau buruk benar."
Anak anak kecil kini mana kau dapat melihat itu semua lagi.
Baru lahir sahaja sudah di limpahkan dengan kemewahan.
Bagi keluarga yang sederhana, sanggup berhabis demi anak tercinta.
Sungguh anak anak kini lebih beruntung dari zaman aku dahulu.

Sewaktu aku kecil.
Terdapat pelbagai permainan bagi mengisi masa senggang aku.
Baling selipar tembak getah pondok pondok masak masak senapang kayu itu kepakaran zaman kecil aku.
Bermain rondes sampai pecah cermin tingkap jiran.
Kepala koyak terkena kayu pemukul.
Dalam banyak banyak permainan itu hanya tembak getah yang memerlukan modal.
Getah sebanyak 50sen dari kedai Cik Maon sudah cukup.
Senapang kayu semua made by hand oleh kawan aku Tongkeng namanya.
Peluru hanya gunakan terung pipit.
Aku tersenyum bila mengingati saat itu.
Anak anak kecil kini mana kau dapat melihat itu semua lagi.
Kini ibu bapa suapkan anak anak mereka dengan permainan bersifat elektronik.
Anak anak kini lebih suka duduk di rumah mengadap laptop dengan Counter Strike dan Need For Speednya.
Anak anak kini leka dengan Android yang di jadikan hadiah masa ulang tahun kelahiran mereka.
Dan anak anak kini juga yang semakin ramai menghadapi Obesiti.
Mana ada anak anak kini yang suka bermain sampai berpeluh peluh.
Duduk di rumah layan permainan sambil menguyah makanan ringan ibarat syurga oleh mereka.
Begitu lagi mahu di katakan Obesiti berpunca oleh pemakanan di kantin sekolah?
Sangat cilaka bunyinya.

Sewaktu aku kecil.
Belukar dan semak menjadi tempat persembunyian.
Haiwan haiwan juga banyak yang aku kenal.
Calar balar luka luka tidak ada yang merisaukan.
Kalau jatuh akan aku bangun sendiri.
Mak dan abah akan marah kalau itu semua salah aku sendiri.
Jika puncanya bermain dengan kawan kawan, tetap aku yang akan tanggung sendiri.
Anak anak pada zaman kecil aku lebih bersifat berani buat berani tanggung.
Kelihatan kecil tapi ironinya kental.
Anak anak kini sadis.
Melihat lembu pun sudah tidak kenal apa bendanya.
Calar sedikit merengek.
Masuk belukar sekejap membentak tidak tahan dek usikan nyamuk.
Luka sedikit menangis.
Jika salah sendiri ibu bapa memujuk.
Jika salah kawan kawannya, bersiap siaga lah mak bapak kawannya itu untuk di serang.

Sewaktu aku kecil.
Sangat sukar untuk ponteng sekolah.
Jika hujan, tetap akan di hantar ke sekolah walau pengangkutannya hanya motorsikal.
Hanya satu muslihat yang aku berjaya lakukan jika mahu ponteng sekolah.
Pura pura pening kepala saja yang berjaya.
Jika demam abang abang aku yang seramai tujuh orang akan bergilir gilir memeriksa aku bagi memastikan itu suatu pembohongan atau kebenaran.
Jika aku menyorok akan di cari sehingga dapat.
Dan aku akan mendapat sesi Tarbiah secara percuma yang membingitkan telinga.
Jika di sekolah cikgu denda balik rumah akan mendapat bonus tambahan.
Anak anak kini sungguh untung pada aku.
Jika malas ke sekolah hanya perlu nyatakan pada ibu bapa.
Jika ponteng pun ibu bapa hanya kata "TIDAK APA."
Jika hujan pun boleh di jadikan alasan walau punya motokar yang mewah.
Jika di sekolah cikgu denda sampai lebam cikgu itu akan popular.
Masuk suratkhabar muka hadapan.
"CIKGU PEMBULI."

Pada aku yang sifatnya kekampungan ini.
Sewaktu aku kecil lebih bagus cara didikannya.

Pada aku yang manja tapi bertempat ini.
Anak anak kini terlebih dedah dengan teknologi.

Pada aku yang akan menginjak dewasa ini.
Aku harap anak anak sedara aku dan bakal anak anak aku akan mendapat asuhan yang wajar bagi dia menjadi manusia.

20110601

Aku Malu



Malu.
Aku malu apabila ada bangsa aku jatuh dalam perangkap dunia.
Aku malu apabila ada keluarga aku lemah untuk berlawan.
Bukan berlawan dengan raksasa made in Japan yang buat kanak kanak tertawa riang apabila menonton di Televisyen.
Bukan beradu tenaga dengan penjajah yang sifatnya bangsat lagi kejam.

Apa yang aku kata berlawan dengan rasa diri yang sangat ingin mencuba.
Bagus bangsa aku terkenal dengan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru.
Bagus sangat.
Tapi apabila yang di cuba itu sesuatu yang salah buat apa.
Sesuatu yang terang terangan akan terbitkan penyesalan.
Orang orang tua mudah kata.
"biasalah darah muda."
"dulu pun kita macam itu juga, biarlah."
Orang orang muda pula kata.
"baru ada gaya."
"macam gini baru macho bro."

Aku kata.
'ABAH KAU!"

Cukuplah dengan lambakan bangsa Melayu di dalam kerangka besi sunyi itu.
Cukuplah.
Aku tidak mahu bangsa aku, sahabat aku, keluarga aku dan aku sendiri meratap merayu di sana.
Sedih sunyi tersiksa di sana.

Aku pernah juga tersilap percaturan.
Aku pernah juga mencuba itu ini.
Aku pernah juga menari nari apabila mendengar keasyikan melodi.
Aku pernah juga merasa puas dengan kelajuan walau motor aku tak laju mana.

Namun itu semua sudah hilang dari aku.
Yang masih ada hanya hembusan naga.

Sukar untuk buang itu semua.
Sangat sukar.
Bak kata aku.
Pelan pelan kayuh lah kawan.

*penulisan yang carcamarba dari aku. "aku tak tenang."