20121203

Gemuk|Kurus

Tubuh manusiawi itu bergantung.
Bergantung pada siapa yang melihat.
Jika gemuk yang kau mahu.
Maka gemuklah yang kau ketemu di penglihatanmu.
Jika kurus yang kau mahu.
Maka kuruslah yang kau terlihat di matamu.

Aku ambil secebis kata Pak Samad.
"Awal daripada kanan, adalah akhir daripada kiri."

Pemikiran.
Pemikiran itu intipati.

20121202

Kosong

Aku sudah lama tidak menulis di sini. Entah. Seperti hilang jiwa di blog. Tiap kali mahu menulis, rasa kosong. Rasa kosong yang, entah. Aku sendiri tak pasti. Sedangkan kosong/0 itu wujud. Dan, aku tak pasti 'kosong' yang aku maksudkan itu, yang mana satu. Ah, lantak la.


Aku hanya merenung.
Diam.
Tanpa kata.
Tiada suara.

Aku hanya merenung.
Tubuh aku kaku.
Dan, aku jadi sang pembisu.

Aku hanya merenung.
Kosong.
Atau, semuanya bersimpang siur sehingga aku tidak dapat pastikan yang mana satu berada di fikiran?

Aku hanya merenung.
Dan, dalam renungan aku itu muncul satu layar hologram.
Menayangkan gelak tawa dan senyum mesra.
Pandangan yang penuh dengan rasa.
Daripada zaman persekolahan menarik beg beroda.
Sehingga detik ini, saat aku merenung kau tanpa kata.

Dan, aku terusan merenung.
Hanya merenung.
Sehingga mata aku pedih.
Dada aku sesak.
Kepala aku berat.

Aku hanya pinta.
Untuk berbaring dalam kau punya jiwa lagi.
Itu aku punya ruang keselesaan infiniti.
Aku masih mahu berbaring di situ.
Masih.

Sampai aku mati.

20120603

Manusia Di Dalam Sarkas

Di tengah kota yang mundur dalam membangun.
Jalan berdua dua ekor anjing di atas aspal.
Kepalanya diangkat berdikit dikit, mencari punca hingar.
Ekor mengitai, senyuman sinis kedua dua ekor anjing pamerkan.
Melihatkan adegan sa-orang manusia ber-kupiah yang menolak pinggan di satu kedai makan,
dengan lantang suara parau dibingarkan,
"Ini daging babi! Aku tak boleh makan! Haram!"
Terus, manusia ber-kupiah bangun sambil tangan kanan merangkul pinggang gadis berumur belasan,
dan tangan kanan memegang kemas botol air kuning kecairan.

Dan berdua dua ekor anjing terasa hatinya dijentik kelucuan.
Melihat sketsa seperti di dalam sarkas.

Bezanya hanya.
Kini, manusia menjadi badut di atas satu bulatan.
Manakala para hewan duduk mengelilingi bulatan tersebut yang dipanggil pentas.
Bersorak ria.
Bertepuk tampar gumbira.

Melihatkan manusia di dalam sarkas.

20120508

Tunjukkan Yang Kalian Punyai Telur

Buangkan bendera putih yang berkibar lesu.
Bangun.
Jangan mencangkung memaut tengkuk.
Memandang tanah berdebu kasar.
Merenung rumput yang layu dalam hijaunya warna.
Penakut bukan ditujukan kepada kita!
Penakut itu untuk orang orang yang ketiadaan telur!
Jika kalian punyai telur, bangunlah!
Setiap satu itu bukan semua perlu dikekang dengan otot dan tulang selangka yang gagah.
Tulislah. Tulislah.
Kerna, penulisan itu lebih menyiat berbanding kepingan besi yang tajam pada sebelahnya.
Kerna, penulisan itu lebih mendalam rasanya berbanding pada hamburan kata.
Kerna, penulisan itu bisa menjadi jujur sejujurnya berbanding kata yang penuh dengan adu domba penipuan segala.

20120422

Sorga|Nurakha

Muncul satu lohong dilangit.
Jauh ke atas.
Dalam satu kerdipan mata, jatuh sa-orang wanita, menerusi lohong itu ke atas pentas yang dikerumuni manusia.
Terpancar satu cahaya bulat, jatuh keatasnya.
Berbaju sendat menampakkan pusat.
Berkain nipis menaik ke betis.
Perlahan dia berjalan.
Pinggul beralun.
Manusiawi terpegun.
Dia mendengus.
Aku bukan sundal!
Aku bukan sial!
Aku melakukan ini, kerana aku tersepit!
Diantara dinding konkrit dibelakangnya, dan helang mencengkam di hadapannya.
Tidak ada ruang kiri ataupun kanan yang tersia.
Jika aku jatuh kebawah, aku akan dipijak henyak.
Makanya, aku sedaya upaya, kibarkan sayap kecil yang aku punya, untuk terbang ke atas.
Melepaskan diri daripada siksa.
Menggapai apa yang dipanggil nikmat dunia.
Jangan bilang sama aku tentang dosa bilamana kalian tanpa jemu mencaci aku dengan bangga.
Ingin aku tanya.
Sudah tertuliskah sejak azalinya di dahi itu, kalian sebagai penghuni sorga?