20111028

Surat Kepada Ex(s)

Bismillahhirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.
Hai sayang. Hai baby.
What? Tak boleh panggil macam tu lagi dah? Kedekutnya. Nasib baik i tak jadi bf u olls lagi. Beruntungnya i. hikhik.
First off all, i nak tanya mengenai perkembangan hidup u olls. Eh eh eh. Ini bukan bermakna i ambil berat pasal u olls tahu. Pehlissss. I just saja ikut adat. Baru nampak sopan plus baik. Puaka puaka i pun masih ada adab tahu. Apa yang i harap harap u olls bahagia lah dengan lelaki lelaki yang lebih puaka sifatnya daripada i. kehkehkeh.

I rugi sebab hilang u olls? Wait. Mohon i luah tiga patah. Kah Kah Kah.
Luculah u olls nie. I tak rugi pun tahu. U olls nie tak ambil perkembangan betei kan? Nampak benor d*n*u. Hikhik. I sensor perkataan tu sebab i baik. U olls yang rugi sebenarnya sebab let go i. Meh i senaraikan sebab apa u olls rugi lepaskan i.

Sejak dua menjak populariti i mencanak naik tahu. Kalah populariti Miera Liyana masa pakai baju seksi. Populariti cik JejariDebab pun i dah potong tahu masa dia putus tunang dengan Apex. Eh u olls cakap i perasan? Jeles letteuwww. U olls tahu, siap ada lagi fans i yang nak buatkan fan-page untuk i. See betapa ruginya u olls. Kalau tak, boleh selitkan nama u olls sekali dalam fan-page tu. What? Menyesal sudah? Mohon i luah tiga patah lagi boleh? Kah Kah Kah.

Nak tahu lagi tahap kerugian yang u olls terima sebab tinggalkan i? I ini pembawa baka berkualiti tahu. Apa jelir jelir lidah? Jeles? I ketawa sambil tutup mulut jela bila u olls jeles. hikhik. I ada bukti tahu bahawa i pembawa baka berkualiti. U olls know what, mana nak cari lelaki Jawa + Kampar = Pan-Asian. Tak faham? Noob betei kan u olls nie? Patutlah jadi ex(s). kehkehkeh. Mak i keturunan Kampar. Ayah i keturunan Jawa. But i jadi Pan-Asian. See, betawa ruginya u olls sebab lepaskan i. Betapa rare-nya i ini. Dapat u olls bayangkan tak if kita masih bersama, kulit u olls yang kelam kelam malam tu combine dengan kulit i yang putih mulus. How sweet anak kita kan? Kenal Joo Ji Hoon? Macam tu lah nanti wajah baby kita if u olls kahwin dengan i. Dah tak payah hantuk kepala dekat dinding tu. kehkehkeh.

U olls memang rugi. Kalah kerugian yang Mamat Sepah dapat sebab putus cinta dengan Fida. U olls tahu tak i punya stamina yang tinggi. As a guy, stamina sangat penting tahu. Mana stamina untuk cari nafkah, mana stamina untuk layan member, mana stamina untuk ajar anak kayuh basikal tanpa roda tambahan, mana stamina nak layan wife(s) lagi. See, it's all about stamina. If i tiada stamina, macam mana keluarga nak bahagia. Balik kerja tidur. Bangun mandi makan. Then tidur lagi. On tv baring tidur lagi. Surely u olls tersiksa kan? hikhik. But i ada stamina yang tinggi tahu. I sanggup tak tidur beberapa hari untuk lihat isteri isteri i bahagia. Ruginya u olls lepaskan i.

Di dalam Surat Kepada Bakal Wife(s) surely u olls dah baca mengenai ahli keluarga i yang super ramai kan? Di situ u olls dah rugi. U know what, tergolong di dalam keluarga yang ramai, adalah satu perasaan yang sangat ohsem! Bila pakat cuti umum ramai ramai balik kumpul makan sama sama. Ah it's damn sweet. Setahu i, u olls bukan tergolong di dalam keluarga yang besar. See, dah rasa meluapkan tahap kerugian tu? kehkehkeh.

Lastly, i nak kata yang u olls memang rugi tinggalkan i sebab i sudah ada ciri ciri bapa mithali tahu. Ketawa kan i? I join la sepatah dua. ha ha. U olls tahu tak i dah superb bab bab jaga baby. Setakat dukung, mandikan, cibukkan bila baby yakyik, diamkan bila menangis, tidurkan dalam pelukan. Ah i boleh buat itu semua sambil siapkan entri ini tahu. Kalau serah kat u olls baby tu silap silap seluar entah pakai kat mana, lampin pakai kat mana, baju entah kat mana. pffttt. Btw, i pun pandai masak tahu. Nak harapkan u olls, makan hati jela yang i dapat. kehkehkeh.

I rasa cukuplah kot untuk nyatakan kerugiaan yang u tanggung sebab tinggalkan i. I know it's not about kerugian wang ringgit. Tapi wang ringgit tak dapat membeli kebahagiaan tahu. U olls sakit hati ke? hikhik. Kesian. Sedih!

I nak layan dinda(s) i dulu lah ye. Dah penuh notification facebook i tu. Jeles? Kah Kah Kah.



Yang Ikhlas Menyakitkan Hati Mu.
Masih-Kanda-Pan-Asian-Negeri-Selatan.

20111024

Manusia Biasa Biasa

5:00 AM

Mata masih segar. Tubuh masih kuat. Tapi otak sedang buntang.
Aku tidak tahu apa yang ingin aku taipkan sebagai askara. Bukan sekadar askara repekan yang tidak membawa apa apa makna. Tapi, tiap kali aku cuba mencantumkan beberapa buah patah perkataan untuk menjadi ayat, nah! #Backspace. Kosong lagi.

(capai idea)

(masih cuba capai lagi)

(buka kotak. ambil sebatang. bakar. sedut. hembus)

5:30 AM

Masih kosong.

Kosong.

Kosong.

Biarlah kepala aku kosong.
Biarlah. Cuma apa yang aku harap.
Kau curi mimpi aku lagi.
Bawa pergi bersama senyum tawa kau itu .
Buatlah aku salah hari lagi.
Tiupkan lah angin gembira.
Cukup sekadar buat aku terapung.
Jangan bawa aku tinggi tinggi.
Kerana aku pernah rasa itu sekali.
Sampai aku tidak tahu cara untuk turun kembali.
Cukuplah jika senyum manis kau yang aku rasa tiap hari.
Kalau kau mahu berlari, katakan lah sekali.
Aku tidak mahu kau terkepung di dalam rejim pemerintahan kuku besi.
Seperti yang aku kata, aku mahu melihat senyuman kau lagi.
Bukan air mata yang membanjiri.


Aku ini manusia biasa biasa.
Manusia yang mampu membahagia.
Manusia yang mampu membawa celaka.
Aku ini manusia biasa biasa.
Manusia yang mampu membawa gelak tawa.
Manusia yang mampu jadi punca aliran air mata.
Aku ini manusia biasa biasa.
Biasa biasa nya aku sampai tidak ada apa yang mahu di bangga.
Biasa biasa nya aku seperti mereka yang ada.
Biasa biasa nya aku yang tidak mampu hamburkan harta.
Biasa biasa nya aku hanya megah pada kata.
Aku terlalu biasa.
Pada mata aku dan juga mata mereka mereka.
Tapi biasa biasa nya aku punya harapan.
Harapan untuk memberi kebahagiaan.
Walau aku tahu banyak jiwa yang aku parahkan.
Aku hanya manusia biasa biasa.
Aku harap satu hari nanti aku mampu jadi manusia yang luar biasa di dalam kau punya jiwa.
Cukuplah.

p/s : Sepertinya aku masih tidak tahu sama ada apa yang aku rasa dengan apa yang kau rasa punya makna yang sama.

20111022

Tanpa Tajuk






Pagi itu indah bukan?
Saat roh roh kembali kepada tubuh.
Senyuman terbina di wajah mulus tanpa cela.
Otak masih belum dapat meneksprektasikan data dengan sepenuhnya.
Kepingan puzzle mimpi yang tercerai cuba di bina semula.
Dan saat itu jika seseorang terfikirkan kau, aku rasa itulah perasaan yang paling true sekali.

Walau aku di sini tahap kebarangkalian untuk menjumpai pagi adalah sangat sangat rendah.
But as a human being, err ok macam pundek aku rasa kalau aku speaking. Tapi sebagai manusia yang waras, aku tahu pagi itu adalah moment yang saat indah. Segala masalah yang berlaku pada malam sebelumnya kau dah let go masa kau tidur. Tapi yang truly bestnya pagi nie adalah moment moment indah masa malam sebelumnya surely kau akan ingat bila kau bangun pagi. And then then then kau senyum sorang sorang. heh! 



Aku pun sebenarnya tak tahu point sebenar aku up entri nie. Nak kira sebagai melalut pun ada.



Kita ini manusia.
Manusia yang hanya di pinjamkan nyawa untuk berbakti kepadaNya.
Menerusi pinjaman itulah kita dapat merasai semua rasa.
Semua rasa yang kadang kala buatkan kita lebih dekat atau mungkin lebih jauh dari-Nya.



Aku masih manusia.
Manusia yang punya jiwa.
Manusia yang sering cuba dan mencuba untuk mencari makna hidup yang lebih nyata.
Dan kadangkala aku tersilang langkah, terjelupuk ke tanah.
Merasa juga ciuman unsur yang bakal aku bersemadi bila tempoh pinjaman telah sampai tarikh luputnya.


Kau masih manusia.
Manusia yang aku mahu rapati.
Sehingga kadangkala kau lemas di dalam perhatian yang aku beri.
Kau tahu kau manusia yang bisa buat ramai lelaki jatuh hati?
Ah bisa! Memang bisa rasa ini!



Puaka apa serabut kepala aku ni!



p/s : Aku perlukan bomoh penafsir mimpi sebab aku dapat mimpi yang paling true sekali. kehkehkeh.

20111012

Golongan Pendakwah- Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Mulia



Mulia merupakan tema yang telah saya pilih untuk menyiapkan tugasan individu yang telah diberikan oleh pensyarah Pn. Rohizah Binti Halim untuk subjek pengantar penulisan. Kenapa saya memilih tema ini sebagai tema yang utama untuk tugasan individu berbanding dengan tema-tema yang lain? Hal ini kerana apabila saya melihat perkataan "Mulia", pelbagai gambaran menerjah ruang pemikiran saya. Mulia di maksudkan sebagai suatu tahap yang menjadikan seseorang itu di pandang tinggi dan di hormati. Namun kemuliaan seseorang itu akan hilang atau tidak lagi di hormati jika seseorang itu menyalahgunakan penghormatan yang telah di beri oleh masyarakat khususnya. Situasi ini yang akan saya kupas di dalam tugasan individu saya ini.

Setelah saya memillih tema untuk tugasan ini, saya perlu melalui proses seterusnya iaitu memilih tajuk khusus (tajuk kecil) yang berkaitan dengan tema yang saya pilih. Setelah saya memahami tema ini, saya memilih "Golongan Pendakwah-Kemuliaan Tercalar Menerusi Pendekatan Yang Di Guna?" sebagai tajuk khusus untuk tugasan saya ini.

Selepas mendapat saranan daripada pensyarah mengenai tajuk tersebut yang kurang jelas, maka saya mengambil keputusan untuk memilih tajuk baru bagi tugasan saya iaitu tajuk "Golongan Pendakwah- Matlamat Tidak Menghalalkan Cara" sebagai tajuk tugasan saya.

Seterusnya, saya perlu membuat rangka mengenai tajuk ini untuk memudahkan saya menghasilkan penulisan ilmiah. Apabila melalui proses membina rangka, saya perlu mengkaji mengenai golongan pendakwah ini bagi memudahkan sesi soal jawab. Hal ini di sebabkan saya menggunakan teknik (4W 1H) di dalam menghasilkan penulisan ini. Teknik (4W 1H) adalah teknik di mana pendekatan soalan-soalan seperti siapa, apa, mengapa, bila dan bagaimana akan di gunakan untuk memudahkan isi-isi dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk khusus di keluarkan.

Selain itu, saya telah mencari pelbagai maklumat mengenai golongan pendakwah ini di internet untuk memudahkan saya mengaitkannya dengan tajuk khusus yang saya pilih. Seterusnya, saya perlu mencetak helaian entri pertama di blog dan rangka untuk di serahkan kepada Pn. Rohizah untuk di semak dan di nilai sebagai pelengkap kepada tugasan minggu ini. Sekian.

20111006

Berlari. Dikejar. Mengejar.



Seringkali kita melihat permasalahan hati sebagai permasalahan yang merumitkan, melemaskan, membosankan dan segala me. Hal ini kerana hati menjadi elemen pelengkap kepada diri. Tanpa hati, ah bisa mati! Tanpa hati, kau ibarat layang layang yang kehabisan tali. Tiada arah. Melayang kekanan kekiri. Di kemudi oleh angin yang kita tidak dapat di ramal kemana akan di bawa pergi. 

Kau, kau dan kau pernah alami situasi di mana kau mengejar seseorang yang cuba menjauhkan diri daripada kau, sedangkan ada orang lain yang mengejar kau? Ya. Berkenaan itu yang aku ingin cuba kupas daripada sudut pandangan yang tak berapa nak tepat aku ini. Mari aku wujudkan situasi untuk memudahkan kalian memahami.

Alexandra menolak pelawaan Tommy untuk mencari akses memasuki hatinya. Sedangkan Evanessa meminati Tommy dan seboleh bolehnya mahu merapati Tommy.

Peh gila nama nak pesen London. Aku bukan apa, kang aku letak nama Jah, Yah, Ella sekalipun Siti kang ada yang terasa pulak ye dak? Kalau aku letak nama London takde maknanya omputih tu nak baca.

Ok. Biasanya perkara ini akan berlaku begini:



Aku mengejar tanpa henti. Kadang kadang kau berhenti, toleh kebelakang tersenyum manis/sinis lihat aku masih merapati. Kau tahu senyuman kau tu buat aku makin bersemangat untuk mengejar even aku tak dapat tafsir itu sokongan atau sindiran. Tapi lepas seketika, kau sambung larian kau semula. Entah sampai kemana dan entah sampai bila. Dan aku? Aku jadi macam Seth Tan nak pikat Nora Elena pada permulaan cerita. Boo.

Berlainan pula dengan yang mengejar aku. Dia mengejar aku sedangkan aku mengejar yang di hadapan. Kau nak tahu bila waktunya aku akan melayan yang mengejar aku? Ketika aku berehat selepas penat mengejar. Sekejap sahaja waktu itu, sebelum aku teruskan mengejar semula selepas penat aku reda. Cilaka bukan?

Sampai bila perkara ini akan berlaku? Selagi tiada yang mahu mengalah atau selagi tiada yang mahu beri akses untuk insan lain masuk ke dalam hati. Seperti watak yang aku pegang dalam cerita ini, aku rasa aku perlu move on daripada apa yang aku kejar dan berikan perhatian pada yang mengejar aku. Ya, jika langkah ini yang aku ambil, mungkin yang aku kejar itu akan berasa kecewa aku berpatah balik dan tidak teruskan mengejar. Lagi cilaka jika dia langsung tak perasan yang aku dah move on dari membontoti dia.



Tapi pada aku, move on itu perlu. "Jangan kau kejar senja sebab lepas senja, malam akan tiba. Jangan kau kejar pagi, sebab lepas pagi, akan muncul tengahari. Tapi apa yang kau perlu lakukan, cuba sesuaikan diri dengan apa yang kau lalui. Sebab kau akan rasa semuanya sekali."
Korang faham ke tak yang aku cakapkan nie? Ah. Maksud mudahnya, cuba lepaskan apa yang kau kejar tu. Walau kau suka dia macam apa sekalipun. Sampai bila kau nak jadi macam mat gian tak dapat dadah? Cuba terima apa yang mengejar kau. Sebab yang kau kejar, belum tentu kau akan dapat. Tapi apa yang mengejar kau tu tentunya dah ada depan mata kalau kau berhenti mengejar yang di hadapan.
Faham?

Nasihat aku, jangan sampai dua dua terlepas sudah.

p/s : Kadang kadang berkenaan hati nie memang cilaka kalau di ikutkan.

20111003

Kebaikan Penulisan Serta Elemen Di Dalamnya

           Penulisan merupakan cara komunikasi sehala. Sistem penulisan ini didahului dengan penulisan purba, iaitu sistem penulisan yang bersifat ideograf. Penulisan jenis ini berbeza dengan sistem fonetik. Sejarah sistem penulisan telah berkembang dalam pelbagai jenis peradaban manusia yang berbeza. Terdapat beberapa elemen penting didalam sesebuah penulisan iaitu penulis, pembaca dan mesej. Penulisan turut membawa kebaikan kepada masyarakat umumnya. Sebagai contoh, penulisan bersifat ilmiah dapat membantu pembaca daripada golongan pelajar untuk mencari maklumat mengenai bidang pelajaran yang di ambil. Sesuatu mesej juga dapat di sampaikan dengan meluas melalui penulisan. Zaman ultra-moden yang sedang kita lalui ini membolehkan sesebuah penulisan itu di sampaikan dengan mudah. Sebagai contoh, kewujudan laman sosial seperti blog dapat membantu penyampaian sesuatu mesej melalui penulisan dengan lancar. Hal ini kerana individu tidak perlu mempunyai blog untuk mengakses mesej yang di sampaikan. Berkenaan penulisan, terdapat tiga jenis pembaca. Pertama adalah pembaca yang di kenali. Melalui pembaca yang di kenali ini, sesebuah penulisan itu tidak tersebar luas. Hal ini kerana pembaca tidak di kenali terdiri daripada pembaca individu atau pembaca yang bersaiz kecil. Kedua adalah jenis pembaca  umum. Pembaca umum ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Melalui jenis pembaca ini, sesebuah penulisan itu dapat di sebarkan secara meluas. Jenis pembaca yang terakhir adalah jenis pembaca yang sukar di pengaruhi. Pembaca jenis ini kebiasaannya berkaitan dengan penulisan berbentuk penghujahan. Objektif utama penulis yang berkaitan dengan pembaca jenis ini adalah menukar pandangan pembaca terhadap isu atau penulisan yang di hasilkan. Sebagai contoh, seseorang penulis mengangkat tema berkenaan keagamaan di dalam penulisannya. Tema keagamaan adalah suatu tema yang sensitif dan sukar di terima oleh setiap individu. Maka di sini pembaca yang sukar di pengaruhi akan wujud. Ketiga-tiga elemen ini perlu wujud didalam setiap karya untuk menjadikan sesebuah karya itu layak di panggil sebuah penulisan.