20110315

Kau Terasa? Maaflah.

Assalamualaikum.


Firstly nak sampaikan salam takziah kepada warga Jepun kerana di landa bencana Tsunami yang sangat dasyat.
Mungkin itu ujian dan mungkin itu bala yang Allah turunkan.
Kepada warga Jepun yang mengikuti blog ini, bersabarlah.
Eh? Berangan nak orang Jepun mata sepet baca blog capuk nie?
Jepun celup mungkin ada. Kan?

Aku masih mampu tersenyum kerana Jang Nara telah nyatakan kepada aku di Mukabuku bahawa dia terselamat oleh bencana itu. =)
Eh? Jang Nara bukan Korean ke ha?
Persetan kan. Ada aku kesah.

Dan seraya dengan itu kecoh di melalui mesej pesanan ringkas di Telefon Genggam dan Mukabuku mengenai mesej berangkai :


BBC flash news: Japan government confirms radiation leak at fukushima nuclear plants. Asian countries should take necessary precautions. If rain comes, remain indoors first 24hours, close doors n windows, swab neck skin with beta-dine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions, radiation may hit Philippines starting 4pm (Pinas time) today! PLEASE PASS...

                                   [ kau meminta atau kau menegah? eh? ]

Ya. Sejak kebelakangan ini memang cuaca sangat sangat suram.
Mendung memanjang.
Takut juga mahu keluar rumah mana tahu berlubang hidung bila terkena. Kan?

Tapi. Tapi. Tapi.
Apa kes bila cuaca mendung perasaan turut terlibat sama?
Macam kanak kanak selalu kata :

        Kelihatannya seperti cuaca memahami perasaanku.


Ceh. Kanak kanak konon. Bukan kau pernah guna juga? Eh?
Entahlah. Sebab aku juga kadangkala rasa begitu.

Hari cerah rasa indah.
Hari mendung rasa gelisah.
Hari hujan rasa sedih.
Tapi. Tapi. Tapi.
KADANGKALA ok. Bukan selalu.

Kan? Tak selalu kan? Angguk tanda setuju. Cepat!
Bagus.
Dan kerana perasaan itu membuatkan aku tiada mood untuk membuat entry entry terbaru.
Sebab jari aku kaku.
Sebab hati aku beku.
Sebab otak aku tepu.
Kan? Sungguh itu semua mempengaruhi corak pemikiran aku yang kebiasaannnya berlandaskan minda yang sedar dan imaginasi yang kreatif. Apakah?

Ya. Fikiran aku celaru saat ini.
Kenapa? Entahlah.
Aku sendiri tidak tahu.

Mahu tanya sedikit.
Pernah kau rasa seperti kepala kau di acu dengan pistol seterusnya picu ditarik dan melepaskan logam yang bernama peluru dengan kelajuan yang mengalahkan kerdipan mata tembus ke tengkorak dan menghentikan fungsi otak? Kosong.
Melampaukah jika aku katakan aku merasa sedemikian saat ini?

                                                      [ mahu rasa? ]

Namun jangan risau.
Keadaan aku masih terkawal.
Aku tahu kalian punya rasa kasih punya rasa sayang terhadap aku. Ceh.
Rasa cinta saja yang belum. Eh?
Dan aku masih waras.
Aku tidak akan jadi seperti insan insan yang tiada pegangan yang gunakan Arsenik untuk menenangkan jiwa.
Tahu apa itu Arsenik? Klik Sini.
Benda itu satu sudu sudah mampu memberi seribu kelapangan.
Tapi kubur jadi sempit lah brader. Nasib badan lah kan?

Pernah kau dengar cerita tentang lelaki/wanita bunuh diri selepas kekasih tinggalkan mereka?
Pernah?
Kasihan ada.
Sedih ada.
Geram pun ada. Kan?
Kasihan sebab kekasih tinggalkan dia.
Sedih sebab dia meninggal dunia sebab cinta.
Geram sebab dia bodoh. Boleh?

Sudah terang lagi bersuluh sudah lapang lagi menjengah.
Memang sungguh dosa besar yang dia terima. Kan?

                           [ inikah hasilnya bila roh tidak tenteram? Wallahualam ]

Kenapa perlu sampai begitu bila kekasih lari?
Sebab sayang?
Sebab kasih?
Sebab cinta?
Persetankan!

Itu semua boleh dapat dengan insan lainlah.
Lagi lagi jika muka kau macam Asmara.
Boleh dapat dua lagi tau. Zalia dan Melati.
Cantik meletuff. Eh?
Tiba tiba terselit. Maaf.
Aku teruja sebab dahulu pernah orang cakap muka aku ada iras iras Asmara.
Kau nak gelak? Gelaklah.
Aku hanya tersenyum dengan penuh kemaluan.
Gila kan?
Entah celah mana yang ada iras iras.

Dah cukup. Berhenti menggelakkan insan lain.
Kan tidak elok. Kan?
Sudah.
Aku tahu aku tidak hensem.
Tapi tidak hensem aku ini pun ramai yang sayang. Eh?
Adakah?

Tapi Alhamdulillah bila aku di tinggal kan dahulu aku kuat.
Nak tahu apa rahsia?
Aku minum Ubat Gamat.
Ya. Betul.
Memang berubah ciri ciri fizikal aku jika aku minum betul. Kan?
Aku kuat sebab aku ada kawan kawan.
Dan paling penting aku selalu yakin Allah tetap sayang aku.
Dan itu semua ada hikmah.
Mungkin dengan cara itu aku akan dapat berjumpa dengan insan yang lebih baik.
Siapa tahu. Kan?
Itu semua kerja Tuhan?

Dan aku tidak seperti insan lain yang apabila kecewa dalam cinta, terus anti-lelaki/anti-perempuan.
Apa kau gila?
Kau hidup dalam dunia ciptaan kau ke apa?
Kau siap anti segala tapi sekeliling kau, kau tetap perlukan mereka. Kan?
Tamparlah jika aku salah. Aku rela.
Jika aku betul cukuplah dengan kau betulkan apa yang salah.

Jika cara kau seperti itu, kau secara tidak langsung telah tidak berlaku adil terhadap diri kau dan seterusnya terhadap insan lain.
Kau nak tahu kenapa?
Sebab.
Kau tidak berlaku adil kerana kau menahan diri kau dari menerima apa yang sepatutnya hadir. Kau membelenggu diri kau sendiri di satu sudut yang tidak mampu insan lain menyentuhnya.
Kau tidak berlaku adil terhadap insan lain kerana kau telah tanam kan di minda kau bahawa semua lelaki/wanita sama. Kau akan menghina insan yang baik tanpa kau tahu. Adilkah?
Mungkin adil bagi kau. Sebab secara automatiknya, kau insan yang kejung.
Yang hanya bermain dengan bayang bayang yang semakin lama semakin menghilang.
Tidak kah kau tahu itu semua? Kasihan.
Dan. Kau tidak sedar, sifat kau yang membenci lelaki/wanita itu secara diam akan membunuh jiwa insan yang telah jatuh cinta dengan kau.
Boleh kan jika aku menggelarkan kau insan yang kejam. Aku rasa kau layak menerima nya.

4 comments:

Cikbeyla Nabiella said...

penat bace!
haha.
the best part:
Aku teruja sebab dahulu pernah orang cakap muka aku ada iras iras Asmara.
Kau nak gelak? Gelaklah.

nak gelak! BHAHHAHAHHAHHAHHAHAH :p

Comek said...

Gelak lah. Gelak lah lagi. Tahu lah followers dah cecah 100++. =.="

Cikbeyla Nabiella said...

ape seyh sentuh pasal follower.
apedaa. =_="

Comek said...

haha. Sesentap pulak kau. Dushhh! Dushhh!