20110309

Lemon, Oren, Sastera & Air Mata?

Assalamualaikum.

Sahabat. Di harap kalian sihat walafiat.
Sesungguhnya tika ini aku tersenyum kelat.
Senyuman yang tidak boleh di gunakan untuk memikat.
Bukan kerana di tinggal wanita berbulu mata lebat.
Tetapi kerana sakit urat pelikat.

      [ tersenyum manis bila terlihat gambar ini : Lemon & Oren Boleh Bersatu? ]


Ya. Kalian mungkin tertanya kaitan Lemon & Oren dengan diriku?
Mungkin itu hanya sekeping gambar yang aku kaitkan antara aku dan Dia.
Ya. Kami berlainan. Sungguh.
Bila di fikirkan tiada apa yang sama antara kami.
Dan mungkin kerana ketaksamaan itu yang membuatkan kami tertarik satu sama lain.
Mana mungkin medan magnet yang sama akan bercantum?
Mana mungkin ikatan kimia yang sama akan menghasilkan sesuatu yang hebat?
Mana mungkin bahan masakan yang sama akan menjadikan sajian penuh bermakna?

Suatu kelainan yang akan menarik.
Suatu kelainan yang akan kelihatan cantik.
Dan suatu kelainan bukanlah pelik.

Tujuan jari jemari menaip entry atas hasil pemprosesan Frontal Lobe dan Temporal Lobe bukanlah untuk menceritakan tentang aku dan Dia.
Jika terus terusan aku persembahkan kisah aku dan Dia sebagai santapan, akan ada yang menyumpah.
Berpaling. Meludah.

Masih. Seperti dahulu.
Setiap entry yang aku persembahkan tiada sebab yang khusus.
Jari aku akan pantas menaip apabila mendapat isyarat daripada otak.
Jadi maaf jika kau anggap penulisan ku berserabut.
Aku bukan menaip untuk perhatian, tetapi kepuasan.

Teringat kembali kisah perbualan di antara aku dan rakan di ruangan peribadi di Mukabuku dan juga komentar komentar yang di tinggalkan oleh rakan rakan maya di pautan blog ku.

Rakan : Puitis kan ayat ayat kau?
Aku : Aku masih di tahap pembelajaran.
Rakan : Moga kau dapat menjadi seorang sasterawan.
Aku : Mana mungkin aku menjadi sasterawan. 
Otak penat memikir cara mencari jalan penyelesaian.

Ya. Aku bukan itu. 
Aku bukan seorang yang suka memberatkan fikiran dengan masalah.
Aku akan tetap tersenyum dan tertawa walau kelihatan nya hari esok seperti tidak akan wujud.
Aku hanya aku. Dahulu aku benci dan jelik melihat insan yang menggunakan istilah dan nada sastera dalam penulisan dan pertuturan.
Ya. Aku memang seperti itu. Aku merasa sukar untuk berbicara seperti seorang pendita.
Kalian boleh menyumpah aku.
Kalian boleh mencerca aku.
Itu memang diri ku.
   [ Perlukah topeng sebegini di lekatkan di muka agar tidak terserlah ekspresi yang                                                    menjengkelkan? ]

Namun apabila mula menjadi pengikut gaya penulisan sebegini, aku menjadi tertarik.
Ayat yang puitis.
Gaya yang penuh kiasan.
Pertuturan yang tersepit sindiran.
Kini menjadi kudapan.

Aku masih di dalam proses pembelajaran.
Banyak masa yang aku perlukan.
Jika ayat ayat ini membuat kalian tersenyum manja, Alhamdulillah.
Jika ayat ayat ini membuat kalian tersenyum dengan penuh kebencian, Nauzubillah.

Adakah contengan di atas hanya sekadar mukadimah?
Atau sudah boleh di anggap sebagai isi yang dapat membina?
Kalian yang menjadi juri yang bijaksana.
Boleh menanggap ini semua indah.
Boleh menanggap ini semua sampah.
Seraya itu juga aku meludah. Tepat ke muka.

Tiba tiba terbayang di tubir minda mengenai suatu ayat biasa :

I'll walk in the rain so that others can't see my tears fall.

Adakah kalian akan melakukan perkara sama apabila tubir mata bergenang dengan cecair jernih?
Saat cairan jernih semakin jinak di hujung mata tanpa maskara.
Dan apabila cairan jernih pantas mengalir dari gua.
Saat itu juga kau akan mengejar hujan di dunia sebelah?
Sempatkah?

Mengapa tidak kau duduk bersimpuh menadah tangan memohon doa.
Dari diri kau di timpa hujan yang realitinya boleh membawa kemusnahan?
Untuk apa kau menyorokkan tangisan?
Untuk membuktikan kau bukan lemah?
Untuk membuktikan kau tidak mudah kalah?
Realitinya kau akan kalah besar jika kau berpura pura.

                    [ topeng buatan tetap tidak mampu menyembunyikan perasaan ]


Lelaki tidak boleh menangis?
Lelaki hanya perlu menunjukkan wajah bengis?
Buku panduan abad ke berapa yang kau guna?

Mungkin kau bukan lelaki.
Mungkin kau juga bukan wanita.
Mungkin kau insan yang kecelaruan jantina.
Mungkin.

Jika benar lelaki tidak boleh menangis, dunia jadi tawar.
Jika benar lelaki tidak boleh menangis, dunia jadi kelam.
Dunia hanya akan penuh dengan sifat kebencian dan kebengisan.
Mana mungkin filem filem romantis yang penuh dengan deraian air mata laku untuk di jual.
Mana mungkin drama drama korea yang selalunya mendung akan di tonton oleh berjuta juta manusia.
Dan apa guna di ciptakan air mata?

                   [ adakah mata yang berwarna akan mengalirkan air sama? ]

Dengar. Lihat.
Seorang lelaki mengalirkan air mata bukan tanda nya lemah.
Seorang lelaki mengalirkan air mata bukan tanda nya kalah.
Seorang lelaki mengalirkan air mata bukan tanda nya hormon Androstenidion berubah menjadi Progesteron manakala hormon Androgen berubah kepada Estrogen.
Ini semua hanya lah lumrah.
Setiap manusia mempunyai rasa.

Kadang kala suka.
Kadang kala duka.
Kadang kala bahagia.
Kadang kala derita.


Terdengar bisikan sinis menyuruh ku menamat kan contengan kali ini.
Ya. Lagi sekali aku terasa contengan aku seperti kosong.
Kepada kalian yang menyokong dengan cara penulisan aku, hamburan penghargaan aku berikan.
Kepada kalian yang menanggap cara penulisan ku hanya sebagai alternatif untuk mendabik dada mendongak muka, senyuman sinis aku berikan.
Seperti yang aku kata.
Kalian mempunyai hak untuk meluahkan rasa.



Nota Kata : Keinginan untuk menconteng sangat membuak buak terasa walaupun tiada idea atau benda yang ingin di kongsi. Jadi maaf jika kalian pening kepala membaca contengan kali ini.

No comments: