20121203

Gemuk|Kurus

Tubuh manusiawi itu bergantung.
Bergantung pada siapa yang melihat.
Jika gemuk yang kau mahu.
Maka gemuklah yang kau ketemu di penglihatanmu.
Jika kurus yang kau mahu.
Maka kuruslah yang kau terlihat di matamu.

Aku ambil secebis kata Pak Samad.
"Awal daripada kanan, adalah akhir daripada kiri."

Pemikiran.
Pemikiran itu intipati.

20121202

Kosong

Aku sudah lama tidak menulis di sini. Entah. Seperti hilang jiwa di blog. Tiap kali mahu menulis, rasa kosong. Rasa kosong yang, entah. Aku sendiri tak pasti. Sedangkan kosong/0 itu wujud. Dan, aku tak pasti 'kosong' yang aku maksudkan itu, yang mana satu. Ah, lantak la.


Aku hanya merenung.
Diam.
Tanpa kata.
Tiada suara.

Aku hanya merenung.
Tubuh aku kaku.
Dan, aku jadi sang pembisu.

Aku hanya merenung.
Kosong.
Atau, semuanya bersimpang siur sehingga aku tidak dapat pastikan yang mana satu berada di fikiran?

Aku hanya merenung.
Dan, dalam renungan aku itu muncul satu layar hologram.
Menayangkan gelak tawa dan senyum mesra.
Pandangan yang penuh dengan rasa.
Daripada zaman persekolahan menarik beg beroda.
Sehingga detik ini, saat aku merenung kau tanpa kata.

Dan, aku terusan merenung.
Hanya merenung.
Sehingga mata aku pedih.
Dada aku sesak.
Kepala aku berat.

Aku hanya pinta.
Untuk berbaring dalam kau punya jiwa lagi.
Itu aku punya ruang keselesaan infiniti.
Aku masih mahu berbaring di situ.
Masih.

Sampai aku mati.