20110313

Muffin Terbang & Hati?

Assalamualaikum.


Sehari suntuk masa di penuhi untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan saudara mara.
Ouh penat terasa.
Itupun setelah di paksa oleh mak yang menyatakan aku seperti anak dara yang hanya menghabiskan masa di rumah.
Apakah? =.="

Baru sebentar tadi menjenguk blog rakan baru. Apabila membaca entry terbarunya Angan Angan Setinggi Awan *entry gedik melampau! :D membuatkan aku tersenyum sendiri.
Bukan sinis. Apalagi mengkeji. Hanya dapat membayangkan itu semua menjadi kenyataan tentunya dia akan menjadi bahagia dan gembira. Mudah mudahan ya kawan. Aku akan doakan.


Aku? Jika aku bercerita mengenai majlis perkahwinan impian, harapannya aku akan di tertawakan dengan penuh semangat oleh kalian.
Biarlah itu semua hanya aku yang tahu.
Dari menjadi bahan ejekan seperti kanak kanak di tahap tadika atau pun pra-sekolah, lebih baik jika aku sendiri yang tersenyum bila berangan angan tentangnya. =)

Ah persetan itu semua. Sebelum bibir atas dan bawah aku tercantum dan membuatkan ekspresi yang selalunya dapat menggoda kaum wanita, lebih baik aku hentikan ini semua.
Sebentar! Menggoda kaum wanita? Kalaulah benar tentu bahagia. =)

   [ dapat di bayangkan Muffin seperti ini terbang melayang dari genggaman? ]

Cerita mengenai Muffin tersebut hanyalah perkara yang memalukan kepada aku. Tidak perlu kalian tahu. =)


Sama lagi lagi lagi dan lagi seperti entry entry terdahulu. Tiada subjek khusus yang ingin aku utarakan di kertas contengan maya ini.
Sungguh sadis kerana aku tidak mempunyai pemikiran kreatif seperti kalian.

Aku kini menjadi salah seorang pengikut setia contengan Lord Zara. Entry entry yang di kemukakan semuanya berkisar mengenai kehidupan. Semuanya mempunyai pengisian yang sangat bermakna.
Contengan nya kebiasaannya mengenai permasalahan rakan rakan dan dirinya sendiri.
Pernah juga terbayang menjadi dirinya.
Pasti kepala ku akan senget sebelah dengan beban yang ada.

Dari apa yang aku ikuti, kebanyakan masalah bermula dari cinta. 

                                          [ cinta ibarat berjudi? benarkah? ]

Sungguh cinta itu buta. 
Sungguh cinta itu pekak.
Sungguh cinta itu bisu.
Kan? 

Jika cinta itu tidak buta, masakan ada manusia yang mencucuk deria penglihatan agar tidak lagi melihat dunia yang membuatkannya sengsara?
Jika cinta itu tidak pekak, masakan ada manusia yang menyumbat deria pendengaran dengan pembesar suara agar tidak lagi mendengar rayuan manja yang membuatkan diri menderita?
Dan jika cinta itu tidak bisu, masakan ada manusia yang menelan minyak panas agar rongga suara tidak boleh mengeluarkan kata kata menggoda yang membuat kan diri sendiri merana? 

                                [ Berdarah? Hati aku belum lagi. Alhamdulillah. ]

Hati ouh hati.
Sungguh sukar di jaga.
Dan belum tentu bertahun bercinta akan kekal selamanya.
Dan tidak tentu perkenalan singkat akan membawa derita.
Ini semua sudah di tentukan Tuhan.
Kita hanya mengikut laluan.

Mengenai aku, aku serahkan segalanya kepada takdir.
Aku tidak terlalu mengharap.
Kerana ia bisa menjadi racun di dalam penawar.
Ya. Itu benar.
Dan aku tidak mahu menjadi insan yang kehilangan jiwa setelah kecewa.
Aku masih punya kehidupan.
Dan mungkin juga itu semua akan membawa kepada perkara yang jauh lebih baik.
Siapa tahu kan? 
                                          [ tanda persoalan untuk kalian. ]

2 comments:

Cikbeyla Nabiella said...

satu je nak ckp.
aku nak muffin tuh! hahaha.
tetibe lapar. spoil la kau.
baru nak diet! :p

Comek said...

kau diet? ape bende la nak diet segala. kalau nak makan tu makan je. tak payah nak tahan. nanti bile dah tua dah tak berdaya nak makan baru lah diet. :D