20110604

Sewaktu Aku Kecil

Sewaktu aku kecil.
Aku hidup serba sederhana.
Baju yang kebiasaannya aku pakai berlubang compang camping.
Itu semua tidak menjadi masalah kerana rakan rakan sepermainan aku semuanya sama.
Tidak akan ada yang mengata "Eh Jimmy baju kau buruk benar."
Anak anak kecil kini mana kau dapat melihat itu semua lagi.
Baru lahir sahaja sudah di limpahkan dengan kemewahan.
Bagi keluarga yang sederhana, sanggup berhabis demi anak tercinta.
Sungguh anak anak kini lebih beruntung dari zaman aku dahulu.

Sewaktu aku kecil.
Terdapat pelbagai permainan bagi mengisi masa senggang aku.
Baling selipar tembak getah pondok pondok masak masak senapang kayu itu kepakaran zaman kecil aku.
Bermain rondes sampai pecah cermin tingkap jiran.
Kepala koyak terkena kayu pemukul.
Dalam banyak banyak permainan itu hanya tembak getah yang memerlukan modal.
Getah sebanyak 50sen dari kedai Cik Maon sudah cukup.
Senapang kayu semua made by hand oleh kawan aku Tongkeng namanya.
Peluru hanya gunakan terung pipit.
Aku tersenyum bila mengingati saat itu.
Anak anak kecil kini mana kau dapat melihat itu semua lagi.
Kini ibu bapa suapkan anak anak mereka dengan permainan bersifat elektronik.
Anak anak kini lebih suka duduk di rumah mengadap laptop dengan Counter Strike dan Need For Speednya.
Anak anak kini leka dengan Android yang di jadikan hadiah masa ulang tahun kelahiran mereka.
Dan anak anak kini juga yang semakin ramai menghadapi Obesiti.
Mana ada anak anak kini yang suka bermain sampai berpeluh peluh.
Duduk di rumah layan permainan sambil menguyah makanan ringan ibarat syurga oleh mereka.
Begitu lagi mahu di katakan Obesiti berpunca oleh pemakanan di kantin sekolah?
Sangat cilaka bunyinya.

Sewaktu aku kecil.
Belukar dan semak menjadi tempat persembunyian.
Haiwan haiwan juga banyak yang aku kenal.
Calar balar luka luka tidak ada yang merisaukan.
Kalau jatuh akan aku bangun sendiri.
Mak dan abah akan marah kalau itu semua salah aku sendiri.
Jika puncanya bermain dengan kawan kawan, tetap aku yang akan tanggung sendiri.
Anak anak pada zaman kecil aku lebih bersifat berani buat berani tanggung.
Kelihatan kecil tapi ironinya kental.
Anak anak kini sadis.
Melihat lembu pun sudah tidak kenal apa bendanya.
Calar sedikit merengek.
Masuk belukar sekejap membentak tidak tahan dek usikan nyamuk.
Luka sedikit menangis.
Jika salah sendiri ibu bapa memujuk.
Jika salah kawan kawannya, bersiap siaga lah mak bapak kawannya itu untuk di serang.

Sewaktu aku kecil.
Sangat sukar untuk ponteng sekolah.
Jika hujan, tetap akan di hantar ke sekolah walau pengangkutannya hanya motorsikal.
Hanya satu muslihat yang aku berjaya lakukan jika mahu ponteng sekolah.
Pura pura pening kepala saja yang berjaya.
Jika demam abang abang aku yang seramai tujuh orang akan bergilir gilir memeriksa aku bagi memastikan itu suatu pembohongan atau kebenaran.
Jika aku menyorok akan di cari sehingga dapat.
Dan aku akan mendapat sesi Tarbiah secara percuma yang membingitkan telinga.
Jika di sekolah cikgu denda balik rumah akan mendapat bonus tambahan.
Anak anak kini sungguh untung pada aku.
Jika malas ke sekolah hanya perlu nyatakan pada ibu bapa.
Jika ponteng pun ibu bapa hanya kata "TIDAK APA."
Jika hujan pun boleh di jadikan alasan walau punya motokar yang mewah.
Jika di sekolah cikgu denda sampai lebam cikgu itu akan popular.
Masuk suratkhabar muka hadapan.
"CIKGU PEMBULI."

Pada aku yang sifatnya kekampungan ini.
Sewaktu aku kecil lebih bagus cara didikannya.

Pada aku yang manja tapi bertempat ini.
Anak anak kini terlebih dedah dengan teknologi.

Pada aku yang akan menginjak dewasa ini.
Aku harap anak anak sedara aku dan bakal anak anak aku akan mendapat asuhan yang wajar bagi dia menjadi manusia.

4 comments:

nor aini said...

heheheheh....cool beb....
nice work.....i like ....keep it up.....

Comek said...

haha. Ouh akak ipar ku. Makasaih. :)

Unknown said...

main pondok pondok masak masak jugak ko mek??haha

Comek said...

haha. Biasa bro. Budak kampung kan. :)