20110619

Hero Keluarga Aku

Assalamualaikum.

Hye boys and super duper sweet girl(s).

Kali ini aku ingin bercerita tentang hero keluarga aku.
Dan tak lupa juga ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan pembawa kromosom XY yang bergelar bapa.

                             [ Encik Jamat dengan cinta hati dia. ]

Aku punya seorang hero.
Tapi bukan hero yang selalu di dendangkan.
Aku punya hero yang hanya golongan aku aku mengerti betapa heronya dia.
Hero aku tidak punya nama yang megah seperti karakter hero plastik ciptaan manusia dari negara bermata sepet itu.

Jamat.
Pendek, ringkas dan kedengaran Jawa.
Itulah nama hero aku.
Masa mudanya suka dengan motor bergaya Scrambler.
Itu sudah cukup melambangkan cara dia menunggang motor pada masa kini.

Hero aku bukan garang.
Dia hanya tegas.
Mungkin itu cara pembawakan watak untuk mendidik lapan putera dan seorang puteri ini.
Jika di lihat pada misai melentik, terbayang wajah A.Galak.
Bengis.
Semua anak anak pernah merasa ketegasan dia.
Kira semua anak anak terkalahkan oleh dia.
Namun hanya seorang yang hero aku tidak dapat membantah segala gala.
Anak dia yang nombor lapan.
Ya. Abang di atas aku.
Mak kata penyebab Abah kalah kerana abang yang itu mewarisi perangai Abah.
Mungkin juga.

Aku punya hero yang hebat.
Dahulu kami anak anak Abah membesar di dalam ruang yang boleh di katakan sempit.
Kami tidur berhimpit.
Bila bangun sudah nampak dapur kerana bilik tidur digabungkan dengan dapur.
Bila hujan, kami terkejarkejar untuk menadah air yang menitis melalui zink dan atap yang bocor.
Sehinggakan ada Makcik aku yang mengatakan rumah kami seperti hendak roboh.
Namun Abah dan kami tetap bahagia.
Alhamdulillah Abah tidak mempunyai penyakit.
Sedangkan yang mengata itu sering mengeluh sana sini.
Inilah namanya Rezeki Allah beri.
Kita tidak tahu dalam cara atau bentuk apa yang ingin di sampaikan kepada kita.
Abah memanjakan kami dalam bab makanan.
Abah lebih suka berbelanja untuk makanan dari membelikan kami mainan yang mahal.
Namun kini kami punya rumah yang selesa.
Walau bukan banglo tapi ini semua sudah cukup.
Sudah cukup selesa untuk anak anak yang menginjak dewasa.

Abah punya hati mulia.
Jika berlaku kematian di kampung, boleh di katakan Abah yang keluarga si mati panggil selepas imamimam dan bilalbilal.
Ini kerana Abah penggali kubur.
Dahulu aku punya sifat penakut.
Bila aku mula menginjak remaja, Abah dedah kan aku dengan dunia dia.
Jika keluarga si mati meminta mengebumikan jenazah pada waktu malam, Abah akan menurut.
Dan aku akan mengikuti Abah.
Sekadar menjadi pemerhati.
Sejak itu aku menjadi seorang yang berani.
Sampai bila hendak menjadi penakut sedangkan bila nyawa sudah tiada kita akan bersendirian di dalam tanah.
Aku bangga punya hero seperti Abah.
Dan ada abang aku yang mengikut jejak Abah menjalankan tugas Fardhu Kifayah itu.

Aku punya hero yang hebat.
Bab memasak memang dunia Abah.
Dahulu jika Mak sakit, Abah akan memasak untuk keluarga.
Sekarang tak lagi kerana aku yang kena ambil tugas itu.
Bukan aku mahu bermegah, tapi hasil masakan Abah sering mendapat pujian orang yang merasa.
Malah ada yang menjemput Abah untuk memasak di kampung kampung sebelah hasil penangan air tangan Abah.
Dan mungkin kerana itu anak anak Abah boleh di katakan hampir semuanya punya anugerah itu.

Abah tetap hero aku.
Tahun ini umur Abah 61.
Ya. Sebaya dengan Mak.
Pada umur itu Abah masih kuat.
Wajahnya tidak melambangkan umur.
Masih gagah untuk mencarikan kami makanan yang sedap sedap.
Masih ketawa terbahak bahak jika ada yang membuat lawak.
Ketawa Abah boleh di dengari walau dari jarak jauh.
Ya. Itulah Abah.

Abah sudah punya 11 orang cucu.
Raya nanti insyAllah akan bertambah menjadi 12.
Abah sangat sayang dengan cucu cucu nya.
Semua di layan sama rata.
Jika ingin di belikan apa apa, Abah akan mengira jumlah cucu dengan jumlah barang yang di beli.
Abah kata biar adil jadi tidak bergaduh.
Cucunya turut memanggil Abah sebagai Abah.
Begitu juga anak anak comel itu memanggil Mak.

Abah.
Memang aku tidak pernah ungkapkan kata,
"Aku sayang sangat dekat Abah. "
Namun aku pasti Abah tahu itu yang aku dan anak anak Abah rasa.
Ya. Benar. Itu yang kami rasa.
Kami Sangat Sayang Abah!

3 comments:

Najwa Fatin said...

hebad sungguh!

Comek said...

Thanks. Abah yang hebat! :)

amira said...

awesome :)