Aku punya kawan.
Kawan yang selalu ada dengan aku.
Kawan sejak tadikanya aku.
Bodoh aku tak di keji sebab masa itu kawan aku serba sekata tahap IQ nya.
Rongak aku tak dikata sebab kawan aku pun sama saja.
Aku punya kawan.
Kawan masa sekolah aku.
Dari kecil hingga remaja masih sama.
Masih sama walau ada yang berumahtangga jambang panjang sejengka.
Aku masih ada mereka.
Aku punya kawan.
Kawan yang ada masa sedihnya aku.
Sanggup luangkan masa dengar rintihan bodoh aku.
Rela temankan aku bila taufan melankoli menerjah aku.
Bila aku bersedih perwatakan mereka turut berubah seiya sekata.
Aku punya kawan.
Kawan yang ada masa gembiranya aku.
Sangat ramai yang mengelilingi aku.
Sehingga aku terkucil membeza yang mana satu kawan sebenar.
Namun hati aku tahu siapa yang aku mahu.
Aku punya kawan.
Kawan yang suka mengusik aku.
Bukan usikan manja yang membuat aku terliuk lentok bagai joran di sambar ikan.
Sangat gedik rupanya bukan?
Tapi usikan yang boleh menimbulkan pergaduhan yang sering ditimbulkan.
Aku punya kawan.
Kawan saat sakitnya aku.
Akan bertanya perkembangan aku.
Akan mengingatkan aku mengambil dadah yang ditetapkan.
Namun belum ada yang menghantar ubat ke rumah aku untuk melihat aku bangun sihat semula.
Sungguh romantik jika begitu.
Aku punya kawan.
Kawan dari laman Mukabuku.
Walau tak beribu tapi aku sudah tak mampu melayan kerenah semua itu.
Ada yang sekufu dan ada yang membuatkan aku malu.
Tapi aku tetap anggap mereka kawan aku,
atau bakal lebih dari itu.
Aku punya kawan.
Kawan yang menyakitkan aku mengembirakan aku menemani aku melayan aku.
Cukup rasa aku punya semua.
Semua itu aku perlu dalam hidup aku ini.
Hidup aku yang memerlukan aku melawan negatif rasa.
Bukan di manja manja dengan propaganda semata.
Aku suka mereka yang jujur dengan kekurangan aku.
Aku suka mereka yang menegur apa silapnya aku.
Aku suka mereka yang tidak suka memuji aku.
Bukan mereka yang beriya kata tentang bagusnya aku sedangkan di belakang mengeji aku.
Itu CILAKA!
No comments:
Post a Comment