20110401

Apa Ada Dengan Cinta. Eyh?

                     [ Awak. Awak. Nak shawl crumple crumple macam ini. Eyh? ]

Assalamualaikum.



Aku terpaksa menconteng kembali di sini.
Maaf kerana aku tidak bisa menahan gelojak rasa.
Mukabuku tidak cukup untuk melunaskan rasa.
Contengan di dinding tidak boleh panjang berjela.

Kata maaf aku titipkan terutamanya kepada para followers dari Sabah khususnya kerana aku tidak dapat memenuhi undangan fotografi seperti yang telah di jadualkan.
Kekangan waktu membataskan segalanya.
Biarlah wajahku tidak terpampang di majalah.
Cukuplah jika aku dapat menunaikan apa yang lebih penting untuk diriku.
Sekali lagi kata maaf aku titipkan.

Aku masih seperti insan lain yang hanya mempunyai duapuluhempat jam sehari untuk melunaskan semua perkara yang menderu hadir tanpa boleh di henti.
Aku bukan benda yang hanya memerlukan sumber sel basah atau sel kering untuk bergerak tanpa nyawa. Bukan.
Aku masih memerlukan kudrat yang hanya pinjaman daripada Tuhan.
Jadi jangan mengeji aku jika aku tidak dapat memenuhi undangan.
Senyum simpul aku hadiahkan.

          [ Jika benar dapat di lihat begini, tentu kau akan menjaganya dengan berhati hati ]

Kan? Jika tiba tiba jantung hati keluar ketika kau menyakiti, tentu kau akan cabut lari sambil menyumpah tidak akan mengulangi lagi.
Seorang sahabat meninggalkan komentar di contengan sebelum ini bahawa apa yang aku contengkan mempunyai situasi yang sama seperti dirinya.
Mungkin ini semua hanya kebetulan.

Ya. Kebetulan.
Dan kerana itu aku terpanggil lagi untuk bercerita mengenai hati.

Cinta tidak menjamin bahagia.
Cinta tidak memberi senyuman sahaja.
Kerana saat hadirnya cinta akan terselit derita.
Akan muncul juga bayangan perpisahan.

Cinta itu seperti pepohon.
Pepohon yang kau perlu jaga rapi.
Perlu dibajai dengan rasa kasih rasa sayang.
Rumput meliar perlu kau hindar takut menyerap nutrien yang segar.

Cinta itu seperti tebing.
Tebing yang di bina untuk di jadikan penahan badai yang akan menghempas pantai kebahagiaan.
Tebing yang di bina harus ampuh. Harus kukuh.
Pasak kan dengan kepercayaan, kejujuran, kesetiaan.
Namun perlu juga kau selitkan pemberian dan penerimaan agar lubang lubang kosong tidak kelihatan.

Namun jika tebing itu masih goyah, jangan kau menyerah kalah.
Sedangkan yang sudah menyembah bumi masih mahu berdiri agar dapat merasa kebahagiaan hakiki.
Itu semua bukan penanda untuk berhenti.
Malah itu menjadi bukti, sama ada tebing yang di bina sudah cukup sempurna ataupun masih perlu di baiki.

Jika cinta di uji, cubalah jangan mengalirkan air mata walaupun itu semua mustahil belaka.
Kerana saat itu tubir minda tidak akan dapat mencerna dengan sempurna dan amarah akan di guna sebagai penyelesai masalah.
Mengasingkan diri, mendiamkan diri akan buat kita berfikir apa kesilapan sendiri dan bukan hanya menuding jari.
Perlahan lahan. Jangan di desak jangan di paksa.
Takut bukan kenyataan yang di terima tetapi hanya harapan.
Jika benar sayang, tidak akan hilang.

                              [ Cinta akan kau buat terasa seperti di awangan ]


Cinta membawa maksud pelbagai.
Namun setiap cinta perlu di bajai dengan cinta kepada Maha Pencipta agar mendapat kebahagiaan sempurna.
Setiap manusia pasti akan jumpa apa itu erti cinta.
Mungkin hari ini. Mungkin esok.


CINTA
Salahlah bagi orang yang mengira bahwa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus.
Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad.

CINTA
Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

CINTA
Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.

CINTA
Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat- hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.

CINTA
Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.

CINTA
Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati; tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan; atau yang lain mengejarnya, untuk berbuat jahat atas namanya.
 
                                     [ Kahlil Gibran
 
 
 
Baiklah.
Otak aku sudah tepu.
Jari aku sudah kaku.
Hati aku sudah beku.

*Tiba tiba perasan kesalahan mengenai followers dari Sabah. Maaf.
*Hari Sabtu malam Ahad majlis Maulidur-Rasul di kampung.
*Hari Ahad ada pertandingan Futsal.
*Doa kan kejayaan aku ya sahabat.
*Aku harap kalian juga melalui hari dengan hebat.

6 comments:

nabielahuda said...

ayat aku tu. eyh?
hahha.
aku mndalami pnulisan kau kali ni.
ceceehhh. :D

Zaimie Jamat said...

haha. Tang mana ayat kau ha?
Habis yang llepas lepas kau tak mendalami ya? Ceh. haha.

storyfromme said...

comelnye perempuan tu.sape tu?

Zaimie Jamat said...

Erk. Kekasih En Google. :D
Pinjam sekejap je. haha.

ZeEda AdEeXa said...

waaa,,cntik awek baru ko..hehe
pepun, nice writing la beb..
len kli post yg best2 ag..
leh aku blajar ber-blogging ngn ko..;p

Zaimie Jamat said...

haha. (malu)