20110403

Masalah Bukan Untuk Kau Berlari Pergi

Assalamualaikum.



Kepenatan telah berubah kepada kesakitan.
Kesakitan luaran, bukan dalaman.
Tubuh hanya dapat berehat apabila mata dilelapkan.
Tidak dapat duduk bersenang sambil kaki digoyang.

Mata dipejam, fikiran menerawang.
Mata dibuka, wajahnya terbayang.
Tidak sanggup hidup berseorang.
Itulah cinta, itulah sayang.

   [ Lebih elok kau menangis sehingga  comot begini dari kau melakukan perkara yang 
                          akan kau sesali kemudian hari atas kesalahan diri ]

Ya. Pada aku itu lebih baik.
Bukan kerana aku suka melihat kau menangis. Bukan.
Tapi itu lebih baik daripada kau bersembunyi sambil memikir agenda yang berbahaya.
Itu boleh menjadi bencana.

Masalah.
Bukan seperti insan yang memegang pistol di balapan.
Bila saat picu ditarik dan melepaskan peluru kapur, kau perlu berlari sekuat hati tanpa ada perancangan teliti.
Boleh terjatuh walau ada sebutir pasir di lorong larian.
Kau yang akan sakit sendiri. Kan?

Masalah kau perlu tangani.
Ya. Aku tahu itu sukar.
Kerana masalah boleh menyebab kan insan mendakapkan muka ke tanah kerana mahu menyembunyikan wajah yang gundah.
Namun sampai bila kau mahu berlari?
Sampai insan lain lupa kewujudan kau di muka bumi?
Aku ketawa geli hati.

               [ Menyendiri boleh menjadi terapi untuk kau melihat kesilapan diri ]

Ya. Kadang kala kita perlu menyendiri.
Menyendiri untuk melihat kesilapan apa yang kita lakukan atas kehendak hati.
Kehendak hati yang kadang kala membawa bencana kepada diri.
Kehendak hati perlu di iringi dengan minda yang teliti.

Masalah bukan untuk insan lari daripadanya.
Masalah gunanya untuk di selesaikan.
Di selesaikan dengan cara yang sempurna.
Bukan dengan mengambil cara mudah melangkah pergi.

Ya. Aku tahu sukar untuk menyelesaikan masalah.
Tapi tidak salah kau mencuba.
Biarlah berkali kali kau gagal, mana tahu kali yang seterusnya kau berjaya.
Saat itu kau akan tersenyum sambil bersyukur ke hadrat Illahi.

Masalah ada baiknya.
Sebab masalah akan menjadikan kau lebih dewasa.
Kau akan dapat melihat dunia dari satu sudut yang berbeza.
Dan kau akan tahu apa itu muslihat, apa itu agenda dan apa itu propaganda dunia.

Ya. Kau masih muda.
Mungkin kerana itu juga kau mahu mengambil jalan mudah.
Jalan mudah yang sebenarnya berbisa. Tersiksa.
Jalan yang menyongsang arus.  Berlawan.
Bisa bertembung dengan yang di hadapan.

Ingat.
Tiada jalan yang mudah.
Tiada jalan yang ringkas. Singkat.
Tiada. Namun kau perlu juga laluinya wahai si darah muda.

Mungkin kau sudah putus harapan.
Mungkin kau sangka kau sudah jatuh terduduk tidak berdaya.
Namun kau perlu tahu bahawa ada yang ingin menghulur lengan untuk kau berpaut. Bertahan.
Ada yang ingin menjadi penampan saat kau terjatuh agar sakit kau tidak terasa.

Jika kau sangka kau punya masalah terbesar dalam dunia, kau salah.
Saat kau hanya terduduk, ada insan yang sudah terbaring. Tidak bermaya.
Seperti insan yang meminta nyawa.
Ingatlah, ada insan yang mempunyai masalah yang berkaitan nyawa.
Hidup. Mati. Lagi besar masalah yang di hadapi.

                [ Mata hitam, buntang. Namun hati kau masih merah. Aku yakin ]

Hukuman.
Ya. Perkara yang aku rasa setiap insan gentar.
Meremang bulu roma sehingga peluh jantan betina seirama menitis.
Namun hukuman itu bukan bermakna kau kalah. Tidak!
Hukuman itu sebagai pengajaran agar kau tidak mengulangi kesilapan.
Jika kau tidak menerima hukuman, kemungkinan besar kau akan melakukan semula perkara yang sama.
Insan yang memberi hukuman bukan kerana tidak pedulikan rayuan kau.
Tetapi kerana mereka ingin berubah.
Kerana mereka masih sayang. Masih ambil berat dengan diri kau.
Yakinlah. Mereka sayang. Bukan benci.

Menangislah. Aku lebih rela melihat kau menangis saat ini daripada kau menangis kemudian hari kerana tersilap mengambil jalan untuk kau lalui.
Seka sisa air mata yang keluar dari tubir mata.
Senyumlah dengan senyuman yang bukan di paksa.

              [ Aku harap dapat melihat senyuman secomel ini lagi dari wajah kau ]

1 comment:

nabielahuda said...

hati aku keras. lebih keras dari batu.
mahu lembutkan nye dengan ayat berbisa?
hurm, mukin itu hanye sia sia.
menangis bukan care aku.
bile air mate ini jatuh menhempas bumi.
aku perlukan sokongn sekukuh mungkin untuk aku bersandar dn terus bediri.
aku tak sekuat riak wajahku. aku tak segagah tubuh badanku. aku hanye mampu lari mempersetankan semua belenggu :(