20110412

Salah Cara Untuk Kau Mendapatkan Bahagia

Assalamualaikum.




Sudah lama tidak menjejakkan diri di ruang picisan ini.
Bukan kesibukan yang menjadi punca.
Namun aku seperti tidak mempunyai jiwa untuk menulis lagi.

Sepanjang aku menyendiri, aku melihat apa yang aku perlukan di dalam hidup ini.
Sepanjang aku menyendiri, aku rindukan hilai tawa Si Gula Hati.
Sepanjang aku menyendiri, aku pastinya mahu itu semua kembali lagi.

                   [ Kadang kala cara yang salah di guna untuk mendapatkan ini ]

Ya. Aku mengeji insan sebegini.
Insan yang tidak tahu menghormati.

Apa yang kalian akan kata jika kalian sudah berpunya dan secara tiba tiba ada insan yang kalian tidak pernah rapat meluahkan isi hati sambil menyuarakan hasrat ingin menjadi penyeri sedangkan sudah berkali kali kalian  katakan bahawa itu semua tidak mungkin akan terjadi?
Psiko bukan?

Buat apa kau mahu mencantas gembira yang orang rasa?
Buat apa kau mahu membunuh saat orang sedang bahagia?
Buat apa kau mahu kan dia yang sudah berpunya?
Buat apa?

Kau mahu menjadi sang juara yang melonjak lonjak gembira seperti kera sedangkan ada insan lain yang tersungkur derita hasil daripada kata cinta yang kau hamburkan sebenarnya penuh dengan nista?
Kau mahu menjadi sang pencinta yang setia konon nya sedangkan ada hati yang kau bantai dengan belati saat kau menaburkan segala janji?

Dengarlah. Dia sudah berpunya.
Masih ada ramai manusia di luar sana yang bersendirian.
Yang mahukan perhatian.
Yang mahukan belaian.
Cubalah. Mana tahu kau dapat.

  [ Kadang kala kita tidak menjadi diri sendiri untuk mendapatkan apa yang di hajati ]

Manusia.
Pantang di beri perhatian oleh insan yang berlaian jantina.
Pantang di ambil kisahnya.
Lalu cepat di jaja cerita.
"Minah minat aku."
"Mamat gila bayang dengan aku."

Mungkin jika kau tahu kebenaran atas segala apa yang kau katakan kau akan berjalan mengundur kerana tidak mahu manusia sekeliling melihat rupa kau yang kebodohan menahan malu.

Susah.
Jika tak di ambil peduli di kata hidup di dunia ciptaan sendiri.
Jika di tanya keadaan diri di kata hendak mencari publisiti.
Manusia kini terperuk dengan ideologi yang membuta tuli menuding jari.
Begini di kata sudah moden dari segala segi?

Manusia ada samanya tidak kira wanita lelaki.
Mereka masih ada segumpal darah merah yang bernama hati yang mempunyai sama fungsi.
Mereka masih ada rasa ingin bercinta dan di cinta.
Mereka masih ada rasa ingin menyayang dan di sayang.
Mungkin sebab itu juga mereka sering salah erti apa yang di beri.

Ya. Jangan juga kau salahkan dia yang mengejar kau setiap masa.
Mana mungkin dia akan menyeberang jika kau tidak menyediakan jambatan?
Mana mungkin dia akan cuba membuka pintu hati kau jika kau tidak menampal tanda Selamat Datang?

                               [ Tidak perlu kau begini untuk membuat dia lari ]

Ya.
Tidak perlu kau tunjukkan rasa benci.
Cukuplah jika kau nyatakan berulang ulang bahawa kau sudah ada peneman di hati.
Jika dia berdegil, jangan kau penat untuk nyatakan lagi.
Manusia akan cepat malu jika berkaitan soal hati.

Jangan kau tunjuk gaya sahabat yang setia pada manusia yang sebegitu rupa.
Bukan aku ingin merubah kau menjadi si kejam. Bukan.
Sedangkan besi waja asalnya di cair kan bukan?
Inikan lagi kau sang perempuan.

Seperti yang aku katakan tadi, manusia sering menyalah erti perhatian yang di beri.
Persahabatan dan percintaan di tembak serupa. Gila.
Mungkin dia hidup di dunia yang penuh melankoli.
Seperti si nanar yang ketawa bila di puji dan tersenyum bila di keji.
Tidak dapat membeza pujian dan cacian. Sadis.

Aku hanya dapat memberi pendapat.
Namun semua terpulang kepada kau sahabat.
Adakah kau mahu menjadi sahabat setia yang di sangka menyemaikan benih cinta kepada dia?
Adakah kau mahu di kata kejam sedangkan itu kau punya cara untuk mengekalkan bahagia yang kau rasa?
Terpulang. Seperti yang kau selalu kata.
"Tangan di dada wajah dongak ke langit."
Jangan pula selepas ini kau tertunduk sentiasa ya.
*ketawa*

5 comments:

eiyka kathymin said...

mantap...teruskan...semoga si degil memahami...semoga si wanita berjaya...:)

Zaimie Jamat said...

Si Degil ya? haha.

Cik Su Life Cycle said...

cik su setuju.. dah bag perhatian perasan pulak

nabielahuda said...

kau kena explain mksud trsurt dn trsirt kat aku ni. haha.
:D

Zaimie Jamat said...

Cik Su Life Cycle : Kan? Susah lah begini. ==


nabielahuda : Apa yang tersurat dan apa yang tersirat? haha.