20111024

Manusia Biasa Biasa

5:00 AM

Mata masih segar. Tubuh masih kuat. Tapi otak sedang buntang.
Aku tidak tahu apa yang ingin aku taipkan sebagai askara. Bukan sekadar askara repekan yang tidak membawa apa apa makna. Tapi, tiap kali aku cuba mencantumkan beberapa buah patah perkataan untuk menjadi ayat, nah! #Backspace. Kosong lagi.

(capai idea)

(masih cuba capai lagi)

(buka kotak. ambil sebatang. bakar. sedut. hembus)

5:30 AM

Masih kosong.

Kosong.

Kosong.

Biarlah kepala aku kosong.
Biarlah. Cuma apa yang aku harap.
Kau curi mimpi aku lagi.
Bawa pergi bersama senyum tawa kau itu .
Buatlah aku salah hari lagi.
Tiupkan lah angin gembira.
Cukup sekadar buat aku terapung.
Jangan bawa aku tinggi tinggi.
Kerana aku pernah rasa itu sekali.
Sampai aku tidak tahu cara untuk turun kembali.
Cukuplah jika senyum manis kau yang aku rasa tiap hari.
Kalau kau mahu berlari, katakan lah sekali.
Aku tidak mahu kau terkepung di dalam rejim pemerintahan kuku besi.
Seperti yang aku kata, aku mahu melihat senyuman kau lagi.
Bukan air mata yang membanjiri.


Aku ini manusia biasa biasa.
Manusia yang mampu membahagia.
Manusia yang mampu membawa celaka.
Aku ini manusia biasa biasa.
Manusia yang mampu membawa gelak tawa.
Manusia yang mampu jadi punca aliran air mata.
Aku ini manusia biasa biasa.
Biasa biasa nya aku sampai tidak ada apa yang mahu di bangga.
Biasa biasa nya aku seperti mereka yang ada.
Biasa biasa nya aku yang tidak mampu hamburkan harta.
Biasa biasa nya aku hanya megah pada kata.
Aku terlalu biasa.
Pada mata aku dan juga mata mereka mereka.
Tapi biasa biasa nya aku punya harapan.
Harapan untuk memberi kebahagiaan.
Walau aku tahu banyak jiwa yang aku parahkan.
Aku hanya manusia biasa biasa.
Aku harap satu hari nanti aku mampu jadi manusia yang luar biasa di dalam kau punya jiwa.
Cukuplah.

p/s : Sepertinya aku masih tidak tahu sama ada apa yang aku rasa dengan apa yang kau rasa punya makna yang sama.

No comments: