20110520

Dia Yang Istimewa

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya tidak menulis di sini.
Aku lebih suka membaca penulisan insan lain.
Sebab rasa lebih mudah membaca dari mencurah kan marga ke dalam bentuk tinta.
Sukar sebab kadang kala apa yang kita rasa tidak terungkap.
Sentiasa di tubir minda tapi tidak tahu cara membawanya ke bentuk yang nyata.
Di sini aku ingin berkongsi hasil nukilan aku.
Dari jiwa.
Aku bawa ke dalam bentuk tinta.

Dia Yang Istimewa
Siapa dia itu?
Dia yang duduk baris ketiga dari hadapan.
Dia yang duduk meja hujung sebelah kanan.
Dia yang duduk bersebelahan dengan jendela.

Siapa dia itu?
Dengan slanga bumi Uncle Sam yang sedap di dengar.
Yang selalu yakin bila berkata.
Sentiasa mempunyai pengisian bila berbicara.

Sungguh manis dia itu.
Aku meronta.

Dia cantik seperti bunga.
Berwarna. Tidak bosan bila melihatnya.
Tetapi dia tetap segar sedangkan bunga bila di petik akan layu walau di suap dengan nutrien yang bersifat sementara kerana akarnya sudah tiada.
Dia tetap tidak luntur warna jati dirinya sedang bunga bila berubah cuaca akan turut berubah warna nya.
Bunga punya kecantikan bersifat sementara.
Maka, dia lebih cantik daripada bunga yang itu.

Dia indah seperti bulan.
Tenang apabila melihat dirinya.
Tiada siapa yang akan menyumpah seranah apabila melihat bulan yang bersifat menerangkan dan menyejukkan.
Tetapi bulan tandus. Tiada kehidupan.
Sedangkan dia penuh dengan warna warna kehidupan.
Maka, dia lebih indah daripada bulan yang itu.

Dia menyejukkan seperti hembusan bayu.
Tiada siapa yang akan menolak kehadiran bayu yang mampu menghilangkan kelesuan.
Tetapi dikala hujan, bayu juga akan di persalahkan.
Bayu juga boleh menyebabkan ribut dan taufan yang membinasakan.
Maka, dia lebih lembut daripada bayu yang itu.

Dia lembut seperti air mengalir.
Bersifat menyegarkan.
Dapat meredakan gelojak perasaan yang sukar di cari pokok pangkal.
Tetapi air akan menghakis apa sahaja di dalam laluan nya.
Sedangkan dia punya budi pekerti yang tidak akan melihat kejatuhan insan lain demi dirinya.
Maka, dia lebih istimewa daripada air yang itu.

Aku sendiri tidak tahu untuk ungkapkan betapa cantiknya, indahnya, lembutnya dan istimewanya dia daripada apa apa.
Dia masih seperti kita kita.
Dia masih manusia biasa.
Tetapi sifatnya itu yang membuatkan aku aku ini rasa terawang awang.
Terbang tetapi masih di bumi yang nyata.
Mimpi tetapi mata masih terbuka.
Sakit tetapi tidak kelihatan lukanya.
Gila tetapi masih waras mentalnya.

Tujuan aku bukan hendak menagung agungkan dirinya.
Wahadaniah Yang Maha Pencipta tetap aku sanjung.
Bukan aku membandingkan Yang Maha Esa dengan makhluk makhluk ciptaanNya.
Maha pencipta itu punya tempat yang teristimewa. Sentiasa.

Warakatulikhlas dari aku untuk dia.

4 comments:

Zafira Zaki said...

ni la dia org kemaruk cinta. kah kah kah.

Comek said...

Apa apa apa? Ini saja saja. Penulis muda lah katakan. haha.

Anonymous said...

waahh..
penulisan atau luahan hati?
thumbs up!

Comek said...

haha. Penulisan lah nie. Thanks. :)