20110502

Tingkatan Enam Itu Indah

Assalamualaikum.


Tempoh dua hari ini baru aku dapat merehatkan diri.
Betullah orang kata Hari Pekerja memang terasa sambutannya.
Setahun sekali baru dapat merasa.
Adik beradik berkumpul.
Lagi lagi dengan bilangan ahli keluarga aku yang agak besar.
Berkumpul bersama menonton bola.
Berhimpun bersama menikmati rezeki Illahi.
Inilah bahagia yang sebenar.

Penulisan kali ini permintaan daripada Adik yang mahukan aku menerangkan mengenai Tingkatan Enam.
Selama ini masyarakat mempunyai pemikiran skeptikal terhadap sistem pembelajaran di Tingkatan Enam.
Ada yang berpendapat memasuki Tingkatan Enam hanya membuang masa hampir dua tahun.
Pada aku itu pandangan golongan yang tidak berpendidikan tinggi.

Seperti yang aku nyatakan di Mukabuku, walau kau belajar di Universiti tersohor negara atau dunia sekalipun, jika tiada usaha tidak berguna.

Mari selami dunia Tingkatan Enam dari sudut pandangan dan pengalaman aku sendiri.
Selepas habis belajar di Tingkatan Lima, aku tidak memohon untuk menyambung belajar di mana mana.
Rasa untuk belajar seperti sudah hilang dari dalam diri.
Namun bila aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di Tingkatan Enam, aku terpaksa pergi.
Kena paksa dengan Mak lah apa lagi.

Mula mula memang rasa bosan kena bangun pagi pagi kena pakai uniform sekolah siap lencana bagai.
Peraturan pun kena ikut peraturan sekolah.
Diri kena kemas rambut kena sisir.
Belajar di kelas bukan di dewan kuliah.

Tapi tu semua mula mula saja.
Dah lama kau sendiri rasa gian dengan itu semua. Percayalah.
Bila guru guru layan macam anak sendiri.
Bila guru guru mahu berkongsi makanan dengan kau.
Bila kesalahan yang kau lakukan di mulakan dengan nasihat dan bukan hukuman yang membuta tuli.
Aku rasa pengalaman seperti itu sukar untuk kau dapat di tempat lain.

Ya. Mungkin masa di Tingkatan Enam Rendah keseronokan itu belum terasa kerana guru guru memberi lebih perhatian kepada para senior.
Namun bila kau sudah di Tingkatan Enam Atas, kau akan di dodoi dodoi di tatang tatang.
Jom aku kongsi gambar ketika aku di Tingkatan Enam.

    [ Ini belajar Sejarah dengan Prof Ismail. Tak macam belajar dekat sekolah kan? ]

              [ Yang duduk molek tu Cikgu Seha. Yang baju hijau cun tu Cikgu Ann ]

                            [ Fokus pada selipar ya. Tak macam sekolah kan? ]

                   [ Jamuan woo. Seminggu harus ada masa terluang untuk jamuan ]

                              [ Eh paparazzi mana yang capture nie weh? ]


                       [ Ini jamuan untuk junior masa kitorang kendali program orientasi ]

                               [ Hari Guru kami handle. Bangga bila berjaya ]

                           [ Di Hotel Pelican. Cantik kan sweater Dia itu. :) ]

                             [ Ini masa program KRJ. Program kesedaran ]

                            [ Ini masa Graduasi. Pakai jubah tau. Cool je ]

                                                 [ Segak kan? ]

Banyak lagi woo kalau mahu berkongsi rasa di Tingkatan Enam ni.
Eh kalau yang rasa nak mencari jodoh tu pun boleh masuk Tingkatan Enam. Ramai calon.
Kalau nak tahu kelebihan Tingkatan Enam secara terperinci, boleh klik SINI.

Boleh berjaya di mana mana kalau kau ada usaha.
Seperti Sue Hamiza, Zafira Zaki, Embun Nazura mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam STPM.
Kau juga boleh kalau kau ada usaha. :)

6 comments:

storyfromme said...

tingkatan 6 ni kira super senior kat sekolah kan?

Comek said...

Yup. Big bro. haha.

atikamohdnor said...
This comment has been removed by the author.
atikamohdnor said...

haaa . rindunya . tapi nape takde gamba aku mek ?
ni yang sedihh nihh. ,uwaaaaaaaaa

Husnul Laili said...

serius.
TERBAIK gilaa entry ney senior!
HAHA.

Comek said...

atikamohdnor : Capture gambar kau pun tak pernah. Aku kan pemalu. ==



husnul.laili : Tak habis habis dengan terbaik awok tu. haha.