20110504

Anak Itu

Assalamualaikum.


Ini hasil penulisan aku yang ke-dua.
Penulisan yang pertama aku paparkan di halaman Mukabuku.
Aku masih baharu di dalam dunia ini.
Dan hasil penulisan aku ini secara spontan.

Jika ada kekurangan, aku terima teguran.
Teguran yang mengikut saluran.
Bukan yang membuta tuli tiada identiti.

Nama pena yang di guna Si Comek.
Berumur 20-an.
Perwatakan biasa.
Bukan dambaan wanita.

Anak Itu 

Anak itu tidak berdaya.
Seperti bangkai tiada nyawa.
Terbaring di jalanan.
Terduduk di longkang syaitan.
Di gongong binatang haram.
Hilang kaki hilang tangan.

Anak itu tidak berdaya.
Tidak menegah tidak mengiya.
Si tuli yang belum mempunyai akal untuk berkata.
"Hei bodoh kenapa kau buang aku!"
"Hei bangang ini aku! Ini aku!"

Anak itu tidak berdaya.
Namun dia bakal peguambela.
Dia bakal pemimpin negara.
Dia bakal guru sejarah.
Dia bakal segala gala.

Ayah. Ibu.
Kenapa kau buang aku?
Kenapa kau tidak mahukan aku?
Aku tidak secantik anak anak lain itu?
Kau malu ada anak seperti aku?

Aku mahu rasa punya ayah punya ibu.
Aku mahu rasa kau peluk aku kucup aku.
Bukannya semut yang menyibukkan aku.
Bukannya nyamuk yang mengucup manja aku.

Ayah. Ibu.
Aku tidak punya dosa.
Kenapa aku di layan sebegini rupa?
Kenapa kau merembeskan segala kalau kau tidak mahu aku di dunia?
Kenapa mesti kau buang aku?

Tukang sapu itu mahukan aku.
Datin itu mahukan aku.
Pencacai najis itu mahukan aku.
Bekas banduan itu mahukan aku.

Tapi kenapa kau buang aku?
Aku sunyi aku sepi.
Aku menangis tiada siapa mengerti.
Aku benci! Aku benci!
Nafas aku sampai sini.

--------------------------------------------------


2 comments:

Cikbeyla Nabiella said...

Bukan dambaan wanita.
hahahhahahha. :p

Zaimie Jamat said...

Ceit! Diam kau. haha.