20110507

Sapinah Lembang Itu Permaisuri Aku


Cinta Hati Aku





Mungkin tiada aku.
Jika tiada kamu.
Untuk mengenal apa itu dunia.
Untuk melihat susuk susuk bahagia.


Walau umur aku sudah menginjak dua angka.
Walau aku sudah kenal apa itu agenda dunia.
Namun aku masih perlukan kawalan mu.
Kawalan mu yang meneruskan aku untuk berlalu.

Aku masih ingat saat dahulu.
Saat dahulu sebelum sayuan azan Subuh menusuk,
Sudah kedengaran kau menyiapkan diri untuk mencari rezeki.
Mencari rezeki untuk kami kami ini.
Kami kami ini anak kamu.
Anak kamu yang lapan lelaki dan seorang puteri.

Sampai kini bila aku sudah berumur dua puluh tahun.
Agenda pagi kau masih sama seperti dahulu dahulu.
Bila di tanya kenapa masih mahu bersusah payah wahai ibu?
Kau menjawab "Ini semua untuk kau menyambung belajar anak ku."
Umur kau bukan awal empat puluhan.
Kini kau sudah enam puluh satu tahun ibu.

Aku lihat kau tidak pernah.
Tidak pernah merungut walau sekali.
Sungguh besar apa yang kau lakukan terhadap anak anak mu ini.
Anak anak mu ini yang selalu membantah kehendak mu.
Anak anak mu ini yang sering melawan percakapan mu.
Anak anak mu ini.

Tapi siapa yang tidak sayangkan ibu? Siapa?
Aku sendiri tidak dapat bayangkan saat kau pergi.
Aku ini anak manja kamu.
Jika aku punya wanita yang aku minat, kau lah yang pertama aku cari.
Jika cinta itu sudah tiada lagi, kau juga yang akan aku cari dahulu.
Jika aku menghadapi peperiksaan, kau yang selalu mendoakan.
Jika aku berbuat kesilapan, kau juga yang akan perbetulkan.
Kau sentiasa yang dahulu sentiasa yang pertama.
Bagaimana akan aku rasa bila kau sudah tiada?

Satu yang akan aku janjikan.
Aku akan berjaya di dalam pelajaran.
Aku akan berjaya.
Dan kau juga selalu berkata bahawa kau mahu aku mengenggam segulung ijazah.
Aku akan buktikan.
Sedangkan aku baru separuh langkah ke alam Universiti kau sudah tersenyum bahagia.

Aku tidak malu untuk memperkenalkan kau sebagai ibuku.
Kau punya jiwa yang tidak sama seperti mereka mereka itu.
Kau punya wajah yang bisa mengubat hati rindu.
Kau punya senyum yang menarik minat Abah puluhan tahun lalu.

Aku bangga punya kau sebagai ibu.
Kau handal memasak sehinggakan turut mengalir minat itu dalam tubuh aku.
Bukan aku sahaja. Malah abang abang dan akak punya minat yang sama.
Sama seperi ibu.

Aku bersyukur aku masih punya ibu.
Aku gembira aku masih dapat merasa pelukan ibu.
Aku bahagia aku masih dapat buat kau tersenyum ibu.
Sedangkan mereka mereka itu sudah tidak punya ibu aku masih punya kamu.
Masih punya kamu yang selalu ambil tahu mengenai aku.
Makan minum aku.
Duit belanja aku.
Sihat sakit aku.
Itu semua kamu. Itu semua kamu yang ambil tahu.

Aku sayang kamu.
Sapinah Lembang itu permaisuri aku.
Cinta hati aku.
Selamat Hari Ibu :)

No comments: