20110223

Assalamualaikum.


Hari yang memenatkan apabila setengah hari terpaksa duduk di mahkamah.
Ya. Aku yang bersalah. Aku kena saman kerana mengendap anak cik Eton sidai kain tepi rumah. 
Sungguh. Aku tidak berniat lakukan itu semua.
Hanya keinginan dan sifat ingin tahu aku yang meninggi yang memaksa aku lakukan itu semua.
Sungguh. Aku terpaksa. 

                                        [ ini bukan aku ]

Maaf kerana aku sedang mencuba menjadi sang pembohong. ketawa.
Mungkin kerana selalu di pijak menjadikan aku berubah.
Aku cuba menipu tetapi sungguh susah. Mungkin sudah sebati diri aku sebagai seorang yang jujur. senyum.


Aku pergi ke mahkamah bukan kerana aku seorang pesalah. Ya sungguh bukan.
Aku bukan penghendap anak cik Eton. Bukan juga perembat kambing si Atan.
Apalagi perompak kedai Ah Leng tempoh hari.
Aku hanya insan biasa yang di lahirkan tanpa setitk noda. senyum lagi sekali.

Aku pergi ke mahkamah kerana menguruskan pembahagian harta Pak Mat Tempe Ngok Ngek.
Siapa? Aku pewaris harta beliau yang bernilai RM20juta. Ya! Banyak kan?
Sungguh aku tak tahu nak guna buat apa.
                              [ pakai US dollar baru tinggi nilai kan? ]

Nampak sangat menipu kan?
Sungguh aku tak pandai menipu, berdusta, berbohong dan yang seangkatan dengannya. ketawa.

Baik. Aku jujur. Aku jujur nie.
Tadi seharian uruskan insurans kawan aku yang terlibat dalam kemalangan dengan aku pada tarikh 04.03.2009.
Mungkin padah kemalangan itu di sebabkan aku menduakan sesuatu. Sekarang aku dah tak buat dah itu semua. Sekarang aku pecinta yang setia. senyum.

                                      [ teringin menikmati matahari terbenam bersama dia ]


Ahai melalut kan aku nie? Sungguh kan?
Niat buat entry nie untuk jawab dan balas tag yang secara tiba tiba dan membabi buta di tujukan oleh aku.
Ini semua kerja si wartawan melodi yang tak di iktiraf iaitu si Zafira Zaki di blog nya 
/http://mishreymond.blogspot.com/ U alls bolehla terjah blog si Pinky ini. ketawa.

25 random facts about me, myself and i


Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

next, this is 25 random facts about me.
  1. Harta hanya unta maroon JKW 3**8.
  2. Bersifat sederhana.
  3. Ketinggian tak sempat ukur.
  4. Dengan berat badan 53kg.
  5. Anak bongsu dalam keluarga.
  6. Ada seorang akak yang tak berapa cantik. XD.
  7. Ada tujuh orang abang.
  8. Berhajat nak buat rambut ala ala Bob Marley.
  9. Ada haiwan kesayangan berat 80kg ke atas (lembu).
  10. Suka main futsal.
  11. Suka lihat perangai manusia then ketawakan.
  12. Baru mula mengambil lesen.
  13. Motor menjadi medium pengangkutan utama.
  14. Tak pandai naik bas sangkut sangkut.
  15. Suka perempuan pakai shawl.
  16. Ada ramai kawan.
  17. Selalu kena buli.
  18. Memasak sebagai hobi.
  19. Hanya basuh baju sendiri.
  20. Benci bila kena iron baju.
  21. Suka pada coklat.
  22. Menembak cicak sebagai aktiviti harian.
  23. Minat pada Park Ji Sung walau ada yang benci dengan dia. teett.
  24. Impian mahu ber-honey moon di Carribean. 
  25. Mahu kawen dua. HAHA 
fuhh lega siap sudah. Ini aku berterus terang oke. Tiada paksaan tiada tentangan tiada penipuan. cewahh.
Yang last tu jangan ambil berat sangat ya wahai insan insan yang berjantina wanita. :D
Mari aku tag kat insan insan yang aku nak tahu kebenaran mengenai diorang. senyum.
                    Faten Ahmad
                   Memel Hanna
                   Ainul Hafizah
                 Syarina Syakila
Tak tag ramai ramai sebab followers pun belum banyak lah nakk.
Cukup lah kan. Orang cakap tak baik tamak. :D

7 comments:

Faten Ahmad said...

*Tak pandai naik bas sangkut sangkut.*

rugi laa. awk patot belaja. ahaha.
n sy ternampak name sy di tag. nape ek?? hehe

Anonymous said...

jemek mek mek ada blog! :D

Comek said...

Faten Ahmad : Memang tak pandai. haha. pegi sekolah naik moto hari hari. nama di tag untuk lakukan perkara yang sama. :D

dearly I D A : pot pot pot. haruslah ada. haha. hanya untuk meluahkan perasaan di dalam dada kot. :D

Faten Ahmad said...

perkara yg same??
mksud awk 25 random facts about me, myself and i?? hehe

Comek said...

haha. absolutely! pape je yang berkaitan awak. jujur dan ikhlas! :D

nurfarah wahidah said...

hahahaa, part haiwan kesayangan kau tu yg aku paling suka...hikhik

Comek said...

haha. haruslah iaiwan kesayangan. jual sekor harga ribu ribu kot. :D