20110222

               Sesungguhnya Dia segalanya.
               Sesungguhnya Dia yang berkuasa.
               Sesungguhnya semua berlaku mengikut kehendak-Nya.
               Terima kasih Allah kerana Kau memberikan aku kejayaan.


21 Feb 2011. betulkan orang pernah cakap.  

          "Jika hari hari kita di hujani dengan kesedihan, di seliputi dengan kegelapan, di temani dengan kesunyian, tidak semestinya keadaan itu akan kekal berterusan. Tuhan menciptakan mahluk-Nya berbagai bagai. Dan tidak semua mendapat bahagian yang sama. hujan hari ini tidak semestinya hujan lagi pada hari esok. panas hari ini tidak semestinya esok akan kelihatan lagi sinaran mentari. " 

Ya! aku percaya kepada kata kata tersebut. Alhamdulillah hasil usaha setahun setengah, berkat ilmu guru guru yang mengajar, berkat doa ibu bapa, perkongsian ilmu dengan rakan rakan, aku dapat keputusan yang diharapkan. ya. aku tahu keputusan yang aku dapat tidak setinggi mana. tapi aku bangga sebab itu hasil usaha aku. even ibu bapa aku berulang kali mengucapkan tahniah dan bersyukur kehadrat Illahi. dan aku gembira kerana emak berbangga mempunyai anak yang bernama Mohd Zaimi. :)

Mungkin benar jika kita berkawan dengan orang yang pintar pintar, sedikit sebanyak kita akan mendapat  manfaat. mungkin. Alhamdulillah kerana aku berkawan dengan insan insan yang pintar pintar kacak kacak cantik cantik belaka. kadang kadang sama sama stay up untuk study. Telefon bimbit menjadi perantara. hehe. biasa orang telefon malam malam buta untuk tanya "hye. U dah makan? Bila nak tidur? U tengok cerita apa nie?" . haha. but we are not like that. pukul 3 or 4 pagi buat super savers untuk berbincang tentang Pengajian Am, kadang kadang Bahasa Melayu.

kata orang, bila masa belajar jangan sibuk bercinta. betul. sangat betul. tapi. tapi. tapi. (ceh siap ade tapi lagiXD). tapi tak salah jika kita mencari someone yang dapat buat kita lebih bersemangat nak belajar. yang selalu buat kite tercabar.  pendek kata mencari seseorang yang membawa kita ke arah positif. bukan negatif. bukan. carilah someone yang bila mesej tanya pasal homework oke. hehe.  alhamdulillah dia pun mendapat keputusan superb. lebih tinggi dari aku. kan dah cakap aku just dapat tempias je. hee.:)


  :: Tahniah kepada Sue Hamiza kerana menjadi best student STPM SMKTI 2010.
  :: Tahniah kepada rakan rakan SMKTI yang mendapat keputusan cemerlang dan lulus dengan berjaya (tak tulis sebab ramai sangat).  
  :: Tahniah kepada rakan rakan SMKDM yang mendapat keputusan cemerlang dan lulus dengan berjaya (Mohd Nazri Naduroo).
  :: Tahniah kepada rakan rakan SMKDS yang mendapat keputusan cemerlang dan lulus dengan berjaya (Embun Nazura , Zafira Zaki) .

4 comments:

Faten Ahmad said...

tahniah beb !

Zaimie Jamat said...

:) thanks.

Zafira Zaki said...

awww malu. hihi. :) tahniah juga utk kamu.

Zaimie Jamat said...

ceh siap malu bagai. :P Thanks. Jom sama sama masuk UPSI XD