20110216

Kesukanan & Kegugupan.

Assalamualaikum. 

Aku nie tak pandai nak meleret meleret cerita. tak pandai nak menipu segala. biasa la kata orang lagi banyak cakap lagi banyak salah. masalahnye bila masa aku cakap der? aku taip je kot? ini pun tanpa menggunakan akal fikiran yang waras. apa terlintas main lincah kaduk tahap C70 dah siap setting open habes aku menaip. aku nie kurang up to date hal hal semasa. al-maklum la biasa duduk rumah je macam anak dara. bangun pagi basuh kain kemas rumah sapu sampah masuk tengahari masak. petang pegi pekan beli lauk sayur segala. so aku kurang tahu perkembangan dunia. haha. macam betul macam tak kan? merepek meraban dah panjang juga aku punya mukadimah kan? .sigh.

Now baru ada masa nak update blog nie. minggu lepas minggu busy kot. banyak aktiviti mengeluarkan peluh jantan di lakukan. haha. hari Sabtu ada larian mahkota. punya bersemangat. selepas berhempas pulas keting ketung ketang ketung, tup tup menjadi johan. gila femes aku hari tu. naik stage muka bangga. haha. gila hebatkan boleh jadi johan? ada beberapa sebab kot aku dapat jadi johan hari tu. hehe. 
1st : penyertaan untuk lelaki dewasa seramai enam orang. ya! hanya enam orang.. tak nampak? samar? kabur? meh aku bold kan. ENAM ORANG! ya. kau orang semua kena percaya. bukan enam puluh. bukan enam ratus. apalagi enam ribu. bukan tetap bukan. haha.
2nd : dalam enam peserta lelaki dewasa itu ada dua orang atuk budak, tiga orang bapak budak dan seorang bakal bapak budak. pening? garu kepala? haha. tidak payah susah susah. kesimpulannya aku lah yang paling muda remaja kacak bergaya muda mudi kulit tegang segala. yang lain semua sudah berumur. haha.
Yang aku peliknya bapak aku. En Jamat dapat no2. haha. atuk 10 anak anak kecil dapat kalahkan bapak bapak budak. hebat kan? Akak aku Johan untuk wanita dewasa. haha. time naik stage masing masing bising sebab anak beranak gondol hamper. dah nasib badan nak. redha jela ye kalau dah kalah tu. haha.


Tadi pepagi buta dah dapat berita tak sahih result STPM 2010 keluar 21.02.2011. haih. hilangkan mood sungguh. cuak der result nak keluar. hape kau ingat tunggu result nombor empat angka atau lebih familiar 4D or Sport Toto je yang cuak? tunggu result nie lagi cuak der. if 4D hari nie tak kena esok lusa ada game kau boleh beli lagi. tapi STPM? kau nak repeat next year? haha. ampun. maaf. cukup lah penderitaan selama nie. sebab tu sampai sekarang aku still duduk rumah. tak kerja lagi. sebab sengal sengal badan, urat urat, kedudukan saraf otak masih tidak pada tempat yang betul gara gara STPM last year. (agak melampau tak ayat aku nie? ) haha. tapi memang superb ah Form 6 nie. susah memang lah susah. gila apa exam tak susah? sedangkan kau nak amik lesen je dah pening kepala. siap ada yang post dekat Facebook lagi kecewa ujian berkomputer tak lepas lepas. lagi lah STPM der. aku yang baik baik rambut panjang hitam berkilau tanpa perlu rawatan Yun Nam Hair Care macam rambut Park Ji Sung boleh jadi botak tinggal sejemput je jambul dah serupa Ceplos siap nyanyi lagu Hantu, mana hantu mana hantu mana mana.
Meh aku ce cite subjek yang aku ambik kat Form 6 nie.

Pengajian Am : Mama Laila yang dok mengajar aku PA1. PA2 Cikgu Ann & Abg Haji. Subjek nie lah nadi STPM. if failed, dah boleh jual dekat Apek yang lalu pagi pagi hari minggu naik lori siap pasang Loudspeaker kejut orang dengan bunyi "Sulat kaba lama. Sulat kaba lama." kadang kadang siap selang seli dengan bunyi "Tilam tilam. buang tilam lama kasi angkat tilam balu". hape kau ingat senang nak buang buang. duit turun macam hujan ke ape?

Bahasa Melayu : BM1 dengan Cikgu Faridah. BM2 dengan Cikgu Noreha or Mak. BM2 lah untuk sesiapa yang pakar tulis menulis panjang segala. tiap minggu karangan 700 patah dah macam kudapan istimewa. (anak en Zaki yang tidak faham maksud kudapan sila rujuk kamus ye). tak datang kelas ambik kau upah satu karangan. tak datang event MPPPU ambik kau dua karangan. haha. upah upah semua bayar tunai. KARANGAN. XD

Pengajian Perniaagan : Dua dua Cikgu Seha ambik. haha. aku dah top dengan Cikgu Seha nie. sebab dah ajar aku sejak Form 5. Prinsip Akaun dia aku failed kan. haha. gila sengal kan aku nie. budak budak lain senang senang je lulus PA. aku je yang failed. PP nie boleh la layan tak susah sangat even aku susah gila nak lulus masa ujian. haha. just kena ingat nama nama je macam Max Webber, Henry Fayol.

Sejarah : Ha! nie dia subjek kesayangan aku. Cikgu Mail yang dok ngajo. haha. gila happening bila dia ngaja. bukan setakat Sejarah Malaysia/Asia Tenggara & Sejarah Islam/Tamadun Dunia je yang dia ajar. tapi dunia akhirat, kehidupan suami isteri pun dia siap ajar tau. sumpah tak sah if dia ajar kitorang tak ketawa. haha. tagline wajib en Mail, "bengong". kitorang siap dah hafal dah. haha. macam macam teknik dia ajar supaya kitorang ingat poin poin penting. dari bagi nota. pastu siap photostat kan skema jawapan lagi. tapi hampeh kitorang bindingkan terus skema tu buat buku nota. esei nye jangan harap nak buat. haha. last last dia geram dia pakai teknik baru. dia cakap kitorang salin. ambik kau sampai tertidur tidur salin esei. tulisan dah macam tulisan Bahasa Melayu Kuno susah nak faham.

Now result dah nak keluar. gila. cepat habes MPM nak bagi result tu. hape dah tak cukup bilik kebal ke kau nak simpan? alahai. ketang ketung ketang ketung tup tap tup tap sumpah seranah mengeluh bagai tetap akan kuar jugak kan result tu. redha jela ape pun yang dapat. macam aku cakap dengan kawan aku si Sam, Relaks jela der. tak berjaya dalam STPM tu bukan bemakna tak berjaya langsung dalam hidup. gila hebat aku punya ayatkan. haha. 

Dah malas nak menaip. tengoklah pic pic zaman sekolah aku. :) 


                    [manis kan anak en Jamat & pn Sapinah nie?]


                [hari guru 2010. kena buat persembahan. gua depan depan bhai.]



         [tengok. gua bukan nak koya der. gua ketua kelas der. ketua kelas.(muka belagak)]

              [apa punya budak budak sampai wajah kacak jelita nampak sikit je. haih.]


Berlambak lagi gambar gambar zaman sekolah aku. aku simpan untuk entry entry lain. haha. orang cakap tak payah nak show off sangat lah kan. =)

Tapi rindu der zaman sekolah. bangun pagi pagi pakai baju kemas kemas segak segak rambut kasi terpacak dengan niat adik adik junior senget mate tengok abang senior.haha. gila jahat punya niat kan? sape setuju zaman sekolah lagi best dari zaman bekerja? (even aku seorang penganggur). sambil ikut skrip dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah oleh kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya ucop bekas penari kebudayaan kampung pisang ni, mencadangkan kita bakar je rumah kak limah tu, sapa2 yang setuju sila angkat tangan macam saya......=)

Dah jom tidur. orang rumah dah panggil. XD

No comments: