20120409

Puisi Satu Petang Edisi #2

Ini puisi aku, yang aku tulis secara cara marba tanpa mengikut nahu yang betul, daripada aku kepada dia, yang dia tidak tahu kewujudan aku, dalam satu acara Puisi Satu Petang Edisi #2.




Keliling aku sentiasa penuh dengan drama.
Bayangan manusia bermuka pelbagai terampai ampai, melambai.
Darah disedut selamba.
Taring tersembul, bibir tersenyum manja.
Tanduk sebalik songkok, ekor mengitai mengajuk.
Kelihatannya wajah mereka sentiasa berubah.
Topengkah yang mereka guna?
Di celah kerumunan itu, ada sa-orang gadis yang tersenyum tenang.
Tidak seperti yang lainnya, gundah gusar menukar rupa.
Terpandangkan dia,
-Jantung aku runtuh-
-Mata aku roboh-
-Hati aku jatuh-
Satu persatu wajah yang biasa aku guna bila berhadapan dengan manusia berdada subur,
-lebur-terbang-hancur-
Kau-Gadis yang tenang, bikin jiwa aku serabut.
Ingin aku ambilkan kayu bercabang dua.
Menjadi penahan dedahan kelapa.
Buat kau berteduh daripada sinar jingga.
Ya, tidak mewah.
Tapi mungkin cukup.
Buat kau tersenyum, buat aku gembira.
Dan ya, topeng tidak kita guna.


No comments: