20120422

Sorga|Nurakha

Muncul satu lohong dilangit.
Jauh ke atas.
Dalam satu kerdipan mata, jatuh sa-orang wanita, menerusi lohong itu ke atas pentas yang dikerumuni manusia.
Terpancar satu cahaya bulat, jatuh keatasnya.
Berbaju sendat menampakkan pusat.
Berkain nipis menaik ke betis.
Perlahan dia berjalan.
Pinggul beralun.
Manusiawi terpegun.
Dia mendengus.
Aku bukan sundal!
Aku bukan sial!
Aku melakukan ini, kerana aku tersepit!
Diantara dinding konkrit dibelakangnya, dan helang mencengkam di hadapannya.
Tidak ada ruang kiri ataupun kanan yang tersia.
Jika aku jatuh kebawah, aku akan dipijak henyak.
Makanya, aku sedaya upaya, kibarkan sayap kecil yang aku punya, untuk terbang ke atas.
Melepaskan diri daripada siksa.
Menggapai apa yang dipanggil nikmat dunia.
Jangan bilang sama aku tentang dosa bilamana kalian tanpa jemu mencaci aku dengan bangga.
Ingin aku tanya.
Sudah tertuliskah sejak azalinya di dahi itu, kalian sebagai penghuni sorga?

No comments: