20110827

Ucapan Raya Buat Gula Gula Ku

Assalamualaikum.

Kehadapan Gula Gula ku yang jauh nun di sana.
Ya Gula Gula jauh di sana selang beberapa buah kampung dari kediaman kanda. Tujuan kanda menulis tinta ini menerusi kemudahan blog bukan kerana kanda bersifat kedekut serta bakhil untuk membeli kad raya yang sifatnya lebih mendalam. Tetapi oleh kerana kanda tidak menjumpai kad raya yang sesuai untuk Gula Gula, inilah cara yang sesuai untuk kanda meluahkan rasa. Niat asal kanda mahu membeli kad yang istimewa untuk Gula Gula tapi sayangnya kanda tidak jumpa.Mungkin kerana Gula Gula terlalu istimewa dalam hidup kanda, maka kanda tidak menjumpai kad yang seistimewa itu.

Gula Gula ku.
               Perkenalan kita sudah menjangkau usia kanak kanak yang pandai berlari riang kesana kemari dengan percakapan pelat yang geli hati. Ya. Sudah agak lama kita kenal. Jika mengikut hari, sudah 826 hari kita lalui bersama. Jika mengikut jam, sudah 19824 jam kita saling mengenali. Jika mengikut minit, sudah 1189440 minit kita gelak tawa sesama sendiri. Jika mengikut saat. Err Gula Gula kiralah sendiri ya? :)

Sepanjang perkenalan kita, kanda akui banyak kekhilafan yang kanda lakukan. Sama ada sengaja atau di luar bidang kuasa kanda, kanda dahului dengan serangkap pantun.

Hidup indah jika di sulamkan dengan senyuman,
Senyuman manis milik kamu wahai perempuan,
Walau saya tahu segala salah sudah di ampunkan,
Tetapi hati tetap berkeras ingin memohon kemaafan.

Dan ya, segala kesilapan kanda, jujurnya bukan itu yang kanda mahukan.


Gula Gula ku yang manis tidak berkurang, 
                          Kerana kita masih belum menjadi yang sah, di pagi raya kita tidak dapat menyambut bersama. Tapi kanda tahu di kelilingi keluarga Gula Gula, itu sudah cukup mengembirakan jiwa. Kanda berasa bahagia apabila hari hari yang di lalui oleh Gula Gula di Syawal kali ini penuh dengan senyuman kegembiraan. Ya. Itu yang kanda harapkan dan kanda selitkan dalam doa harian kanda.

Di kesempatan ini juga, kanda ingin nyatakan bahawa jarak yang jauh merentas negeri apabila kita sudah melangkah ke universiti bukan beerti kita jauh. Kita hanya di pisahkan oleh jarak dan waktu tetapi kita dekat  di hati :) 


Terimalah gambar berwajah nakal kanda sebagai penutup kata. :D

Jujur dan ikhlas dari kandamu.
Zaimi-Jamat-Si-Pemalu.

3 comments:

Unknown said...

siapa GULA GULA?? (saje buat2 tanya)

.embun. said...

untunglah gula gula tersebut ada kanda.untunggglahhh ;p

Zafira Zaki said...

untung nyaaaaaaa jadi gula gula dia.