20110811

Tinta Si Pacal Hina

.



Merdekanya kita.
Bebas dari rasa di kepung.
Aman dari bunyian letupan bom.
Dan tiada lagi perintah berkurung.

Merdekanya kita.
Bebas sebebas bebasnya kata yang duduk di atas.
Kemajuan negara menjadi agenda untuk rakyat sejahtera.
Suapan demi suapan akan di bendung agar telus.

Merdekanya kita.
Merdeka hanya pada kata kata dan laungan keramat oleh Pak Menteri dan rakyat jelata.
Ironinya pemikiran terperangkap di dalam naungan Barat.
Ekonomi dan kehidupan kita siapa yang kawal wahai sahabat.

Merdekanya kita.
Hanya megah pada sambutan mega.
Bunga api sana sini.
Konsert berjam jam tanpa henti.
Maksiat menjadi penyeri. Ah sudah!

Merdekanya kita.
Rakyat bersatu padu tanpa rasa dengki acapkali di dengari.
Sedangkan Melayu sama Melayu rasa iri hati bila berdiri sama tinggi.
Selain Melayu buat apa?
Duduk kedai kopi makan kuaci ketawa geli hati tengok badut bergaduh sesama sendiri.

Merdekanya kita.
Perlu di cari cara untuk menyatukan bangsa.
Bukan sentiasa mereka reka cerita menyatakan siapa yang salah.
Yang di atas perlu turun ke bawah.
Bukan hanya menghantar utusan sahaja.

Aku remaja kebanyakan hanya mempunyai tinta untuk melontarkan apa yang aku rasa.
Dari minda yang belum teruji tahapnya.

Aku sebagai si pacal hina tidak pernah terlepas menyambut merdeka.
Merdeka yang hanya pada nama.

1 comment:

Mohamadazhan.com said...

British tinggalkan negara dengan acuan yang telah mantap terbina...merdeka suka-suka..