20110818

Re-Posted

Assalamualaikum.

Idea dah semakin kurang semenjak puasa.
Bak kata anak sedara aku yang Pra-sekolah tu "Bulan puasa nie otak kita keringlah!"
Samalah macam aku. Jadi apa yang aku mampu just re-posted kan penulisan aku di 1001perempuan ke sini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Tinggal Ella


Tongkat di naikkan. Kunci di hidupkan. Papan kemuka bersinar huruf "N" berwarna hijau memancar. Starter di tekan. Deruman honda EX5 100cc itu tidak semegah dahulu. Kabus malam yang tebal di redah.Tidak lagi menghiraukan cerita serangan pontianak yang berlaku baru baru ini di kampung sebelah."Bulan puasa mana ada hantu ye dak?" Getus Helmi dalam hati sambil matanya menjeling kiri kanan jalan.

Malam itu adalah malam ketiga dan malam terakhir dia kerumah Tok Walid. Helmi perlu melengkapkan syarat tiga kali pertemuan dengan Tok Walid bagi memujarabkan permintaannya sendiri. Setiap perjumpaan Helmi perlu memberikan pengeras sebanyak RM300. Itulah bomoh moden. Pencekik darah manusia cetek pemikiran. Permintaan Helmi bukan besar. Helmi hanya mahukan Normala si ratu cantik Perumahan Desa 2010/2011 atau nama barunya Ella tunduk kepadanya, gila bayang kepadanya dan terkejar kejar dirinya. Bukan cinta, kasih ataupun tubuh Ella yang Helmi mahukan. Namun semenjak Ella terkenal apabila menjadi finalis Gadis Melayu pada tahun lepas, karakter Ella semakin berubah. Bongkak dan suka mencaci pemuda pemuda kampung seusianya. Senyuman manis sudah hilang dalam diri Ella terhadap Helmi dan teman teman kerana Ella beranggapan Helmi dan pemuda pemuda kampung yang lain tidak sesuai dengan dirinya yang mengikut aliran moden sekalipun hanya Gucci Petaling Street yang menjadi kebanggannya. Dan perkara itu yang menyebabkan Helmi rasa dia perlu guna cara halus untuk membalas dendam.

Selesai Tok Walid menjalankan upacara jampi serapah menggunakan bahasa Sanskrit ke atas gambar Ella yang sedang menjemur kain sambil berkemban itu, Helmi ketawa seperti lagak lakonan Jalaluddin Hassan yang menang tender juta juta menerusi cara kotor hina.
"Kau sabar Ella. Kau sabar. Kau akan tergila gilakan aku!" Kata Helmi dengan nada sederhana dengan menjegilkan mata sambil tangan mengusap usap manja misai segaknya.

Mengikut kata Tok Walid, Ella akan mula termimpikan Helmi pada malam itu juga. Rasa rindu terhadap Helmi akan mula meronta ronta dalam jiwa Ella. Dan perkara itu benar kerana pada pagi keesokannya Ella sudah memunculkan diri di hadapan pintu rumah pusaka peninggalan arwah kedua ibu bapa Helmi. Senyuman Helmi pada masa itu penuh dengan kebencian dan kegembiraan. Di biarkan sahaja Ella meratap merayu tidak di peduli. Di biarkan. Esak tangis. Rayuan kesedihan.

Pagi-Petang-Malam. Ella bersimpuh kesedihan menunggu Helmi dengan kerinduan.
Seminggu-Sebulan-Setahun. Helmi terus menghilang tanpa membuka kunci sihir yang di tujukan kepada Ella.
Sejak itu sehingga kini. Ella hilang kewarasan akal menanggung rindu dan cinta terhadap Helmi yang ternyata hanya drama syaitan semata.








 
     [ Title Ratu Cantik Perumahan Desa 2010/2011 tidak bermakna lagi buat Normala@Ella. ]


Pesanan untuk wanita wanita yang masih waras di luar sana :
Jika anda cantik, jelita, ayu, menarik, stok muka penghias majalah janganlah anda berlagak sombong dengan mereka mereka yang pada pengamatan anda tidak layak mendapat senyuman atau perhatian dari anda. Anda masih banyak kekurangan.

No comments: