20110722

Surat Kepada Bakal Wife(s)

Kehadapan bakal bakal wife(s) yang kanda kasihi. Pertamanya sekali ingin kanda nyatakan bahawa kanda hanya insan biasa yang banyak terdapat di desa desa seluruh Selatan Malaysia. Berkulit sedikit putih ala ala Pan-Asian yang menjadi punca kejelesan mamat mamat kampung sebelah menyebelah dan tak kurang juga menyebabkan ramai cik cik awek yang nak dok mengusha. Tapi ini bukan tandanya kanda sorang player mahupun pusher sekalipun boyer (baca : buaya). Kanda seorang yang setia hendaknya jika jodoh kita panjang. Tapi kalau dah takdir jodoh kita tak berapa nak panjang, hanya redha yang kanda boleh khabarkan kepada dinda. See, awal awal lagi dah nampak kebaikan kanda kan?

Perenggan di atas dah cukup rasanya untuk kanda memperkenalkan diri kanda secara fizikalnya kepada bakal bakal wife(s) kanda. Tak perlu rasanya kanda kenalkan banyak banyak di sini. Kita akan punya a very long first night moment untuk kita saling mengenali. Kan lebih sweet gitu ye dak?
Kanda tidak menetapkan sebarang kriteria luaran kepada bakal bakal wife(s) kanda. Cukuplah punya wajah seperti Lisa Surihani ataupun Hana Takasima Hana Tajima. Cukuplah. Kanda dah bersyukur sangat sangat.
Kanda tak demand ok dalam memilih bakal wife(s). Kanda juga harap bakal bakal wife(s) kanda bertudung. Kan lebih comel plus super duper sweet bila dinda bertudung. Mak abah kanda pun surely akan sayang betei dengan dinda. Kat situ dinda dah dapat bonus benefit tau. Kalau yang tak bertudung tu boleh juga. Nanti kanda akan didik perlahan lahan. Kanda tak gunakan kekerasan. Cukuplah kanda gunakan ayat ayat sarkastik yang membuat bakal bakal wife(s) kanda nanti tersipu sipu malu.

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat cantik-ayu-jelita, kanda tergolong dalam keluarga yang besar. Adik beradik mak ramai. Sama juga dengan adik beradik abah. Kanda juga punya sembilan adik beradik. So kepada bakal bakal wife(s) kanda, jangan terkejut atau mengherdik kanda jika kita punya anak yang ramai juga. Bukan niat kanda mahu jadikan dinda seperti kilang industri. Sungguh bukan. Kanda kan baik, jangan lupa. Kalau dah Allah beri kita rezeki anak yang ramai, redha je dinda. Kanda tahu sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati. Kanda tahu. Lagipun syahid dinda kalau dah di takdirkan meninggal dunia ketika melahirkan. Jangan ingat kanda buta agama ya dinda. Kanda tahu itu semua. Lagipun dinda, semasa tempoh berpantang, bakal bakal wife(s) kanda yang lain akan jaga dinda baik baik. Jangan takut. Diorang sayang dinda macam kanda sayang dinda juga. See bertuahkan mendapat suami seperti kanda?

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat kanda kasihi. Di sini ingin kanda nyatakan juga bahawa kanda sangat sangat sayangkan Futsal kanda. Jika dinda dinda sudah memenuhi kuota, ingin kanda masukkan Futsal di tempat kelima sebagai reserve. Dinda, percayalah kanda berFutsal bukan sekadar bersuka ria. Kanda hanya ingin menyihatkan badan dan lari seketika dari mendengar bebelan dinda. Dan kanda berjanji bukan setiap hari kanda berFutsal. Cukuplah seminggu sekali. Dan dan juga kanda tidak akan berFutsal pada malam kegemaran dinda. Jangan risau. Kanda sangat memahami orangnya. Jangan kata kanda bangang kerana tergolong dalam sepuluh manusia yang berebutkan bola yang tiada perasaan dan tiada rupa cantik menawan. Kanda tahu dinda ada niat untuk berkata demikian. Hanya hantu hantu Futsal yang mengerti nikmatnya. Sama je macam kegilaan shopping dinda tu. Even kanda tak pernah faham, tapi kanda sanggup laburkan duit untuk minat dinda tu. See kanda sangat sangat pemurah orangnya. Lagipun daripada kanda habiskan masa dengan mencari pucuk pucuk muda sebagai ulam makan malam lebih baik kanda berFutsal ye dak? keh keh keh.


Hanya satu warning yang ingin kanda beri kepada bakal bakal wife(s) kanda. Kanda tak kisah jika dinda sokong team bola yang berlainan daripada kanda. Sungguh kanda tak kisah. Tapi jangan sesekali mengeji, memaki, mengutuk Manchester United kesayangan kanda. Sungguh boleh menimbulkan pergaduhan. Bola merapatkan cinta. Tapi jika dinda memasukkan unsur yang boleh mengurangkan tahap kesabaran kanda, alamatnya dinda akan tidur di sofa sedangkan kanda tidur di atas tilam Vono King Size kita. Jangan nak keluarkan kata tipikal "Dinda tak kisah. Kanda tu yang padan muka tidur sorang sorang!" Wait. Wait. Dinda kena berfikir dulu sebelum bersuara. Dinda kena ingat masih ada wife(s) kanda yang menunggu setiap masa. Jangan nanti dinda pulak yang menangis berlagu Gerimis Mengundang pulak kang. keh keh keh.

Kanda rasa cukuplah kiranya kanda tamatkan di sini sahaja. Jika ada kekurangan kanda akan utus kan di lain hari. Kepada bakal bakal wife(s) kanda, utusan doa akan kanda kirimkan bila kanda sudah mengetahui nama nama dinda. 

Yang Ikhlas Mendua Tiga Empatkan Mu.
-Kanda Pan-Asian Negeri Selatan-

19 comments:

Anonymous said...

ehem2..
orang first neh!
sungguh laa naak..
HAHA~
NICE ENTRY
:)

ikaman said...

hahaha !entry yg sweet sgt =)

Comek said...

haha. Ini penulisan kosong je masa takdak idea.

Comek said...

@ikaman : haha. Sweet ke? Bukan kejam? keh keh keh.

Cikbeyla Nabiella said...

bongok lah kau bang!haha.

Comek said...

keh keh keh. Sungguh kau adik yang tade adab! haha.

Danish. said...

mak oiiyy! meriah gile family ramai !

err, saya sokong Liverpool!

Danish

Anonymous said...

kikiki. surat ni menakutkan aku nak kawen xD







* aku sokong CHELSEA :P

Unknown said...

memang kau dambaan wanita.

Gadis Penawar =) said...

hahaha...akan ku larikan diri kalau calon suami aku wat kenyataan macam neyh..atoyaiii

Comek said...

@Danish : Rezeki Allah bagi. haha. LiverFOOL akan jadi juara EPL 20012 hendaknya. keh keh keh.

@myMOONyet : Jangan takut untuk berkahwin. Masih ramai kanda kanda yang berhati waja di sini. haha. Chelsea hebat menang lawan Meleis dapat gol simpati. :P

@si stabil : Dambaan tidaklah sangat kawan.

@syarina syakila : haha. Jangan kau cakap macam tu. Kang dapat betul betul yang macam nie kang. keh keh keh.

Gadis Penawar =) said...

haishh..simpang kan..hehe.
habes la kau.. kau wat entry mcm nie,awek pujaan kau tuh mesti dah was was ngn kau..thettttt...keh keh.:)

Comek said...

haha. Keyakian dan kepercayaan terhadap pasangan perlu ada. Kalau setia macam mana pun slaah satu pihak, tapi tiada kepercayaan nescaya punah lah segala.

Atika Katimin said...

sungguh sangat amat nice...tapi kesian dinda dinda sekalian tu...hehehehe..

intan.maisarah said...

barca tetap di hati dinda

Eyka said...

terasa macm kmbli ke alam dulo2 plak! haha:P..anywy..sweet ni surt..nak krg gak ahh cenni~ haha:P

atikamohdnor said...

hahahah . .
comek !

sumpah aku baca entry kau ni gelak sorang sorang .

hahaha

best best .

teruskann k

Comek said...

haha. Dah gila gelak sorang sorang? kehkehkeh.

Ikin Nikisa said...

otakk ar ! ake respect lu derr >.<