20110719

Terusan Suez

Terusan kebanggaan yang membawa kepada kejayaan.
Permulaan revolusi perindustrian.
Titik mula kepada pembangunan.
Begitu juga terusan yang aku lalui kini.
Terusan yang memperlihatkan satu dunia baru kepada aku.
Dunia yang membuka mata dan kotak fikiran insan lembab seperti aku.
Aku mula menjejaki terusan ini pada masa dungunya aku.
Terusan ini aku lalu untuk mengejar kamu.
Pelbagai kerenah duniawi aku lihat sepanjang perjalanan aku.
Aku hampir rebah melayankan kebencian manusia manusia setan yang cemburukan kamu.
Tapi aku tahu tangan kamu sentiasa ada untuk membantu.
Dari dungunya aku, lembabnya aku, syukur aku boleh berbangga dengan diriku yang kini.
Bagaimana aku boleh jadi begini?
Sebab perasaan ingin duduk sekata dengan orang yang cerdik seperti kamu membuatkan aku lawan apa jua rasa bodoh dalam diri aku.
Benar apa orang kata apa yang kita dapat hasil usaha kita sendiri.
Tapi aku rasa aku tidak dapat sampai ke sini tanpa adanya kamu.
Aku masih ingat apa yang kamu ajarkan pada aku.

Semalam aku lihat senyuman di wajah kamu.
Senyuman yang buat aku seperti rasa tersipu sipu.
Aku rindu senyuman itu.
Aku masih berada di terusan ini lagi. Masih.
Aku tidak boleh berjanji untuk kekalkan senyuman kamu itu.
Takdir Illahi di luar bidang kuasa aku.
Aku insan hina yang hanya mampu berusaha untuk berada di samping kamu.
Aku hanya mampu teruskan doa supaya kamu sentiasa manis dengan senyuman seperti gula yang aku rindu.
Tuhan tolonglah aku.
Kekalkanlah kesegaran rumput di bumi.
Walau ini semua terpisah oleh jarak dan waktu.


Walau senyapnya aku bila bersama kamu.
Walau kelihatan kakunya aku bila kamu berdekatan aku.
Namun kamu perlu tahu saat saat itu yang aku impikan selalu.

2 comments:

misz molecule said...

no wonder.org senyum mesti ite ingat

Comek said...

Yezzzaa. Lebih lagi kalau yang senyum tu yang kita minat ye dak? Rasa tak jejak tanah dah. keh keh keh.