20110513

Ini Untuk Guru Guru Aku

Assalamualaikum.


Hari Isnin enambelas bulan lima sambutan Hari Guru seluruh Malaysia.
Hari yang aku rasa sangat meriah sambutannya.
Masa itu anak anak murid sibuk berlawan hadiah siapa paling besar untuk cikgu kesayangan atau cikgu popular.
Bagi cikgu yang kurang popular pula hanya sedikit hadiah dapat di bawa pulang.
Kecil kecil sudah pandai diskriminasi bukan?

Malas nak mukadimah panjang lebar.
Cikgu cikgu yang aku rindui terutama guru guru Tingkatan Enam SMKTI, selamat Hari Guru aku ucapkan.
Terima kasih ya sebab ajarkan aku erti dunia ini.
Ini sedikit cetusan dari aku bekas anak murid mu. Cewah.

Anak Murid Kamu

Seminggu lima hari.
Seminggu enam hari.
Kadang kala penuh seminggu tujuh hari itu kamu berjumpa kami kami ini.
Berjumpa kami kami ini bukan untuk sia sia ya wahai ayah ayah, ibu ibu, pakcik makcik.
Tapi untuk mendidik kami kami ini menjadi insan budiman bukan bajingan.
Untuk mendidik kami kami ini menjadi muslimin muslimah bukan penjenayah.

Ayah, Ibu, itulah anggapan kami kami pada kamu.
Memang bukan kamu yang mengandungkan kami kami ini.
Memang bukan kamu yang melahirkan kami kami ini.
Memang bukan kamu yang membesarkan kami kami ini.
Memang bukan kamu yang menyara kami kami ini.
Bukan. Bukan.

Tapi kalau tiada kamu,
Kami kami ini ibarat si tuli.
Si tuli yang hanya tahu apa itu ayah apa itu ibu.
Si tuli yang hanya tahu apa itu dapur apa itu ruang tamu.
Si tuli yang tiada hala tuju.

Tapi lihatlah kami kami ini.
Kami kami ini yang sekarang ini.
Kami kami ini yang bakal melangkah ke Universiti.
Dan mereka mereka itu bekas anak didik kamu.
Bekas anak didik kamu yang sudah berjaya di dunia.

Kami kami ini bangga pernah menjadi anak anak kamu.
Mana mahu di cari kamu yang sabar dengan kami kami ini.
Kami kami ini yang lelaki begitu yang wanita begini.
Kami kami ini yang tidak dapat di mengerti dari setiap inci.

Kamu tidak berkira dengan kami kami ini.
Masa yang kamu luangkan.
Duit yang kadangkala kamu belanjakan.
Dan banyak lagi yang kamu sediakan untuk kejayaan kami kami ini.

Rasa rindu untuk melalui hari hari dengan kamu.
Rasa rindu untuk setiap saat itu.
Hanya kepingan foto dan kenangan di benak memori kekal abadi.
Tidak mungkin kami kami ini dapat kembali ke sana.
Tidak mungkin kami kami ini dapat menyarung uniform sekolah lagi.
Jika panjang umur raya nanti kita berjumpa akan lagi.

Mak : Puan Norreha kami kami ini rindu masakan kamu.
Mama : Puan Laila kami kami ini rindu bebelan kamu.
Ibu : Puan Ann kami kami ini rindu gurauan kamu.
Ibu : Puan Norseha kami kami ini rindu senyuman kamu.
Ibu : Puan Faridah kami kami ini rindu latihan latihan kamu.
Ibu : Puan Suzie kami kami ini rindu suara kamu.
Ibu : Puan Rohaidah kami kami ini rindu dengan sajak kamu.
Ibu : Puan Ratna kami kami ini rindu melihat persalinan serba satu kamu.
Ibu : Puan Masitah kami kami ini rindu dengan jenaka kamu.
Ibu : Puan Afidah kami kami ini rindu dengan loghat English kamu.
Ibu : Puan Sharmala kami kami ini rindu dengan kereta Pinky kamu.
Ibu : Puan Mariam kami kami ini rindu melihat kamu berjalan membawa buku.
Abah : Cikgu Mail kami kami ini rindu dengan cerita cerita kamu.
Ayah : Cikgu Amat kami kami ini rindu dengan graf graf dan rajah kamu.
Ayah : Cikgu Zaini kami kami ini rindu dengan lukisan kamu.
Papa : Mr Lee kami kami ini rindu dengan cerita perlancongan kamu.


Selamat Hari Guru! Tahun ini tidak dapat sediakan kek besar untuk kamu lagi.
Dahulu aku tidak mahu menjadi cikgu.
Sekarang kerjaya itu yang datang dalam mimpi aku. :)

1 comment:

Anonymous said...

owh..itu cikgu saya..
bce blog nie buat sy rindu dgn mereka...
terutama puan norreha, puan laila, cikgu ismail, puan aan,cikgu zaini...miss u all...:)