20120328

VanillaCoklat

Aku pegang secangkir cairan Coklat.
Aku hidu. Aku tatap.
Senyuman aku diselang selikan dengan kehangatan yang menerawang.
Aku mengangkat cangkir.
Menuju perlahan kebibir.
Mencicip rasa yang menggila.
Mengalir kedalam rongga.
Jentikkan rasa suka di birai tubir minda.
Timbulkan bibit gembira.
Getus ritma jiwa hasilkan musika yang asyik.
Seperti sang penagih mendapat dadah!
Seperti sang pemburu mendapat gajah!
Seperti sang pemerintah yang dapat pasakkan kuku alirkan darah!
Aku seperti coklat ini.
Melalaikan.
Terus lalai.
Umpama si gila yang sentiasa tersenyum gembira.
Umpama Siddartha Gautama yang mencapai tahap Nirvana.
Kesempurnaan.

Musika indah terhenti pabila aku terhidu sesuatu.
Bauan yang sudah lama aku rindu.
Vanilla?
Aku pejamkan mata.
Pinjamkan indera lainnya.
Hidu, bau, sedut aromanya.
Dari marga orkid bernama Vanilla.
Haruman indah membangkitkan rasa.
Mengembangkan segala rongga.
Aktif!
Kekotak fikiran saling berkejaran.
Terlanggar sentuh mahu mencantumkan memori lama yang dipisah rabak dengan jarak.
Imejan gurau senda terputar lancar tanpa sekat karat lama.

Kau, aku punya Vanilla.
Kau, seumpama ramuan rahsia.
Dalam acuan membina senyum dan tawa.
Meski saat mata masih rapat belum terbuka.

Vanilla.
Mari.
Kita cipta elemen gembira kembali.
Kita sambungkan indahnya cinta yang pernah dikongsi.
Bersatu dalam jiwa.
Kau Vanilla dan aku Coklatnya.
Satu penyatuan sempurna.
Terpasung bersama.
Senyum, Vanilla, bila kau buka mata.
Senyum.
Bangkitkan emosi bahagia pabila matahari mengejek sinis.
Seraya itu Coklat akan mencair dalam kehangatan cinta.
Vanilla dan Coklat.
Terus.
Tersenyum. Tertawa.
Indah.
Mewah dalam dunia ciptaan imaginasi mereka.
Tiada gundah.
Tiada hiba.
Bahagia.
Sehingga bumbung tersujud sungkur.
Sehingga tanah melebur.
Moga moga.
 Kisah cinta, Coklat kepada Vanillanya.
(Comek-Diy,2012)

1 comment: