20111111

Puteri Yang . . . .






Satu persatu lembaran kisah waktu waktu dahulunya dia, di koyak. Ada yang perlahan tapi koyakannya dahsyat. RABAK! Ada yang ganas tapi koyakannya rata. Berbeza mengikut situasi yang di alami di setiap helaian kisah waktu dahulunya dia. Setiap cebisan di kumpulkan semula. Seperti menjadi kepingan puzzle yang sedang menunggu untuk di rangkumkan menjadi suatu gambaran, menjadi suatu kisah. Kisah dia dan sang puteri. Dahulunya.

Pemetik api di keluarkan, seraya bersama sebatang DUNHILL Lights. Saat itu, hanya DUNHILL Lights sahaja yang mampu menjelmakan 'cahaya' di dalam malapnya jiwa yang di rasa. Rokok di cucuh. Di sedut. Hembus. Sedut dalam. hembus lagi. Perhatiannya teralih kepada cebisan kisah yang di koyakkan dengan pelbagai rasa. Tersenyum kelat. Mata berkaca.

Cebisan yang terkumpul itu di suakan dengan api. Perlahan lahan membara. Menjulang. Sama seperti menjulangnya rabak yang di rasa. Dia mahu setiap cebisan itu menjadi debu dengan pantas. Biar pantas kisah itu hilang. Biar!

******


Senyap.


Sunyi.

******

Tap. Tap. Tap.


-derapan kaki-


"Zahiril! Zahiril!"


Pekikan memanggil.


Nahhhh! Satu lagi sang puteri muncul untuk menjadi pelakon di dalam kisah hidup dia. Kisah yang sepenuhnya di arahkan oleh kedua mereka. Watak yang di pegang masih belum dapat di pasti. Heroin, atau pembunuh jiwa barangkali?

10 comments:

stalker hebat ! said...

e'eh zahiril. adakah zahiril si daim?







**sebenanye ta bape na paham. tapi ade memori tg nak kena delete. erh yeke? entahla.

Comek said...

Tak. Ini Zahiril manusia biasa biasa. kehkehkeh.


Mohon tekan butang Backspace. hihi.

stalker hebat ! said...

ngee^^

Comek said...

Pembawa kromosom XX?





Asalnya ingatkan anda kromosom XY. kahkahkah.

MicoBlink Butik said...

waahhh ~ interesting .. :)

Comek said...

:)

Unknown said...

zahiril??

Comek said...

Sekadar menghidupkan watak.

tirahzairi said...

kasi gempaq...:)

puteri mama said...

"Saat itu, hanya DUNHILL Lights sahaja yang mampu menjelmakan 'cahaya' di dalam malapnya jiwa yang di rasa" =hebat!