20111210

Asfa, dengar, baca, hayati.

Assalamualaikum Asfa.

Asfa masih ingat dengan diri ini? Qayyum. Ya, Qayyum tempat Asfa bermanja mesra, menyulam cinta, gembira bersama, ketawa hilang kalut jiwa, berjanji setia selagi Qayyum memerlukan. Asfa ingat? Kenal lagi diri ini? 

Asfa, kalau Asfa dengar, lihat, atau baca coretan ini, Asfa perlu percaya, yakin, dan hayati bahawa coretan ini ikhlas daripada jiwa luka Qayyum. Dahulunya, pertama kalinya melihat wajah Asfa, Qayyum yakin dan percaya kepada diri bahawa Asfa tercipta untuk Qayyum. Bodohkan Qayyum untuk menyatakan apa itu takdir apa itu jodoh melalui pandangan mata dan juga rasa hati tanpa berfikir berulang kali bahawa yang Maha Pencipta telah tuliskan mengenai itu semua sekian lamanya.

Asfa, tempoh tempoh perkenalan kita di sulami dengan pelbagai rasa. Qayyum rasa di jaga. Qayyum rasa setiap apa yang Qayyum lakukan, pasti ada yang akan memberikan maklum balas. Samaada baik ataupun tidak. Positif atau negatif. Hitam atau putih. Dunia Qayyum hanya ada keluarga, sahabat, dan Asfa selepas mereka. Ya, Asfa Qayyum letakkan di belakang sahabat sahabat Qayyum. Asfa menjadi antara elemen terpenting di dalam hidup Qayyum.

Asfa, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun percaya atau tidak sudah lebih dua tahun kita saling berkawan. Berkongsi gembira, sedih, segala apa rasa celaka. Indah bukan? Nikmatnya rasa cinta yang Allah cipta. Asfa rasa itu semua? Qayyum rasa. Rasa sangat. Dan Asfa tahu, bila Qayyum coretkan tinta ini, imejan imejan itu menderu deru menerjah tubir minda Qayyum. Ya. Qayyum sedang tersenyum. Manis itu memori, pahit itu realiti bukan?

Asfa, dahulunya Qayyum seorang yang ceria. Ceria untuk Asfa, ceria untuk teman teman. Tapi kini, Qayyum sendiri tercari cari makna ceria itu apa. Qayyum lupa cara bagaimana untuk hasilkan reaksi reaksi ceria seperti dahulunya. Yang ada dan menjadi santapan Qayyum di pagi hari di hadapan cermin hanya satu - Wajah kehilangan jiwa.

Asfa, dahulu Qayyum pernah tuliskan nama Asfa di pasir pantai. Sekejap sahaja bertahan. Lenyap di pukul ombak. Qayyum cuba lawan kuasa alam. Qayyum tuliskan kembali. A-S-F-A. Di kedudukan yang agak tinggi sedikit berbanding yang pertama. Ombak datang. Nah di pukul lagi. Tapi nama Asfa tidak hilang semuanya, hanya sedikit yang lenyap. Qayyum lukiskan kembali di pasir yang lebih tinggi. Qayyum tunggu. Seminit, hingga satu jam. Nama Asfa kekal tidak terusik. Qayyum senyum sendiri. Gembira rasa. Qayyum menang! Qayyum pulang. Esoknya kembali Qayyum ketempat nama Asfa Qayyum lukiskan, nama Asfa sudah tidak ada. Qayyum lupa satu perkara, jika ombak tidak mampu mencapai pantai yang tinggi, masih ada hujan yang mampu menumpahkan rasa ke tempat yang rata. Dan banyak juga kebarangkalian lain. Qayyum juga lupa hidup di dunia harus bersedia menghadapi kebarangkalian. Qayyum lupa. Dan mungkin kerana Qayyum lupa itu juga, telah membuat Asfa seperti Qayyum yang punya. Bodohkan Qayyum.



Asfa,
Maaf ganggu, hadir, singgah, lukiskan imejan, binakan arca, suarakan puisi, dendangkan lagu, rentakkan tari, hadirkan melodi, cambahkan rasa, simpulkan janji, terbitkan memori, selakkan rasa yang lama tidak kembali, munculkan segala rasa pedih sedih mendung hitam kelam dalam diri.

6 comments:

Faten Ahmad said...

sy sedih bace entri awak kali nie zaimie. seperti sy yg melaluinya.

zaimie, perjuangan belum selesai. jangan berhenti mengalah sebelum terlihat garisan penamat. teruskan kehidupan. (:

Amiyyra. said...

mungkin, apa yg kau rasa, sama macam apa yang aku rasa.

ya. mungkin :')

cik cera said...

yes..bejaya buat c puteri puaka menangis....

Zafira Zaki said...

semoga dia baca. :)

Farhana Aziz said...

pernah melalui. baru lagi. 3 bulan. but feeling much better now dengan adanya sahabat di sisi.

moga tabah dengan ujianNYA ini.

:)

Anonymous said...

thumbs up senior :)

#I do love this !