20120208

Satira - Zine Satu Malam.




 Lelucon Modenisasi

Kami manusia paska modenis yang diternak dengan material, dimandikan dengan propaganda, disuapkan dengan filsafat, dan dimanjakan dengan hedonisme. Ibu kami adalah kitab yang menjadi perhiasan di atas almari dan ayah kami adalah buku-buku falsafah yang sarat dengan aksara dalam segenap sekolah pemikiran yang kian bercambah menelusuri zaman. Seiring dengan teknologi yang semakin kompak intipati fungsinya, kami sukses walau hanya dengan teori kami mampu mencernakan segala fikirasa yang bergelandangan tanpa perlu mengaplikasikan dalam kehidupan yang kian mudah dijamah. Makanan kami mahal hanya kerana jenamanya yang meniti bibir para kapitalis. Pakaian kami merupakan papan iklan bergerak yang menjadikan para marhaen hanya mampu mencuci mata dengan tubuh yang bersarung jenama palsu yang diseludup dari luar negara.

Kaca televisyen cuma lah berisikan para pelakon yang sukses dari segenap genre waima berita sekali pun, kerana pentipu itu sudah menjadi pekerjaan yang lumayan di kalangan kami yang sanggup mencucukkan dawai bertali tangsi untuk dikawal seperti marionet. Kami gelak menyindir badut-badut politik yang berucap di belakang podium sambil penonton dalam dewan kolokium cuma mampu menderma anatomi berkantung duanya pada kanak-kanak yang kerjanya mengaut untung menjual konek di jalanan kepada mereka yang memerlukan. Sesekali, badut-badut politik di belakang podium membaling antara satu sama lain dengan video, surat layang serta seketul anus.

Di hujung jari dalam kotak kubikel, kami ketawa ria menyaksikan manusia berjimba melacurkan rupa sedang kami melacurkan jari-jari kami menjadi tatapan insani. Kami khusyuk menghebahkan manusia lain sedang kami turut bertelanjang menayangkan pusat yang tak tercuci. Kami menari dalam kegelapan dengan muzik yang semakin hilang pencak seninya. Acap kali kami menyamar sebagai tuhan, kadang-kadang menjadi hakim maksum yang mengetuk manusia lain yang turut bertelanjang, sesekali kami menjadi pencopet karya-karya tak ternama. Sekali-sekala, kami terpandang cermin, memperlihatkan diri kami yang bertepung di muka dengan bulatan merah di kedua-dua belah pipi, hidung merah yang bulat dan rambut afro yang berwarna-warni.
- oleh Lucif Abdullah



***

Aku kongsikan satu satira yang mengetuk minda mencarik pemikiran untuk menghadam apa yang dituliskan. Daripada kalian berlumba lumba menceritakan apa yang kalian lakukan setiap minit di status update Facebook kalian, adalah molek aku curi beberapa minit itu untuk menyarankan kalian membaca satira satira yang dikongsikan. Kalian hanya perlu DOWNLOAD. Ya, tekan kat tulisan download tu ye. Kalau video persengamaan kalian boleh download, takkan ini tak boleh ye dak? Free je pun. kehkehkeh.

"Bebaskanlah pemikiranmu daripada kepungan dedawai besi yang kamu ciptakan sendiri. -XY"

20120204

Jeritan Sayu



Saban petang, aku melihat sang burung mengejar mentari,
Mentari yang hampir hilang ditelan rakus sang awan.
Saban hari, tanpa penat, tanpa berhenti.
Aku mewujudkan persoalan kepada diri ;
Tidakkah penat dia mencuba lagi, dan lagi?
Sedangkan mentari itu silih berganti dengan rambulan.
Tika lelap, sang unggas berbicara di cupingku ;
Jika kau penat, kau akan berhenti,
Jika kau berhenti, kau tidak akan dapat kecapi mimpi.
Dalam berteleku hatiku menjerit ;
Akan ku usap rasa penat, agar tidak meronta dalam senyap.

20120127

Diskusi Si Pari-Pari





Wanita, malam malam kelmarin aku bermimpi sesuatu yang ganjil. Dalam mimpi itu, aku sebagai seseorang yang mempunyai keserabutan yang tidak dapat di lerai dalam jiwanya yang menderita kegilaan. Aku punya keinginan berlari yang serupa makan nasi. Sering, berlari dan berlari. Sama ada mengejar atau di kejar, aku sendiri tidak dapat mencari kata kunci.

Meneruskan mainan mimpi, dalam larian aku pada petang waktu daunan kering longlai melayang ke bumi, aku terjumpa si pari-pari. Kecil. Berbaring di bawah pepohon layu di tengah tengah hutanan kecil peninggalan pembangunan urbanisasi yang menggila. Pari-pari itu kelihatan bersedih. Aku mendekatinya dengan kusut serabutnya aku. 



Terpandangkan aku, pari-pari itu segera bersuara. Suaranya merdu sekali, wanita. Dia berkata, "Manusia, kau di takdirkan menjumpai aku. Dan aku yakin kau juga di takdirkan juga untuk membantuku. Bantulah aku manusia. Nescaya akan aku membantu mu pula."

"Aku ini sebagai manusia biasa biasa tiada apa yang mampu aku bantu wahai si pari-pari kecil." Suara dengan nada kegusaran aku lontarkan untuk menjawab permintaan.

"Kau mampu. Hanya manusia berhati mulia yang mempunyai upaya untuk melihat aku yang realitinya halus ini, manusia. Dan manusia yang berhati mulia juga yang mampu membantu aku. Bantulah aku, lepaskan sayapku dari tindihan batu batu celaka ini." Rintihan sayu si pari-pari mengiringi suaranya.

Kau tahu, wanita. Aku membantu si pari-pari itu dengan upaya ku. Lalu dia menyatakan akan memperkenankan tiga permintaan daripada aku. Selepas menimbang tara segala macam apa yang nafsu : akal : hati mahukan, aku menyuarakan tiga permintaan itu. 

Pertamanya, aku mahukan suatu pencetus supaya aku dapat menyuarakan apa yang aku fikirkan dan rasakan kepada suatu medium yang dapat di tatap, di baca. Si pari-pari mengeluarkan tongkat sakti yang di hujungnya punya bintang berbucu lima sambil memutar mutarkannya. Blink! Nah sudah makbul permintaan yang pertama. Muncullah aku yang sedang menekan papan kekunci menyiapkan sebuah cerita.

Keduanya, aku mahukan kesihatan untuk aku melakukan segala macam perkara sama ada duniawi atau ukhrawi mengikut desiran hati. Si pari-pari lakukan perkara yang sama sepertimana memakbulkan permintaan aku yang pertama. Blink! Maka keluarlah aku dengan sihatnya melakukan segala macam perkara yang sudah, sedang atau akan aku lakukan.

Ketiganya, aku mahukan kau, wanita, untuk mendengarkan rengek rengek manja hati calar balar yang aku punya. Kali ini, si pari-pari kecil memperlihatkan wajah yang gusar. Dia cuba memutar mutarkan tongkat saktinya berulang kali. Di cubanya lagi. Dan lagi. Tapi, wajahnya yang gusar bertukar kepada cemas. Lalu dia berkata.

"Manusia mulia, wanita yang kau mahukan dia mendengarkan suara hatimu itu ialah sang bidadari. Aku sebagai si pari-pari tidak mampu untuk menembusi hatinya menyampaikan mesej yang kau cuba beri. Manusia mulia, teruskan usahamu. Teruskan. Aku tidak dapat membantu mu."

20120112

'He' is a girl.



Wanita ini?
Gila. Dahulunya tidak pernah terlintas dalam tubir minda separa dewasanya aku bahawa dia seorang wanita. Perkenalan singkat melalui dunia ini (baca : blog) buatkan aku kenal serba sedikit mengenai dia. Wanita. Ya. Wanita tulen even kadangkala aku masih menyangka dia homosapiens yang mempunyai penis. *tutupmuka*

Dia ada dalam hari hari yang aku lalui. Ketawanya aku. Sedihnya aku. Menangisnya aku. Dia seperti satu AWAN yang selalu ada untuk menahan teriknya matahari daripada terus menembak ke tubuh aku. Aku punya suatu rasa kesenangan bilamana dia ada di sekeliling. Menjadi peneman. Kadang, perangai dia umpama bidadari sorga. Menjadi penyelamat aku yang hampir terjatuh.

"Kawan, bilamana kau rasa kau sudah kehabisan udara, dia menyediakan kau tabung oksigen agar kau tidak tercungap menahan rasa terbangnya nyawa."

Jika tadi aku katakan kadangkala dia umpama bidadari sorga, itu benar. Tapi, dia juga bisa menjadi yang bertentangan dengan bidadari sorga. Jika teman teman biasa gelarkan aku sebagai si puaka, dia pula puaka versi ber-vagina. She's have three different 
personality :
1 : A 'boy' - If u did'nt know 'him' well.
2 : A sweet, nice, innocent girl.
3 : Super duper annoying girl, troller, troller, troller, etc.





Dia wanita yang bisa membuat seorang pria tertunduk menjelmakan suatu rasa yang biasa menjadi luar biasa. Dia wanita yang bisa membuat pangerannya melemparkan ego untuk memenangi dia.
Dia wanita yang bisa membuat seorang lelaki rasa janggal dan berperangai seperti kucing (baca : manja) bila bersamanya.
Dia mampu jika dia mahu. Tapi dia menjaga rasa yang dia punya untuk si pemakai kacamata-nya sahaja.


Dia, manis. Manis. Manis. Manis.
Dia, umpama nikotin. Sudah di rasa, mahu mahu mahu dan mahu. Boleh untuk berhenti. Tetapi sukar.


Eh wanita, aku tidak punya rasa cinta terhadap kau, tapi yang pastinya rasa sayang itu ada.
Eh wanita, aku tidak punya rasa benci terhadap kau, tapi yang pastinya rasa annoying itu ada.
Eh wanita, aku tidak punya rasa kau satu kelengkapan, tapi yang pastinya aku memerlukan kau.

Wahai wanita, aku ada menyediakan kispen untuk kau. Sebab, kadang aku rasa seperti mahu membunuh kau, tapi tidak sanggup kau hilang dalam realitinya yang aku ada. Tapi, ini hanya intronya sahaja. Belum punya kelapangan untuk menyiapkan neraka dunia yang aku cipta untuk kau, wanita.



*****

 "Hai Danish sayang, kau nak jadi jantan sangat kan? Ada bebird ke nak jadi jantan nie? See, aku bawakkan kau bebird comel gubahan aku sendiri. Teruja?" Suara dengan lenggok psikopat aku jelmakan untuk menghiruk pikukkan sunyi pondok pelepas keinginan diri kedua yang aku punya.


"Babi! Setan mana rasuk kau nie ha?! Lepaskan aku lah gila!" Danish meronta ronta mahu melepaskan diri daripada ikatan di kerusi kayu berkaki tiga di bawah pancaran cahaya lampu tungsten yang sepertinya sudah hilang kuasa. Malap. Hanya samar wajah bersulamkan bayang bayang syaitan yang jelas. Tertari dengan wajah ngeri.

"Babi? Kau suka babi ya? Nanti aku ubahkan sikit hidung yang kau punya itu ya?" ketawa kecil aku memainkan peranan utama sambil tangan kiri memegang katana yang membiaskan cahaya lampu tungsten ke wajah manakala jari telunjuk kanan menongkat hidung menunjukkan imejan haiwan kegelian warga warga Islamik. Geli, tapi kata kata sering terselit BABI. Sempat hati aku memerli masyarakat Melayu tipikal.

*sebulan sebelumnya*

"Apa kelebihan awak jika berbicara mengenai perempuan?" tanya wanita separa gempal berhijab kemas tapi beperwatakan seperti lelaki. Bebola mata aku fokuskan ke sudut atas sebelah kiri dada bersaiz 34B. -DANISH- Ah pesen muka berkerak tapi nama nak bajet minah saleh nie yang aku menyampah! Perasaan jengkel dan perasaan jijik aku berkata seiring seperti perbualan cliche dalam drama drama Melayu urbanisasi.

"Saya bisa berbicara mengenai dunia percintaan sama ada percintaan normal, lesbian ataupun bisexual puan." jawab aku dengan yakin sambil menunjukkan wajah 30% yakin, 45% bongkak dan 25% macho.

"Cuba kau kupaskan secara ringkas mengenai dunia 1001 perempuan ini, beri aku dengar agar aku yakin untuk berikan kau jawatan ini." Wanita yang gayanya punya pangkat lebih tinggi berbanding Danish bersuara sinis. Ismey namanya.

"Wanita merupakan homosapiens bervagina yang unik dan kadangkala menjengkelkan. Melalui kejengkelan yang mereka punya itu akan menyebabkan jantina berlawanan tertarik kepadanya. Wanita juga dalam lembut tersimpan keras dan kejamnya." Sekali lagi, wajah 30% yakin, 45% bongkak dan 25% macho aku terpancar selepas aku meletakkan noktah pada huraian ringkas aku.

Bersambung....
______________________________________________

Wanita, apa yang aku harapkan, sifat kau masih sama seperti ini walau beberapa tahun kehadapan.
Wanita, aku tahu wajah kau bila tua beribu jaluran kedut akan bermaharajalela, tapi imejan kau ketika muda ini akan kemas tersimpan dalam memori yang aku punya.
Wanita, tidak kiralah kau menjadi isteri siapa atau menjadi madu siapa, aku harap kau tak lupa aku puaka yang kau sayang juga.
Wanita, jika kau pergi dahulu sebelum aku, jangan risau. Akan aku katakan kepada siapa sahaja tentang kau bahawa, "arwah dahulu baik orangnya."

Dewasa?



Dia itu dewasa.
Bukan anak kecil yang selalu merengek manja.

Dewasa yang sudah tahu pokok pangkal sesuatu masalah.
Dewasa yang sudah tahu apa itu makna amanah.
Dewasa yang sudah tahu benar dan salah.

Dia itu si dewasa yang benar benar sudah dewasa.
Dia punya jiwa besar.
Dia punya cita cita besar.

Tetapi berkaitan hati dia begitu terkecilkan.
Berkaitan hati dia merengek meminta minta.
Berkaitan hati dia mengalirkan air mata.
Berkaitan hati dia lumpuh segala.



Dia itu dewasa.
Dewasa hanya pada nama.
Dewasa hanya pada angka.
Bangkitlah wahai si dewasa.
Bangunlah wahai si dewasa.



Hei si dewasa.
Jangan kau bingai.
Jangan kau bangang.
Jangan kau terabai.



Bukan rasa jiwa yang kau layan bagai nak gila itu yang memberi kau makan.
Bukan itu yang jadi tongkat bila kau mahu berjalan.
Bukan itu yang jadi payung bila kau kehujanan.
Bukan itu yang menjadi unggun bila kau kebasahan.
Bukan itu.



Hei si dewasa.
Jangan kau terpecahkan.
Jangan kau terkalahkan.
Kau sudah dewasa.


p/s : Ini penulisan pertama aku mengenai puisi. Terperam didalam nota mukabuku.