Showing posts with label SBLM 1023. Show all posts
Showing posts with label SBLM 1023. Show all posts

20111219

Golongan Pendakwah- Matlamat Tidak Menghalalkan Cara (Entri Terakhir)

Berdasarkan tajuk yang saya pilih, saya telah menyediakan draf kasar iaitu pernyediaan terakhir sebelum saya menghasilkan manuskrip yang akan saya serahkan kepada pensyarah saya pada hari terakhir sesi kuliah.

Pada peringkat ini, penjelajahan saya untuk mencari maklumat semakin meluas. Saya menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan jitu pengisiannya.

Pengisian di dalam draf kasar yang saya sediakan, bermula dengan tema yang saya pilih iaitu tema 'Mulia'. Seterusnya tajuk tugasan saya iaitu "Golongan Pendakwah-Matlamat tidak menghalalkan cara". Selepas itu, saya menerangkan mengenai pendahuluan, isi-isi penting seterusnya kesimpulan berdasarkan tajuk tersebut dan juga isi-isi yang saya kaitkan. Akhir sekali, saya turut menyatakan rujukan-rujukan yang saya ambil di dalam menghasilkan kerja khusus ini.

Penghasilan manuskrip pula bermaksud, kerja akhir iaitu kesinambungan daripada pemilihan tema, pemilihan tajuk, perbincangan, dan penghasilan draf kasar. Segala yang pernah di bincangkan perlu di masukkan di dalam manuskrip tersebut. Selain itu juga, penghasilan manuskrip ini turut melibatkan segala kertas kerja daripada waktu awal pemilihan tema sehinggalah terhasilnya manuskrip akhir.

Apabila manuskrip ini telah siap, saya akan menghantarnya kepada pensyarah saya iaitu Cik Rohizah untuk di nilai dan penggredan markah.

20111012

Golongan Pendakwah- Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Mulia



Mulia merupakan tema yang telah saya pilih untuk menyiapkan tugasan individu yang telah diberikan oleh pensyarah Pn. Rohizah Binti Halim untuk subjek pengantar penulisan. Kenapa saya memilih tema ini sebagai tema yang utama untuk tugasan individu berbanding dengan tema-tema yang lain? Hal ini kerana apabila saya melihat perkataan "Mulia", pelbagai gambaran menerjah ruang pemikiran saya. Mulia di maksudkan sebagai suatu tahap yang menjadikan seseorang itu di pandang tinggi dan di hormati. Namun kemuliaan seseorang itu akan hilang atau tidak lagi di hormati jika seseorang itu menyalahgunakan penghormatan yang telah di beri oleh masyarakat khususnya. Situasi ini yang akan saya kupas di dalam tugasan individu saya ini.

Setelah saya memillih tema untuk tugasan ini, saya perlu melalui proses seterusnya iaitu memilih tajuk khusus (tajuk kecil) yang berkaitan dengan tema yang saya pilih. Setelah saya memahami tema ini, saya memilih "Golongan Pendakwah-Kemuliaan Tercalar Menerusi Pendekatan Yang Di Guna?" sebagai tajuk khusus untuk tugasan saya ini.

Selepas mendapat saranan daripada pensyarah mengenai tajuk tersebut yang kurang jelas, maka saya mengambil keputusan untuk memilih tajuk baru bagi tugasan saya iaitu tajuk "Golongan Pendakwah- Matlamat Tidak Menghalalkan Cara" sebagai tajuk tugasan saya.

Seterusnya, saya perlu membuat rangka mengenai tajuk ini untuk memudahkan saya menghasilkan penulisan ilmiah. Apabila melalui proses membina rangka, saya perlu mengkaji mengenai golongan pendakwah ini bagi memudahkan sesi soal jawab. Hal ini di sebabkan saya menggunakan teknik (4W 1H) di dalam menghasilkan penulisan ini. Teknik (4W 1H) adalah teknik di mana pendekatan soalan-soalan seperti siapa, apa, mengapa, bila dan bagaimana akan di gunakan untuk memudahkan isi-isi dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk khusus di keluarkan.

Selain itu, saya telah mencari pelbagai maklumat mengenai golongan pendakwah ini di internet untuk memudahkan saya mengaitkannya dengan tajuk khusus yang saya pilih. Seterusnya, saya perlu mencetak helaian entri pertama di blog dan rangka untuk di serahkan kepada Pn. Rohizah untuk di semak dan di nilai sebagai pelengkap kepada tugasan minggu ini. Sekian.