Showing posts with label Sarkastik. Show all posts
Showing posts with label Sarkastik. Show all posts

20120112

'He' is a girl.



Wanita ini?
Gila. Dahulunya tidak pernah terlintas dalam tubir minda separa dewasanya aku bahawa dia seorang wanita. Perkenalan singkat melalui dunia ini (baca : blog) buatkan aku kenal serba sedikit mengenai dia. Wanita. Ya. Wanita tulen even kadangkala aku masih menyangka dia homosapiens yang mempunyai penis. *tutupmuka*

Dia ada dalam hari hari yang aku lalui. Ketawanya aku. Sedihnya aku. Menangisnya aku. Dia seperti satu AWAN yang selalu ada untuk menahan teriknya matahari daripada terus menembak ke tubuh aku. Aku punya suatu rasa kesenangan bilamana dia ada di sekeliling. Menjadi peneman. Kadang, perangai dia umpama bidadari sorga. Menjadi penyelamat aku yang hampir terjatuh.

"Kawan, bilamana kau rasa kau sudah kehabisan udara, dia menyediakan kau tabung oksigen agar kau tidak tercungap menahan rasa terbangnya nyawa."

Jika tadi aku katakan kadangkala dia umpama bidadari sorga, itu benar. Tapi, dia juga bisa menjadi yang bertentangan dengan bidadari sorga. Jika teman teman biasa gelarkan aku sebagai si puaka, dia pula puaka versi ber-vagina. She's have three different 
personality :
1 : A 'boy' - If u did'nt know 'him' well.
2 : A sweet, nice, innocent girl.
3 : Super duper annoying girl, troller, troller, troller, etc.





Dia wanita yang bisa membuat seorang pria tertunduk menjelmakan suatu rasa yang biasa menjadi luar biasa. Dia wanita yang bisa membuat pangerannya melemparkan ego untuk memenangi dia.
Dia wanita yang bisa membuat seorang lelaki rasa janggal dan berperangai seperti kucing (baca : manja) bila bersamanya.
Dia mampu jika dia mahu. Tapi dia menjaga rasa yang dia punya untuk si pemakai kacamata-nya sahaja.


Dia, manis. Manis. Manis. Manis.
Dia, umpama nikotin. Sudah di rasa, mahu mahu mahu dan mahu. Boleh untuk berhenti. Tetapi sukar.


Eh wanita, aku tidak punya rasa cinta terhadap kau, tapi yang pastinya rasa sayang itu ada.
Eh wanita, aku tidak punya rasa benci terhadap kau, tapi yang pastinya rasa annoying itu ada.
Eh wanita, aku tidak punya rasa kau satu kelengkapan, tapi yang pastinya aku memerlukan kau.

Wahai wanita, aku ada menyediakan kispen untuk kau. Sebab, kadang aku rasa seperti mahu membunuh kau, tapi tidak sanggup kau hilang dalam realitinya yang aku ada. Tapi, ini hanya intronya sahaja. Belum punya kelapangan untuk menyiapkan neraka dunia yang aku cipta untuk kau, wanita.



*****

 "Hai Danish sayang, kau nak jadi jantan sangat kan? Ada bebird ke nak jadi jantan nie? See, aku bawakkan kau bebird comel gubahan aku sendiri. Teruja?" Suara dengan lenggok psikopat aku jelmakan untuk menghiruk pikukkan sunyi pondok pelepas keinginan diri kedua yang aku punya.


"Babi! Setan mana rasuk kau nie ha?! Lepaskan aku lah gila!" Danish meronta ronta mahu melepaskan diri daripada ikatan di kerusi kayu berkaki tiga di bawah pancaran cahaya lampu tungsten yang sepertinya sudah hilang kuasa. Malap. Hanya samar wajah bersulamkan bayang bayang syaitan yang jelas. Tertari dengan wajah ngeri.

"Babi? Kau suka babi ya? Nanti aku ubahkan sikit hidung yang kau punya itu ya?" ketawa kecil aku memainkan peranan utama sambil tangan kiri memegang katana yang membiaskan cahaya lampu tungsten ke wajah manakala jari telunjuk kanan menongkat hidung menunjukkan imejan haiwan kegelian warga warga Islamik. Geli, tapi kata kata sering terselit BABI. Sempat hati aku memerli masyarakat Melayu tipikal.

*sebulan sebelumnya*

"Apa kelebihan awak jika berbicara mengenai perempuan?" tanya wanita separa gempal berhijab kemas tapi beperwatakan seperti lelaki. Bebola mata aku fokuskan ke sudut atas sebelah kiri dada bersaiz 34B. -DANISH- Ah pesen muka berkerak tapi nama nak bajet minah saleh nie yang aku menyampah! Perasaan jengkel dan perasaan jijik aku berkata seiring seperti perbualan cliche dalam drama drama Melayu urbanisasi.

"Saya bisa berbicara mengenai dunia percintaan sama ada percintaan normal, lesbian ataupun bisexual puan." jawab aku dengan yakin sambil menunjukkan wajah 30% yakin, 45% bongkak dan 25% macho.

"Cuba kau kupaskan secara ringkas mengenai dunia 1001 perempuan ini, beri aku dengar agar aku yakin untuk berikan kau jawatan ini." Wanita yang gayanya punya pangkat lebih tinggi berbanding Danish bersuara sinis. Ismey namanya.

"Wanita merupakan homosapiens bervagina yang unik dan kadangkala menjengkelkan. Melalui kejengkelan yang mereka punya itu akan menyebabkan jantina berlawanan tertarik kepadanya. Wanita juga dalam lembut tersimpan keras dan kejamnya." Sekali lagi, wajah 30% yakin, 45% bongkak dan 25% macho aku terpancar selepas aku meletakkan noktah pada huraian ringkas aku.

Bersambung....
______________________________________________

Wanita, apa yang aku harapkan, sifat kau masih sama seperti ini walau beberapa tahun kehadapan.
Wanita, aku tahu wajah kau bila tua beribu jaluran kedut akan bermaharajalela, tapi imejan kau ketika muda ini akan kemas tersimpan dalam memori yang aku punya.
Wanita, tidak kiralah kau menjadi isteri siapa atau menjadi madu siapa, aku harap kau tak lupa aku puaka yang kau sayang juga.
Wanita, jika kau pergi dahulu sebelum aku, jangan risau. Akan aku katakan kepada siapa sahaja tentang kau bahawa, "arwah dahulu baik orangnya."

20111210

Asfa, dengar, baca, hayati.

Assalamualaikum Asfa.

Asfa masih ingat dengan diri ini? Qayyum. Ya, Qayyum tempat Asfa bermanja mesra, menyulam cinta, gembira bersama, ketawa hilang kalut jiwa, berjanji setia selagi Qayyum memerlukan. Asfa ingat? Kenal lagi diri ini? 

Asfa, kalau Asfa dengar, lihat, atau baca coretan ini, Asfa perlu percaya, yakin, dan hayati bahawa coretan ini ikhlas daripada jiwa luka Qayyum. Dahulunya, pertama kalinya melihat wajah Asfa, Qayyum yakin dan percaya kepada diri bahawa Asfa tercipta untuk Qayyum. Bodohkan Qayyum untuk menyatakan apa itu takdir apa itu jodoh melalui pandangan mata dan juga rasa hati tanpa berfikir berulang kali bahawa yang Maha Pencipta telah tuliskan mengenai itu semua sekian lamanya.

Asfa, tempoh tempoh perkenalan kita di sulami dengan pelbagai rasa. Qayyum rasa di jaga. Qayyum rasa setiap apa yang Qayyum lakukan, pasti ada yang akan memberikan maklum balas. Samaada baik ataupun tidak. Positif atau negatif. Hitam atau putih. Dunia Qayyum hanya ada keluarga, sahabat, dan Asfa selepas mereka. Ya, Asfa Qayyum letakkan di belakang sahabat sahabat Qayyum. Asfa menjadi antara elemen terpenting di dalam hidup Qayyum.

Asfa, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun percaya atau tidak sudah lebih dua tahun kita saling berkawan. Berkongsi gembira, sedih, segala apa rasa celaka. Indah bukan? Nikmatnya rasa cinta yang Allah cipta. Asfa rasa itu semua? Qayyum rasa. Rasa sangat. Dan Asfa tahu, bila Qayyum coretkan tinta ini, imejan imejan itu menderu deru menerjah tubir minda Qayyum. Ya. Qayyum sedang tersenyum. Manis itu memori, pahit itu realiti bukan?

Asfa, dahulunya Qayyum seorang yang ceria. Ceria untuk Asfa, ceria untuk teman teman. Tapi kini, Qayyum sendiri tercari cari makna ceria itu apa. Qayyum lupa cara bagaimana untuk hasilkan reaksi reaksi ceria seperti dahulunya. Yang ada dan menjadi santapan Qayyum di pagi hari di hadapan cermin hanya satu - Wajah kehilangan jiwa.

Asfa, dahulu Qayyum pernah tuliskan nama Asfa di pasir pantai. Sekejap sahaja bertahan. Lenyap di pukul ombak. Qayyum cuba lawan kuasa alam. Qayyum tuliskan kembali. A-S-F-A. Di kedudukan yang agak tinggi sedikit berbanding yang pertama. Ombak datang. Nah di pukul lagi. Tapi nama Asfa tidak hilang semuanya, hanya sedikit yang lenyap. Qayyum lukiskan kembali di pasir yang lebih tinggi. Qayyum tunggu. Seminit, hingga satu jam. Nama Asfa kekal tidak terusik. Qayyum senyum sendiri. Gembira rasa. Qayyum menang! Qayyum pulang. Esoknya kembali Qayyum ketempat nama Asfa Qayyum lukiskan, nama Asfa sudah tidak ada. Qayyum lupa satu perkara, jika ombak tidak mampu mencapai pantai yang tinggi, masih ada hujan yang mampu menumpahkan rasa ke tempat yang rata. Dan banyak juga kebarangkalian lain. Qayyum juga lupa hidup di dunia harus bersedia menghadapi kebarangkalian. Qayyum lupa. Dan mungkin kerana Qayyum lupa itu juga, telah membuat Asfa seperti Qayyum yang punya. Bodohkan Qayyum.



Asfa,
Maaf ganggu, hadir, singgah, lukiskan imejan, binakan arca, suarakan puisi, dendangkan lagu, rentakkan tari, hadirkan melodi, cambahkan rasa, simpulkan janji, terbitkan memori, selakkan rasa yang lama tidak kembali, munculkan segala rasa pedih sedih mendung hitam kelam dalam diri.

20111122

Sarcasm






Hai you alls. Saya ada masuk GATSBY Like My Look Contest. Sebab tu saya add you alls. Bukan sebab nak kenal kenal or haramjadahwhatsoever. Just nak bantuan you alls je. After you alls dah like, haruslah i delete you alls daripada friend list i. Nak kata i pergunakan you alls pun boleh. hikhik. Tugas you alls senang je. You alls pergi dekat link yang ada tu, and you alls klik kat situ. You alls cari gambar i macam yang kat atas nie then you alls tolong like ye? After you alls dah like, you alls share dekat wall Facebook you alls and semua friends yang you alls ada. Kira buat macam mesej berantai la. So nanti i boleh menang. I tak mampu nak balas jasa you alls sebab tolong like. Makanya, i cuma doa Allah yang balas kebaikan you alls. hikhik.




----------------------------------------------------------------------------------------------







Jawapan daripada insan mulia yang di suruh like. FAKYEWWWW!

20111120

Gerimis

5:14 Pagi


Ruang gelap itu sunyi.
Terasa sempit walau luas.
Badan mengerekot.
Mata di katup.
Sejuk.
Sepi.

Music Player menyanyi sendu.
Mendendangkan irama.
Gemersiknya alunan.
Lagu sedih tentang cinta.
Kisah cinta pembunuh jiwa.
Halus.
Sayup.

Mata terbuka.
Luas tapi buntang.
Seperti tiada jiwa yang bermaharajalela.
Kosong.
Cuba di cari.
Gagal lagi.

Terdengar gerimis.
Gerimis di pagi hari.
Sayu.
Sayu.
Sayu.

Dan dia.
Dia layu.
Layu seorang perindu.

20111114

Kawan Menurut Perspektif Aku


Kawan, bilamana kau bersedih, dia bukan setakat menghulur bahu untuk kau bersandar, malah segala apa yang dia ada, akan disediakan untuk kau.

Kawan, bilamana kau gembira, dia akan turut tertawa bersama, bahagia melihat kau ceria. 

Kawan, bilamana kau terduduk, dia merendahkan dirinya agar setara dengan apa yang kau rasa.

Kawan, bilamana kau rasa kau sudah kehabisan udara, dia menyediakan kau tabung oksigen agar kau tidak tercungap menahan rasa terbangnya nyawa.

Kawan, bilamana kau tersilap percaturan, dia akan sedia menemani untuk tunjukkan kebenaran.

Kawan, bilamana kau buta, dia akan meminjamkan mata untuk kau melihat wanrnanya dunia.


Aku ada kawan seperti ini. Kawan yang benar benar kawan ini. Kawan yang aku anggap keluarga ini. Di dunia realiti sekalipun di alam maya ini. Aku lebih rela hidup dengan seratus kawan kawan seperti ini berbanding hidup dengan beribu ribu kawan yang hanya sekadar "kita kan kawan.".

Situasi "kita kan kawan." mudah untuk kau lihat dan detect. Contoh mudahnya di akaun facebook kau. Katakanlah kau punya seribu atau dua ribu friends. Tapi berapa ramai yang kau betul betul kenal dan dalam beribu itu berapa ramai yang betul betul kenal kau? Aku berani kata sekadar 10% or 12% je yang kau benar benar kenal. Pada aku itu satu situasi yang buat aku rasa jengkel. Bukan jengkel sebab kau punya friends yang ramai. Surely not. Tapi jengkel yang aku maksudkan sebab aku sendiri rasa serabut dengan News Feed facebook aku sendiri. Aku hanya punya ratus ratus kenalan di situ. Dan i admit it tak sampai 10% pun yang aku betul betul kenal dan berinteraksi dengan aku kat situ. Dan ya, ada juga yang aku langsung tak kenal.

Dan di sebabkan keserabutan yang aku taknak rasa itu, ada yang aku tak approve sampai sekarang. Bukan aku nak bajet ke apebendejadaharam, tapi aku rasa situ tempat untuk kawan kawan aku. Ya. Kawan yang benar benar kawan aku.

Kawan yang menjadi harta aku. Dan aku mahu menjadi harta juga kepada mereka mereka.

Buat kawan kawan yang sebenarnya kawan, nah dada aku beri buat yang rasa sunyi. Jangan di lihat luarannya, tapi tenunglah dalamannya. kehkehkeh.

p/s : Kadang bermula daripada kawan kawan yang macam ini juga buat kau jatuh cinta.

20111113

Sulamkan Angan . . . .


Bermula dari satu cebisan hampa,
Aku binakan angan angan.
Angan angan yang menjadi kanabis acap kali aku mahu menutup mata.

Dari setiap cebis itu aku cantumkan.
Yang pecah aku gamkan.
Yang putus aku cuba sambungkan.
Aku kumpul semua cebisan hingga menjadi suatu yang bisa aku senyumkan.
Suatu angan angan.

Aku punya angan angan.
Angan angan ingin menggapai awan.
Angan angan mahu bintang menjadi peneman.
Angan angan memanggil bulan menerangkan sambil memberikan suasana nyaman.

Aku punya angan angan.
Angan angan yang bisa buat aku dalam lamunan.

Kau tahu daripada angan angan terbitnya harapan?
Kau tahu daripada angan angan munculnya rasa ingin mendapatkan?

Melalui angan angan, aku kumpul sisa kudrat aku punya.
Aku cuba jelmakan angan angan yang aku ada menjadi nyata.

Aku kuat di dalam menyulam angan angan dan bayangan di setiap malam yang aku punya.
Malam yang aku masih di pinjamkan nyawa.


Angan angan yang aku punya.


p/s : Angan angan yang sering buat aku gembira.

20111103

Kau Tidak Bersendiri

Kau pernah berkata begini?
Pernah? Nahh!!
Kau sungguh tuli. Why?
U ask me why?
Sebab kau buta.
Buta mata atau buta hati?
Dua dua barangkali.
What? Mulut aku puaka?
Kau tahu bersifat puaka itu akan menampakkan kejujuran diri?


Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak membalas pesanan ringkas yang di beri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak menjawab panggilan yang bertubi tubi.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak meluangkan barang seminit dua untuk bertanya keadaan diri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak memberi sebarang reaksi bila kau berkata kau sakit gigi.

Kawan, sahabat, friend, teman. Kau tidak sunyi. Tidak. Langsung tidak.
Cuba kau buka mata. Keluar daripada hitamnya jiwa. Kau lihat sekeliling. Masih ada hidupan bernyawa?
Daripada situ kau sudah dapat satu jawapan bahawa kau tidak sunyi. Masih ada yang menemani.

Aku tahu. Keluarga, sahabat apalagi musuh tidak sama penangannya berbanding kekasih. Malah ada yang bodoh tuli bebal babi buang teman buang keluarga demi kekasih. Itu keji. Kekasih kau boleh cari. Siap boleh tuding  dengan jari kekasih yang bagaimana yang kau mahu cari. Tapi kau boleh cari keluarga cari teman dengan cara bagaimana kau mahu cari kekasih tadi? Aku tahu. Aku tahu. Memang kedengaran cliche. Tapi itu yang kau kena tanam dalam benak fikiran kau yang dah sebati dengan diri kekasih yang buat kau di gantung tidak bertali. Kalau kau kata kau boleh dapat teman dapat keluarga dengan cara kau dapatkan kekasih. Satu saja jawapan yang akan aku beri. FAKYEWWWW!

Ok. Point aku sebenar just nak kata kau masih ada teman masih ada keluarga untuk hilangkan sunyi yang kau rasa. Itu saja. Get it? Bagus. Btw, aku sayang kau tahu.













 Nah! Rawat dia yang buat kau rasa sunyi bagai nak gila.

p/s : Mohon 'kau' curi mimpi aku lagi agar aku ada inspirasi untuk jalankan apa yang perlu aku selesaikan.

20111028

Surat Kepada Ex(s)

Bismillahhirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.
Hai sayang. Hai baby.
What? Tak boleh panggil macam tu lagi dah? Kedekutnya. Nasib baik i tak jadi bf u olls lagi. Beruntungnya i. hikhik.
First off all, i nak tanya mengenai perkembangan hidup u olls. Eh eh eh. Ini bukan bermakna i ambil berat pasal u olls tahu. Pehlissss. I just saja ikut adat. Baru nampak sopan plus baik. Puaka puaka i pun masih ada adab tahu. Apa yang i harap harap u olls bahagia lah dengan lelaki lelaki yang lebih puaka sifatnya daripada i. kehkehkeh.

I rugi sebab hilang u olls? Wait. Mohon i luah tiga patah. Kah Kah Kah.
Luculah u olls nie. I tak rugi pun tahu. U olls nie tak ambil perkembangan betei kan? Nampak benor d*n*u. Hikhik. I sensor perkataan tu sebab i baik. U olls yang rugi sebenarnya sebab let go i. Meh i senaraikan sebab apa u olls rugi lepaskan i.

Sejak dua menjak populariti i mencanak naik tahu. Kalah populariti Miera Liyana masa pakai baju seksi. Populariti cik JejariDebab pun i dah potong tahu masa dia putus tunang dengan Apex. Eh u olls cakap i perasan? Jeles letteuwww. U olls tahu, siap ada lagi fans i yang nak buatkan fan-page untuk i. See betapa ruginya u olls. Kalau tak, boleh selitkan nama u olls sekali dalam fan-page tu. What? Menyesal sudah? Mohon i luah tiga patah lagi boleh? Kah Kah Kah.

Nak tahu lagi tahap kerugian yang u olls terima sebab tinggalkan i? I ini pembawa baka berkualiti tahu. Apa jelir jelir lidah? Jeles? I ketawa sambil tutup mulut jela bila u olls jeles. hikhik. I ada bukti tahu bahawa i pembawa baka berkualiti. U olls know what, mana nak cari lelaki Jawa + Kampar = Pan-Asian. Tak faham? Noob betei kan u olls nie? Patutlah jadi ex(s). kehkehkeh. Mak i keturunan Kampar. Ayah i keturunan Jawa. But i jadi Pan-Asian. See, betawa ruginya u olls sebab lepaskan i. Betapa rare-nya i ini. Dapat u olls bayangkan tak if kita masih bersama, kulit u olls yang kelam kelam malam tu combine dengan kulit i yang putih mulus. How sweet anak kita kan? Kenal Joo Ji Hoon? Macam tu lah nanti wajah baby kita if u olls kahwin dengan i. Dah tak payah hantuk kepala dekat dinding tu. kehkehkeh.

U olls memang rugi. Kalah kerugian yang Mamat Sepah dapat sebab putus cinta dengan Fida. U olls tahu tak i punya stamina yang tinggi. As a guy, stamina sangat penting tahu. Mana stamina untuk cari nafkah, mana stamina untuk layan member, mana stamina untuk ajar anak kayuh basikal tanpa roda tambahan, mana stamina nak layan wife(s) lagi. See, it's all about stamina. If i tiada stamina, macam mana keluarga nak bahagia. Balik kerja tidur. Bangun mandi makan. Then tidur lagi. On tv baring tidur lagi. Surely u olls tersiksa kan? hikhik. But i ada stamina yang tinggi tahu. I sanggup tak tidur beberapa hari untuk lihat isteri isteri i bahagia. Ruginya u olls lepaskan i.

Di dalam Surat Kepada Bakal Wife(s) surely u olls dah baca mengenai ahli keluarga i yang super ramai kan? Di situ u olls dah rugi. U know what, tergolong di dalam keluarga yang ramai, adalah satu perasaan yang sangat ohsem! Bila pakat cuti umum ramai ramai balik kumpul makan sama sama. Ah it's damn sweet. Setahu i, u olls bukan tergolong di dalam keluarga yang besar. See, dah rasa meluapkan tahap kerugian tu? kehkehkeh.

Lastly, i nak kata yang u olls memang rugi tinggalkan i sebab i sudah ada ciri ciri bapa mithali tahu. Ketawa kan i? I join la sepatah dua. ha ha. U olls tahu tak i dah superb bab bab jaga baby. Setakat dukung, mandikan, cibukkan bila baby yakyik, diamkan bila menangis, tidurkan dalam pelukan. Ah i boleh buat itu semua sambil siapkan entri ini tahu. Kalau serah kat u olls baby tu silap silap seluar entah pakai kat mana, lampin pakai kat mana, baju entah kat mana. pffttt. Btw, i pun pandai masak tahu. Nak harapkan u olls, makan hati jela yang i dapat. kehkehkeh.

I rasa cukuplah kot untuk nyatakan kerugiaan yang u tanggung sebab tinggalkan i. I know it's not about kerugian wang ringgit. Tapi wang ringgit tak dapat membeli kebahagiaan tahu. U olls sakit hati ke? hikhik. Kesian. Sedih!

I nak layan dinda(s) i dulu lah ye. Dah penuh notification facebook i tu. Jeles? Kah Kah Kah.



Yang Ikhlas Menyakitkan Hati Mu.
Masih-Kanda-Pan-Asian-Negeri-Selatan.

20110916

#Gedik

                                    [ My Lisa and the ugly Betty ]



Hai cantik! Itu kebaya atau sarung nangka?
Hai cantik! Itu ekor kudakah yang terjulur di hujung selendang?
Hai cantik! Matanya galak suka melirik.
Hai cantik! Bila berjalan badannya lentik.

Molek. Cara berkata terkekek kekek.
Molek. Bila berbicara tercuit cuit.
Molek. Melihat jantan terkenyit kenyit.



Wahai wanita wanita di luar sana yang asalnya ayu dan pemalu.
Jangan kau rasa kau cantik tahap dewi bila kau menggedik.
Jangan ingat kau menarik bila kau kononnya manja terjerit jerit.

Kau bukan ratu.
Kau bukan puteri.
Kau bukan dewi.
Kau sekadar boneka mainan jantan bermata raksasa bila kau menggedik sana sini.
Jagalah diri.
Peluk eratlah maruah.
Jangan kau di anggap murah.
Nilainya rendah.
Sekadar untuk pembasah lidah.
Bila tawar tiada rasa kau akan di ludah.
Pekat!
Jatuh ke tanah.

Jagalah selagi kau boleh jaga.
Peliharalah apa yang kau perlu jaga.
Jangan biar di noda.
Biar ia terpelihara.
Seperti cantiknya buah yang di jaga daripada serangga.


p/s : Wanita itu sifatnya manis lagi molek. Jangan biar ia tercemarkan dengan perkara yang sia sia.