20110816

Biarlah Dia Berlari



Aku melihat pepohon kekiri kekanan pabila di tiup bayu kencang.
Awan gemala gelap berarak laju.
Tidak seperti kebiasaan awan sebagai lambang ketenangan.
Pancaran kilat sekali sekala menunjukkan wajah gundah.
Dentuman guruh menghilangkan senyuman dari wajah manis itu.
Gelap. Samar.
Suasana itu berterusan di sulami rintik limpahan rahmat.
Semakin lama semakin deras butiran kecil menghempas bumi.
Kesunyian terasa.
Jangkauan pandangan terbatas hanya samar samar susuk tubuh kelihatan.

Semakin jauh semakin hilang di telan kelebatan hujan.
Aku tidak mengejar kerana aku tahu dia akan pulang.
Dia akan pulang pabila sinar matahari menari riang.
Itu masa untuk dia bersendirian.
Dan dia akan pulang.
Pulang ke pangkuan.

Biarlah.
Biarlah dia berlari semahunya dia.
Dia akan pulang.

20110811

Tinta Si Pacal Hina

.



Merdekanya kita.
Bebas dari rasa di kepung.
Aman dari bunyian letupan bom.
Dan tiada lagi perintah berkurung.

Merdekanya kita.
Bebas sebebas bebasnya kata yang duduk di atas.
Kemajuan negara menjadi agenda untuk rakyat sejahtera.
Suapan demi suapan akan di bendung agar telus.

Merdekanya kita.
Merdeka hanya pada kata kata dan laungan keramat oleh Pak Menteri dan rakyat jelata.
Ironinya pemikiran terperangkap di dalam naungan Barat.
Ekonomi dan kehidupan kita siapa yang kawal wahai sahabat.

Merdekanya kita.
Hanya megah pada sambutan mega.
Bunga api sana sini.
Konsert berjam jam tanpa henti.
Maksiat menjadi penyeri. Ah sudah!

Merdekanya kita.
Rakyat bersatu padu tanpa rasa dengki acapkali di dengari.
Sedangkan Melayu sama Melayu rasa iri hati bila berdiri sama tinggi.
Selain Melayu buat apa?
Duduk kedai kopi makan kuaci ketawa geli hati tengok badut bergaduh sesama sendiri.

Merdekanya kita.
Perlu di cari cara untuk menyatukan bangsa.
Bukan sentiasa mereka reka cerita menyatakan siapa yang salah.
Yang di atas perlu turun ke bawah.
Bukan hanya menghantar utusan sahaja.

Aku remaja kebanyakan hanya mempunyai tinta untuk melontarkan apa yang aku rasa.
Dari minda yang belum teruji tahapnya.

Aku sebagai si pacal hina tidak pernah terlepas menyambut merdeka.
Merdeka yang hanya pada nama.

20110808

Cinta Khalis Terhadap Sufi Safaraz

Khalis berjalan semakin perlahan.
Selangkah demi selangkah dia cuba gagahkan. Langkah yang longlai tidak menggambarkan tubuh tegap bekas jaguh ragbi antara Pra-Universiti itu.
Khalis berteleku menghadap laut. Dunhill yang sedari tadi terselit di celah jari jemari di hidupkan.
Asap rokok di hembus seiring dengan keluhan berat.
Khalis bermonolog dalaman.
"Kenapa cepat kau pergi Sufi?!"
"Kenapa?!"

Nama Sufi Safaraz cuba di tulis berulang kali di pasir pantai.
Setiap kali itu juga Khalis akan terhenti di huruf "U".
Khalis tidak mampu. Ego diri cuba menjadi empangan. Menahan air dari mengalir dari tubir mata.
Namun Khalis menjadi lemah. Khalis cuba mendongak ke langit. Membiar air hanya bertakung di kolam mata.
Tapi bila dia terlihat kerdipan bintang bintang, sekali lagi dia terkalahkan.
Bintang yang sama dia lihat bersama Sufi Safaraz di pantai itu.
Dua bulan yang lalu.

Hembusan angin yang kuat tidak mampu menyejukkan hati Khalis yang di hurung kesedihan lantaran kekasih hati pergi menghadap Tuhan.

Khalis masih mampu ingat dengan jelas saat pertemuan dia dengan Sufi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

21-05-2008

Khalis antara pelajar nakal di kelas PraU Tulip. Namun pada hari itu Khalis menjadi dungu.
Diam tanpa sebarang kata. Hanya ekor mata yang melingas memandang sebentuk wajah.

Sufi Safaraz.
Wajahnya tenang. Seperti tasik. Tiada ombak.
Matanya redup. Seperti sinar petang. Tidak ternampak bayang bayang.
Hidungnya mancung. Seperti anak kacukan. Sempurna.

Persahabatan yang terbina hanya melalui cebisan kertas biodata dua marga, lama kelamaan menjadi buku pengerat hubungan Khalis dan Sufi Safaraz. 
Hari yang Khalis dan Sufi Safaraz lalui penuh dengan senyum manja gelak tawa yang indah. Sepertinya panas terik tidak mematikan langkah. Hujan rintik hanyalah titisan rahmat yang mengiringi perjalanan dua jiwa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ Comek memandang jauh demi mencari idea untuk menyiapkan cerpen cinta ini. Okbai! ]

20110803

Contest Aku Berpuisi-Anak Itu.






Contest by mohamadazhan .





Syarat-syarat penyertaan
1. Tema Puisi adalah bebas, bergantung kepada kreativiti anda. Yang paling penting puisi  bermesej dan asli. (Cadangan tema: Kemanusiaan, Palestin, Agama, Nasihat, Politik)

2. Wujudkan satu entri puisi di blog anda disertakan dengan Banner Contest Aku Berpuisi & Tajuk entri"Contest Aku Berpuisi-Tajuk Puisi Anda". (Contoh tajuk: Contest Aku Berpuisi-Jasa Guru)

3. Tinggalkan link pada ruangan komen entri Contest Aku Berpuisi.

4. Tag 3 orang kenalan blog 

5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011

                                                             

Tema Puisi : Anak Buangan

Tajuk Puisi : Anak Itu

Anak Itu

Anak itu tidak berdaya.
Seperti bangkai tiada nyawa.
Terbaring di jalanan.
Terduduk di longkang syaitan.
Di gongong binatang haram.
Hilang kaki hilang tangan.

Anak itu tidak berdaya.
Tidak menegah tidak mengiya.
Si tuli yang belum mempunyai akal untuk berkata.
"Hei bodoh kenapa kau buang aku!"
"Hei bangang ini aku! Ini aku!"

Anak itu tidak berdaya.
Namun dia bakal peguambela.
Dia bakal pemimpin negara.
Dia bakal guru wibawa.
Dia bakal segala gala.

Ayah. Ibu.
Kenapa kau buang aku?
Kenapa kau tidak mahukan aku?
Aku tidak secantik anak anak lain itu?
Kau malu ada anak seperti aku?

Aku mahu rasa punya ayah punya ibu.
Aku mahu rasa kau peluk aku kucup aku.
Bukannya semut yang menyibukkan aku.
Bukannya nyamuk yang mengucup manja aku.

Ayah. Ibu.
Aku tidak punya dosa.
Kenapa aku di layan sebegini rupa?
Kenapa kau merembeskan segala kalau kau tidak mahu aku di dunia?
Kenapa mesti kau buang aku?

Tukang sapu itu mahukan aku.
Datin itu mahukan aku.
Pencacai najis itu mahukan aku.
Bekas banduan itu mahukan aku.

Tapi kenapa kau buang aku?
Aku sunyi aku sepi.
Aku menangis tiada siapa mengerti.
Aku benci! Aku benci!
Nafas aku sampai sini.
 
 
Blogger yang di tag :

TQ Pot sebab tag insan picisan ini. :)

20110722

Surat Kepada Bakal Wife(s)

Kehadapan bakal bakal wife(s) yang kanda kasihi. Pertamanya sekali ingin kanda nyatakan bahawa kanda hanya insan biasa yang banyak terdapat di desa desa seluruh Selatan Malaysia. Berkulit sedikit putih ala ala Pan-Asian yang menjadi punca kejelesan mamat mamat kampung sebelah menyebelah dan tak kurang juga menyebabkan ramai cik cik awek yang nak dok mengusha. Tapi ini bukan tandanya kanda sorang player mahupun pusher sekalipun boyer (baca : buaya). Kanda seorang yang setia hendaknya jika jodoh kita panjang. Tapi kalau dah takdir jodoh kita tak berapa nak panjang, hanya redha yang kanda boleh khabarkan kepada dinda. See, awal awal lagi dah nampak kebaikan kanda kan?

Perenggan di atas dah cukup rasanya untuk kanda memperkenalkan diri kanda secara fizikalnya kepada bakal bakal wife(s) kanda. Tak perlu rasanya kanda kenalkan banyak banyak di sini. Kita akan punya a very long first night moment untuk kita saling mengenali. Kan lebih sweet gitu ye dak?
Kanda tidak menetapkan sebarang kriteria luaran kepada bakal bakal wife(s) kanda. Cukuplah punya wajah seperti Lisa Surihani ataupun Hana Takasima Hana Tajima. Cukuplah. Kanda dah bersyukur sangat sangat.
Kanda tak demand ok dalam memilih bakal wife(s). Kanda juga harap bakal bakal wife(s) kanda bertudung. Kan lebih comel plus super duper sweet bila dinda bertudung. Mak abah kanda pun surely akan sayang betei dengan dinda. Kat situ dinda dah dapat bonus benefit tau. Kalau yang tak bertudung tu boleh juga. Nanti kanda akan didik perlahan lahan. Kanda tak gunakan kekerasan. Cukuplah kanda gunakan ayat ayat sarkastik yang membuat bakal bakal wife(s) kanda nanti tersipu sipu malu.

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat cantik-ayu-jelita, kanda tergolong dalam keluarga yang besar. Adik beradik mak ramai. Sama juga dengan adik beradik abah. Kanda juga punya sembilan adik beradik. So kepada bakal bakal wife(s) kanda, jangan terkejut atau mengherdik kanda jika kita punya anak yang ramai juga. Bukan niat kanda mahu jadikan dinda seperti kilang industri. Sungguh bukan. Kanda kan baik, jangan lupa. Kalau dah Allah beri kita rezeki anak yang ramai, redha je dinda. Kanda tahu sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati. Kanda tahu. Lagipun syahid dinda kalau dah di takdirkan meninggal dunia ketika melahirkan. Jangan ingat kanda buta agama ya dinda. Kanda tahu itu semua. Lagipun dinda, semasa tempoh berpantang, bakal bakal wife(s) kanda yang lain akan jaga dinda baik baik. Jangan takut. Diorang sayang dinda macam kanda sayang dinda juga. See bertuahkan mendapat suami seperti kanda?

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat kanda kasihi. Di sini ingin kanda nyatakan juga bahawa kanda sangat sangat sayangkan Futsal kanda. Jika dinda dinda sudah memenuhi kuota, ingin kanda masukkan Futsal di tempat kelima sebagai reserve. Dinda, percayalah kanda berFutsal bukan sekadar bersuka ria. Kanda hanya ingin menyihatkan badan dan lari seketika dari mendengar bebelan dinda. Dan kanda berjanji bukan setiap hari kanda berFutsal. Cukuplah seminggu sekali. Dan dan juga kanda tidak akan berFutsal pada malam kegemaran dinda. Jangan risau. Kanda sangat memahami orangnya. Jangan kata kanda bangang kerana tergolong dalam sepuluh manusia yang berebutkan bola yang tiada perasaan dan tiada rupa cantik menawan. Kanda tahu dinda ada niat untuk berkata demikian. Hanya hantu hantu Futsal yang mengerti nikmatnya. Sama je macam kegilaan shopping dinda tu. Even kanda tak pernah faham, tapi kanda sanggup laburkan duit untuk minat dinda tu. See kanda sangat sangat pemurah orangnya. Lagipun daripada kanda habiskan masa dengan mencari pucuk pucuk muda sebagai ulam makan malam lebih baik kanda berFutsal ye dak? keh keh keh.


Hanya satu warning yang ingin kanda beri kepada bakal bakal wife(s) kanda. Kanda tak kisah jika dinda sokong team bola yang berlainan daripada kanda. Sungguh kanda tak kisah. Tapi jangan sesekali mengeji, memaki, mengutuk Manchester United kesayangan kanda. Sungguh boleh menimbulkan pergaduhan. Bola merapatkan cinta. Tapi jika dinda memasukkan unsur yang boleh mengurangkan tahap kesabaran kanda, alamatnya dinda akan tidur di sofa sedangkan kanda tidur di atas tilam Vono King Size kita. Jangan nak keluarkan kata tipikal "Dinda tak kisah. Kanda tu yang padan muka tidur sorang sorang!" Wait. Wait. Dinda kena berfikir dulu sebelum bersuara. Dinda kena ingat masih ada wife(s) kanda yang menunggu setiap masa. Jangan nanti dinda pulak yang menangis berlagu Gerimis Mengundang pulak kang. keh keh keh.

Kanda rasa cukuplah kiranya kanda tamatkan di sini sahaja. Jika ada kekurangan kanda akan utus kan di lain hari. Kepada bakal bakal wife(s) kanda, utusan doa akan kanda kirimkan bila kanda sudah mengetahui nama nama dinda. 

Yang Ikhlas Mendua Tiga Empatkan Mu.
-Kanda Pan-Asian Negeri Selatan-