20110625

Tips Cinta #1.

Assalamualaikum.
Hello boys and super duper sweet cute humble girls.

Tengok tajuk penulisan kali ini dah macam apa dah.
Takda nya tips bagai wei.
Ini perkongsian je. keh keh keh.

Mencari cinta itu mudah.
Sangat mudah.
Yang sukar adalah untuk mengekal kan rasa itu agar kau sentiasa mencintai dia.
Lebih perit jika cinta yang kau rasa tidak mendapat sambutan.
Terlompat lompat kegembiraan keseorangan.
Menari Tango dengan bayang kesamaran.

Kadang kala rasa sayang sebagai kawan boleh bertukar sebagai cinta.
Orang sekeliling akan ada yang kata kita gila.
Tapi itu kita punya jiwa.
Kita bebas untuk suka dan untuk mencinta.
Tapi biasanya rasa cinta itu akan kita pendam.
Kita simpan kerana risau tidak mendapat balasan.

Ramai yang takut untuk mengaku yang kita cinta sama dia.
Takut di tolak dan di buang terus dari dunia dia.
Risau tidak dapat mendekati lagi si tubuh berbau wangi.
Kata orang, kita akan rindu jika lama tidak terbau insan yang di sayang.

Tapi inilah jiwa bukan?
Kita tidak mempunyai upaya untuk mengawal rasa.
Kadang rasa cinta itu datang dengan tiba tiba.
Dan bahayanya ia juga boleh terbang pergi seperti mana ia tiba.
Hilang tanpa ada lampu kecemasan sebagai amaran.

Ingin aku berikan sedikit pandangan.
Kepada penagih penagih cinta yang sudah berjumpa insan pilihan untuk menyemai rasa.
Lafazkan lah rasa cinta dari dalam jiwa.
Ada banyak cara yang boleh di guna.
Jika cukup kuat untuk menerima kebarangkalian di buang atau di terima, lafazkan secara berdepan adalah medium yang sangat baik.
Jika risau serangan jantung melanda ketika menerima maklum balas, gunakan lah teknologi semasa.
Tahap penerimaan kekecewaan masih boleh di terima oleh jiwa.

Janganlah kau pendam rasa dalam jiwa.
Kerana itu akan menjadi pembunuh rasa.
Janganlah takut untuk di tolak.
Kerana itu pengajaran berguna untuk kau menongkah arus dalam dunia yang serba bahaya.

Adat lah dalam bercinta rasa gembira bagai nak gila.
Menjadi sinonim dalam perkongsian jiwa bila kau kecewa dan derita.

Bila di buang kau bukan looser.
Tapi itu salah satu peluang untuk kau cari yang baru.
Err ok. Lupakan yang itu.

Kepada sang pencinta dan bakal penjaga marga cinta, berani lah meluahkan rasa di jiwa.
Untung sabut timbul.
Untung batu benjol dahi.

20110623

Perempuan Itu.

Entri ini sebenarnya ingin aku post di blog 1001 PEREMPUAN sebagai entri pengenalan oleh penulis *junior* di situ. Namun kerana belum mendapat akses dari boss besar aku post di blog ini dahulu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perempuan itu.
Ciptaan Illahi yang sangat menarik.
Asal ciptaannya menggunakan rusuk kiri seorang lelaki.
Sedangkan asalnya lelaki menggunakan pati tanah.
Perbezaan kejadian menjalinkan ikatan antara keduanya.

Perempuan itu.
Mempunyai tempat yang istimewa di dalam agama kita.
Di dahulukan sebanyak tiga kali sebelum seorang lelaki.
Perlu di hormati.
Perlu di kasihi.
Perlu di lindungi.

Perempuan itu.
Kini lebih kepada di eksploitasi.
Perempuan sendat subjek wajib di pesta permotoran.
Para korporat tersenyum buas ketika melancarkan acara.
Sang buaya lebih terarah kepada peha licin daripada motor kereta.

Perempuan itu.
Perlu di pampang di muka muka majalah.
Katanya itu subjek terindah.
Yang di papar bukan dari aspek muslimah.
Tapi liuk lentok siapa paling megah.

Perempuan itu.
Gambar wajib di dalam kalender kalender tahunan.
Duduk di buai secara mendada.
Baring di pantai buat posisi menggoda.
Katanya biar tahun mendatang lebih menguntungkan.

Perempuan itu.
Katanya perlu menjadi pelacur kepada suami untuk mengecapi keluarga bahagia.
Agenda bangsat!
Kenapa perlu di rendahkan martabat para perempuan Islam ini?
Mereka bidadari bukan pelacur wahai insan berpemikiran dangkal.

Perempuan itu.
Menjadi agen pelaris sesuatu barang.
Kini baja kompos pun gunakan perempuan untuk memancing pelanggan.
Hinggakan kebanyakan kedai kedai tidak mahu mengambil pekerja lelaki takut tidak maju perniagaan.
Cilaka!

Perempuan itu.
Jangan lah di guna gunakan untuk mendapat keuntungan.
Jangan lah di sayang hanya untuk kepuasan.
Jangan lah di bela hanya untuk di peragakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        [ Gambar ini pun boleh bukan untuk kalender tahunan? Menarik juga. ]

20110619

Hero Keluarga Aku

Assalamualaikum.

Hye boys and super duper sweet girl(s).

Kali ini aku ingin bercerita tentang hero keluarga aku.
Dan tak lupa juga ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan pembawa kromosom XY yang bergelar bapa.

                             [ Encik Jamat dengan cinta hati dia. ]

Aku punya seorang hero.
Tapi bukan hero yang selalu di dendangkan.
Aku punya hero yang hanya golongan aku aku mengerti betapa heronya dia.
Hero aku tidak punya nama yang megah seperti karakter hero plastik ciptaan manusia dari negara bermata sepet itu.

Jamat.
Pendek, ringkas dan kedengaran Jawa.
Itulah nama hero aku.
Masa mudanya suka dengan motor bergaya Scrambler.
Itu sudah cukup melambangkan cara dia menunggang motor pada masa kini.

Hero aku bukan garang.
Dia hanya tegas.
Mungkin itu cara pembawakan watak untuk mendidik lapan putera dan seorang puteri ini.
Jika di lihat pada misai melentik, terbayang wajah A.Galak.
Bengis.
Semua anak anak pernah merasa ketegasan dia.
Kira semua anak anak terkalahkan oleh dia.
Namun hanya seorang yang hero aku tidak dapat membantah segala gala.
Anak dia yang nombor lapan.
Ya. Abang di atas aku.
Mak kata penyebab Abah kalah kerana abang yang itu mewarisi perangai Abah.
Mungkin juga.

Aku punya hero yang hebat.
Dahulu kami anak anak Abah membesar di dalam ruang yang boleh di katakan sempit.
Kami tidur berhimpit.
Bila bangun sudah nampak dapur kerana bilik tidur digabungkan dengan dapur.
Bila hujan, kami terkejarkejar untuk menadah air yang menitis melalui zink dan atap yang bocor.
Sehinggakan ada Makcik aku yang mengatakan rumah kami seperti hendak roboh.
Namun Abah dan kami tetap bahagia.
Alhamdulillah Abah tidak mempunyai penyakit.
Sedangkan yang mengata itu sering mengeluh sana sini.
Inilah namanya Rezeki Allah beri.
Kita tidak tahu dalam cara atau bentuk apa yang ingin di sampaikan kepada kita.
Abah memanjakan kami dalam bab makanan.
Abah lebih suka berbelanja untuk makanan dari membelikan kami mainan yang mahal.
Namun kini kami punya rumah yang selesa.
Walau bukan banglo tapi ini semua sudah cukup.
Sudah cukup selesa untuk anak anak yang menginjak dewasa.

Abah punya hati mulia.
Jika berlaku kematian di kampung, boleh di katakan Abah yang keluarga si mati panggil selepas imamimam dan bilalbilal.
Ini kerana Abah penggali kubur.
Dahulu aku punya sifat penakut.
Bila aku mula menginjak remaja, Abah dedah kan aku dengan dunia dia.
Jika keluarga si mati meminta mengebumikan jenazah pada waktu malam, Abah akan menurut.
Dan aku akan mengikuti Abah.
Sekadar menjadi pemerhati.
Sejak itu aku menjadi seorang yang berani.
Sampai bila hendak menjadi penakut sedangkan bila nyawa sudah tiada kita akan bersendirian di dalam tanah.
Aku bangga punya hero seperti Abah.
Dan ada abang aku yang mengikut jejak Abah menjalankan tugas Fardhu Kifayah itu.

Aku punya hero yang hebat.
Bab memasak memang dunia Abah.
Dahulu jika Mak sakit, Abah akan memasak untuk keluarga.
Sekarang tak lagi kerana aku yang kena ambil tugas itu.
Bukan aku mahu bermegah, tapi hasil masakan Abah sering mendapat pujian orang yang merasa.
Malah ada yang menjemput Abah untuk memasak di kampung kampung sebelah hasil penangan air tangan Abah.
Dan mungkin kerana itu anak anak Abah boleh di katakan hampir semuanya punya anugerah itu.

Abah tetap hero aku.
Tahun ini umur Abah 61.
Ya. Sebaya dengan Mak.
Pada umur itu Abah masih kuat.
Wajahnya tidak melambangkan umur.
Masih gagah untuk mencarikan kami makanan yang sedap sedap.
Masih ketawa terbahak bahak jika ada yang membuat lawak.
Ketawa Abah boleh di dengari walau dari jarak jauh.
Ya. Itulah Abah.

Abah sudah punya 11 orang cucu.
Raya nanti insyAllah akan bertambah menjadi 12.
Abah sangat sayang dengan cucu cucu nya.
Semua di layan sama rata.
Jika ingin di belikan apa apa, Abah akan mengira jumlah cucu dengan jumlah barang yang di beli.
Abah kata biar adil jadi tidak bergaduh.
Cucunya turut memanggil Abah sebagai Abah.
Begitu juga anak anak comel itu memanggil Mak.

Abah.
Memang aku tidak pernah ungkapkan kata,
"Aku sayang sangat dekat Abah. "
Namun aku pasti Abah tahu itu yang aku dan anak anak Abah rasa.
Ya. Benar. Itu yang kami rasa.
Kami Sangat Sayang Abah!

20110616

Saat Tidurnya Diriku.

Kesihatan masih lagi menjadi taruhan.
Perubahan suhu sekeliling mempengaruhi tubuh aku.
Apabila fajar menyinsing, aku seperti insan yang hilang upaya.
Menggigil, meringkuk.
Sejuk dan sunyi yang aku rasa cukup menyiksa jiwa.


Saat tidurnya diriku,
Aku impikan istana seputih salju,
Aku angankan kau menjadi penghuni tetap di situ.

Saat tidurnya diriku,
Yang aku sumbatkan kedalam minda hanya kau menjadi permaisuri yang satu.
Yang aku berikan watak utama untuk menghidupkan kisah dongeng kita.

Saat tidurnya diriku,
Seringkali aku tersenyum manja apabila membayangkan kau merapatkan wajah ke dada.
Wanginya aroma udara mampu aku hidu walau itu hanya mainan minda.

Saat tidurnya diriku,
Aku binakan kau persinggahan sempurna.
Untuk kau menjelmakan wajah menjadi yang terindah.

Saat tidurnya diriku,
Aku sentiasa bayangkan hanya yang terbaik untukmu.
Tiada cacat cela walau sekelumit hama.

Saat tidurnya diriku,
Aku menjaga dirimu yang suci itu.
Sanggup tertumpah darah agar kau tidak tercemar.

Saat tidurnya diriku,
Aku impikan langit sentiasa membiru.
Agar waktu waktu kita sentiasa cerah tidak perlu teraba raba mencari arah.

Saat tidurnya diriku,
Aku sentiasa bayangkan wajahmu.
Melihat dengan teliti adakah senyuman manis itu masih hangat seperti dulu?


p/s : Puisi ini aku gubah untuk wanita wanita kesayangan aku.

Tragedi Jumpa Zafira Zaki

Assalamualaikum.

Gua di serang demam.
Otak gua tepu untuk berpuisi dalam post ini.
Penulisan mengenai perempuan seperti yang di sarankan dearly I D A untuk dinilai oleh admin batalion 1001 PEREMPUAN pun tidak dapat gua siapkan.
Lagipun gua tidak harapkan apa apa dari situ.

Tengok.
Tekak dah rasa loya dah.

Penyakit morning sickness Nora Elena lah berjangkit nie. Damn!
Gua kena blah dulu.

p/s : Sejak bila gua pakai panggilan "gua" nie? Tak sopan sungguh!