20110610

Gua Bukan Baik Pun

Langit malam ini gelap.
Masih gelap.
Sama seperti semalam.
Tidak mustahil esok masih dalam situasi yang sama.

Hati aku kelam.
Mungkin lebih kelam dari langit malam ini.
Hitam.

Aku juga jahat.
Memang aku jahat.
Kebaikan aku selama ini cuma propaganda.
Propaganda yang membuat aku hidup.

Aku kebencian orang.
Itu benar.
Aku suka bila orang benci sama aku.
Mungkin itu kepakaran aku.

Maaf kalau kau jadi mangsa aku entah yang keberapa.

Aku Punya Kawan

Aku punya kawan.
Kawan yang selalu ada dengan aku.
Kawan sejak tadikanya aku.
Bodoh aku tak di keji sebab masa itu kawan aku serba sekata tahap IQ nya.
Rongak aku tak dikata sebab kawan aku pun sama saja.

Aku punya kawan.
Kawan masa sekolah aku.
Dari kecil hingga remaja masih sama.
Masih sama walau ada yang berumahtangga jambang panjang sejengka.
Aku masih ada mereka.

Aku punya kawan.
Kawan yang ada masa sedihnya aku.
Sanggup luangkan masa dengar rintihan bodoh aku.
Rela temankan aku bila taufan melankoli menerjah aku.
Bila aku bersedih perwatakan mereka turut berubah seiya sekata.

Aku punya kawan.
Kawan yang ada masa gembiranya aku.
Sangat ramai yang mengelilingi aku.
Sehingga aku terkucil membeza yang mana satu kawan sebenar.
Namun hati aku tahu siapa yang aku mahu.

Aku punya kawan.
Kawan yang suka mengusik aku.
Bukan usikan manja yang membuat aku terliuk lentok bagai joran di sambar ikan.
Sangat gedik rupanya bukan?
Tapi usikan yang boleh menimbulkan pergaduhan yang sering ditimbulkan.

Aku punya kawan.
Kawan saat sakitnya aku.
Akan bertanya perkembangan aku.
Akan mengingatkan aku mengambil dadah yang ditetapkan.
Namun belum ada yang menghantar ubat ke rumah aku untuk melihat aku bangun sihat semula.
Sungguh romantik jika begitu.

Aku punya kawan.
Kawan dari laman Mukabuku.
Walau tak beribu tapi aku sudah tak mampu melayan kerenah semua itu.
Ada yang sekufu dan ada yang membuatkan aku malu.
Tapi aku tetap anggap mereka kawan aku,
atau bakal lebih dari itu.

Aku punya kawan.
Kawan yang menyakitkan aku mengembirakan aku menemani aku melayan aku.
Cukup rasa aku punya semua.
Semua itu aku perlu dalam hidup aku ini.
Hidup aku yang memerlukan aku melawan negatif rasa.
Bukan di manja manja dengan propaganda semata.
Aku suka mereka yang jujur dengan kekurangan aku.
Aku suka mereka yang menegur apa silapnya aku.
Aku suka mereka yang tidak suka memuji aku.

Bukan mereka yang beriya kata tentang bagusnya aku sedangkan di belakang mengeji aku.
Itu CILAKA!

20110607

Wordless Wednesday

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says 
                         so much that it doesn’t need any description.

..............................................................................................................................
Death Will Come

 p/s : Lepas nie gua update blog tiap hari Rabu jela jawabnya. :)

20110604

Sewaktu Aku Kecil

Sewaktu aku kecil.
Aku hidup serba sederhana.
Baju yang kebiasaannya aku pakai berlubang compang camping.
Itu semua tidak menjadi masalah kerana rakan rakan sepermainan aku semuanya sama.
Tidak akan ada yang mengata "Eh Jimmy baju kau buruk benar."
Anak anak kecil kini mana kau dapat melihat itu semua lagi.
Baru lahir sahaja sudah di limpahkan dengan kemewahan.
Bagi keluarga yang sederhana, sanggup berhabis demi anak tercinta.
Sungguh anak anak kini lebih beruntung dari zaman aku dahulu.

Sewaktu aku kecil.
Terdapat pelbagai permainan bagi mengisi masa senggang aku.
Baling selipar tembak getah pondok pondok masak masak senapang kayu itu kepakaran zaman kecil aku.
Bermain rondes sampai pecah cermin tingkap jiran.
Kepala koyak terkena kayu pemukul.
Dalam banyak banyak permainan itu hanya tembak getah yang memerlukan modal.
Getah sebanyak 50sen dari kedai Cik Maon sudah cukup.
Senapang kayu semua made by hand oleh kawan aku Tongkeng namanya.
Peluru hanya gunakan terung pipit.
Aku tersenyum bila mengingati saat itu.
Anak anak kecil kini mana kau dapat melihat itu semua lagi.
Kini ibu bapa suapkan anak anak mereka dengan permainan bersifat elektronik.
Anak anak kini lebih suka duduk di rumah mengadap laptop dengan Counter Strike dan Need For Speednya.
Anak anak kini leka dengan Android yang di jadikan hadiah masa ulang tahun kelahiran mereka.
Dan anak anak kini juga yang semakin ramai menghadapi Obesiti.
Mana ada anak anak kini yang suka bermain sampai berpeluh peluh.
Duduk di rumah layan permainan sambil menguyah makanan ringan ibarat syurga oleh mereka.
Begitu lagi mahu di katakan Obesiti berpunca oleh pemakanan di kantin sekolah?
Sangat cilaka bunyinya.

Sewaktu aku kecil.
Belukar dan semak menjadi tempat persembunyian.
Haiwan haiwan juga banyak yang aku kenal.
Calar balar luka luka tidak ada yang merisaukan.
Kalau jatuh akan aku bangun sendiri.
Mak dan abah akan marah kalau itu semua salah aku sendiri.
Jika puncanya bermain dengan kawan kawan, tetap aku yang akan tanggung sendiri.
Anak anak pada zaman kecil aku lebih bersifat berani buat berani tanggung.
Kelihatan kecil tapi ironinya kental.
Anak anak kini sadis.
Melihat lembu pun sudah tidak kenal apa bendanya.
Calar sedikit merengek.
Masuk belukar sekejap membentak tidak tahan dek usikan nyamuk.
Luka sedikit menangis.
Jika salah sendiri ibu bapa memujuk.
Jika salah kawan kawannya, bersiap siaga lah mak bapak kawannya itu untuk di serang.

Sewaktu aku kecil.
Sangat sukar untuk ponteng sekolah.
Jika hujan, tetap akan di hantar ke sekolah walau pengangkutannya hanya motorsikal.
Hanya satu muslihat yang aku berjaya lakukan jika mahu ponteng sekolah.
Pura pura pening kepala saja yang berjaya.
Jika demam abang abang aku yang seramai tujuh orang akan bergilir gilir memeriksa aku bagi memastikan itu suatu pembohongan atau kebenaran.
Jika aku menyorok akan di cari sehingga dapat.
Dan aku akan mendapat sesi Tarbiah secara percuma yang membingitkan telinga.
Jika di sekolah cikgu denda balik rumah akan mendapat bonus tambahan.
Anak anak kini sungguh untung pada aku.
Jika malas ke sekolah hanya perlu nyatakan pada ibu bapa.
Jika ponteng pun ibu bapa hanya kata "TIDAK APA."
Jika hujan pun boleh di jadikan alasan walau punya motokar yang mewah.
Jika di sekolah cikgu denda sampai lebam cikgu itu akan popular.
Masuk suratkhabar muka hadapan.
"CIKGU PEMBULI."

Pada aku yang sifatnya kekampungan ini.
Sewaktu aku kecil lebih bagus cara didikannya.

Pada aku yang manja tapi bertempat ini.
Anak anak kini terlebih dedah dengan teknologi.

Pada aku yang akan menginjak dewasa ini.
Aku harap anak anak sedara aku dan bakal anak anak aku akan mendapat asuhan yang wajar bagi dia menjadi manusia.

20110601

Aku Malu



Malu.
Aku malu apabila ada bangsa aku jatuh dalam perangkap dunia.
Aku malu apabila ada keluarga aku lemah untuk berlawan.
Bukan berlawan dengan raksasa made in Japan yang buat kanak kanak tertawa riang apabila menonton di Televisyen.
Bukan beradu tenaga dengan penjajah yang sifatnya bangsat lagi kejam.

Apa yang aku kata berlawan dengan rasa diri yang sangat ingin mencuba.
Bagus bangsa aku terkenal dengan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru.
Bagus sangat.
Tapi apabila yang di cuba itu sesuatu yang salah buat apa.
Sesuatu yang terang terangan akan terbitkan penyesalan.
Orang orang tua mudah kata.
"biasalah darah muda."
"dulu pun kita macam itu juga, biarlah."
Orang orang muda pula kata.
"baru ada gaya."
"macam gini baru macho bro."

Aku kata.
'ABAH KAU!"

Cukuplah dengan lambakan bangsa Melayu di dalam kerangka besi sunyi itu.
Cukuplah.
Aku tidak mahu bangsa aku, sahabat aku, keluarga aku dan aku sendiri meratap merayu di sana.
Sedih sunyi tersiksa di sana.

Aku pernah juga tersilap percaturan.
Aku pernah juga mencuba itu ini.
Aku pernah juga menari nari apabila mendengar keasyikan melodi.
Aku pernah juga merasa puas dengan kelajuan walau motor aku tak laju mana.

Namun itu semua sudah hilang dari aku.
Yang masih ada hanya hembusan naga.

Sukar untuk buang itu semua.
Sangat sukar.
Bak kata aku.
Pelan pelan kayuh lah kawan.

*penulisan yang carcamarba dari aku. "aku tak tenang."