Assalamualaikum.
Kali ini aku akan berkongsi dengan kalian hasil penulisan Husen Mustopha.
Penulis yang berjiwa bebas dan ya dambaan wanita.
Penulisannya kali ini berkisar mengenai pandangan dirinya mengenai realiti di bumi Malaysia yang penuh dengan agenda dan propaganda.
Mari hayati. Harap harap tidak kena ISA lah kan.
MERDEKA
Terlupa,
Alpa,
Leka,
Dengan buaian penipuan dunia,
Dengan dendangan pombohongan si keparat.
DUNIA TANPA BATASAN katanya,
SATU MALAYSIA sebagai pegangan luahnya,
BELIA BENCI DADAH jeritnya,
BUDI BAHASA BUDAYA KITA serunya,
Ternyata apa yang nyatanya,
Hanya omongan kosong yang kononnya berjiwa,
Hanya jeritan membabi buta menipu rakyatnya,
Yang kononnya RAKYAT DIDAHULUKAN,
Tapi hakikatnya hanya PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Oleh,
HUSEN MUSTOPHA.
Bukan pro kerajaan dan bukan pro pembangkang
Tapi hanya rakyat haprak meluahkan perasaan.
____________________________________________
Ya. Itulah Husen Mustopha.
Pembakar semangat jiwa muda aku dan boleh juga di katakan dia itulah mentor aku.
Sebab dia itu dambaan wanita sedangkan aku kebencian wanita.
20110510
20110507
Sapinah Lembang Itu Permaisuri Aku
Cinta Hati Aku
Mungkin tiada aku.
Jika tiada kamu.
Untuk mengenal apa itu dunia.
Untuk melihat susuk susuk bahagia.
Walau umur aku sudah menginjak dua angka.
Walau aku sudah kenal apa itu agenda dunia.
Namun aku masih perlukan kawalan mu.
Kawalan mu yang meneruskan aku untuk berlalu.
Aku masih ingat saat dahulu.
Saat dahulu sebelum sayuan azan Subuh menusuk,
Sudah kedengaran kau menyiapkan diri untuk mencari rezeki.
Mencari rezeki untuk kami kami ini.
Kami kami ini anak kamu.
Anak kamu yang lapan lelaki dan seorang puteri.
Sampai kini bila aku sudah berumur dua puluh tahun.
Agenda pagi kau masih sama seperti dahulu dahulu.
Bila di tanya kenapa masih mahu bersusah payah wahai ibu?
Kau menjawab "Ini semua untuk kau menyambung belajar anak ku."
Umur kau bukan awal empat puluhan.
Kini kau sudah enam puluh satu tahun ibu.
Aku lihat kau tidak pernah.
Tidak pernah merungut walau sekali.
Sungguh besar apa yang kau lakukan terhadap anak anak mu ini.
Anak anak mu ini yang selalu membantah kehendak mu.
Anak anak mu ini yang sering melawan percakapan mu.
Anak anak mu ini.
Tapi siapa yang tidak sayangkan ibu? Siapa?
Aku sendiri tidak dapat bayangkan saat kau pergi.
Aku ini anak manja kamu.
Jika aku punya wanita yang aku minat, kau lah yang pertama aku cari.
Jika cinta itu sudah tiada lagi, kau juga yang akan aku cari dahulu.
Jika aku menghadapi peperiksaan, kau yang selalu mendoakan.
Jika aku berbuat kesilapan, kau juga yang akan perbetulkan.
Kau sentiasa yang dahulu sentiasa yang pertama.
Bagaimana akan aku rasa bila kau sudah tiada?
Satu yang akan aku janjikan.
Aku akan berjaya di dalam pelajaran.
Aku akan berjaya.
Dan kau juga selalu berkata bahawa kau mahu aku mengenggam segulung ijazah.
Aku akan buktikan.
Sedangkan aku baru separuh langkah ke alam Universiti kau sudah tersenyum bahagia.
Aku tidak malu untuk memperkenalkan kau sebagai ibuku.
Kau punya jiwa yang tidak sama seperti mereka mereka itu.
Kau punya wajah yang bisa mengubat hati rindu.
Kau punya senyum yang menarik minat Abah puluhan tahun lalu.
Aku bangga punya kau sebagai ibu.
Kau handal memasak sehinggakan turut mengalir minat itu dalam tubuh aku.
Bukan aku sahaja. Malah abang abang dan akak punya minat yang sama.
Sama seperi ibu.
Aku bersyukur aku masih punya ibu.
Aku gembira aku masih dapat merasa pelukan ibu.
Aku bahagia aku masih dapat buat kau tersenyum ibu.
Sedangkan mereka mereka itu sudah tidak punya ibu aku masih punya kamu.
Masih punya kamu yang selalu ambil tahu mengenai aku.
Makan minum aku.
Duit belanja aku.
Sihat sakit aku.
Itu semua kamu. Itu semua kamu yang ambil tahu.
Aku sayang kamu.
Sapinah Lembang itu permaisuri aku.
Cinta hati aku.
Selamat Hari Ibu :)
20110504
Anak Itu
Assalamualaikum.
Ini hasil penulisan aku yang ke-dua.
Penulisan yang pertama aku paparkan di halaman Mukabuku.
Aku masih baharu di dalam dunia ini.
Dan hasil penulisan aku ini secara spontan.
Jika ada kekurangan, aku terima teguran.
Teguran yang mengikut saluran.
Bukan yang membuta tuli tiada identiti.
Nama pena yang di guna Si Comek.
Berumur 20-an.
Perwatakan biasa.
Bukan dambaan wanita.

Anak itu tidak berdaya.
Seperti bangkai tiada nyawa.
Terbaring di jalanan.
Terduduk di longkang syaitan.
Di gongong binatang haram.
Hilang kaki hilang tangan.
Anak itu tidak berdaya.
Tidak menegah tidak mengiya.
Si tuli yang belum mempunyai akal untuk berkata.
"Hei bodoh kenapa kau buang aku!"
"Hei bangang ini aku! Ini aku!"
Anak itu tidak berdaya.
Namun dia bakal peguambela.
Dia bakal pemimpin negara.
Dia bakal guru sejarah.
Dia bakal segala gala.
Ayah. Ibu.
Kenapa kau buang aku?
Kenapa kau tidak mahukan aku?
Aku tidak secantik anak anak lain itu?
Kau malu ada anak seperti aku?
Aku mahu rasa punya ayah punya ibu.
Aku mahu rasa kau peluk aku kucup aku.
Bukannya semut yang menyibukkan aku.
Bukannya nyamuk yang mengucup manja aku.
Ayah. Ibu.
Aku tidak punya dosa.
Kenapa aku di layan sebegini rupa?
Kenapa kau merembeskan segala kalau kau tidak mahu aku di dunia?
Kenapa mesti kau buang aku?
Tukang sapu itu mahukan aku.
Datin itu mahukan aku.
Pencacai najis itu mahukan aku.
Bekas banduan itu mahukan aku.
Tapi kenapa kau buang aku?
Aku sunyi aku sepi.
Aku menangis tiada siapa mengerti.
Aku benci! Aku benci!
Nafas aku sampai sini.
--------------------------------------------------

Maaf Tolong Jauhi Aku
Assalamualaikum.
Kali ini hanya entry pendek yang akan aku paparkan.
Entry yang berkaitan dengan dunia penulisan.
Namun buat pertama kali ini aku akan kenalkan hasil insan lain bukan diri ku.
Nama pena yang di guna Husen Mustopha.
Berumur 20-an.
Perwatakan menarik.
Dambaan wanita.
Maaf Tolong Jauhi Aku
Jangan dekatiku jika aku tak penting,
Jangan hubungiku jika aku tak penting,
Jangan panggilku jika aku tak penting,
Jangan merinduiku jika aku tak penting,
Jangan memanggilku jika aku tak penting,
Jangan jalan denganku jika aku tak penting,
Jangan marahiku jika aku tak penting,
Jangan ingatiku jika aku tak penting,
Jangan pernah ada setitik tentang diriku,
Kerna aku bukan insan berharga untuk kau banggakan,
Kerna aku juga bukan insan cantik yang bisa kau tayangkan,
Aku hanya insan yang mampu mendengar masalahmu,
Dan membebel haprak untuk menaikkan semangat mu.
Aku juga mahu menjadi penulis.
Lain kali akan aku selitkan hasil penulisan aku juga.
Sabar ya. :)

20110502
Tingkatan Enam Itu Indah
Assalamualaikum.
Tempoh dua hari ini baru aku dapat merehatkan diri.
Betullah orang kata Hari Pekerja memang terasa sambutannya.
Setahun sekali baru dapat merasa.
Adik beradik berkumpul.
Lagi lagi dengan bilangan ahli keluarga aku yang agak besar.
Berkumpul bersama menonton bola.
Berhimpun bersama menikmati rezeki Illahi.
Inilah bahagia yang sebenar.
Penulisan kali ini permintaan daripada Adik yang mahukan aku menerangkan mengenai Tingkatan Enam.
Selama ini masyarakat mempunyai pemikiran skeptikal terhadap sistem pembelajaran di Tingkatan Enam.
Ada yang berpendapat memasuki Tingkatan Enam hanya membuang masa hampir dua tahun.
Pada aku itu pandangan golongan yang tidak berpendidikan tinggi.
Seperti yang aku nyatakan di Mukabuku, walau kau belajar di Universiti tersohor negara atau dunia sekalipun, jika tiada usaha tidak berguna.
Mari selami dunia Tingkatan Enam dari sudut pandangan dan pengalaman aku sendiri.
Selepas habis belajar di Tingkatan Lima, aku tidak memohon untuk menyambung belajar di mana mana.
Rasa untuk belajar seperti sudah hilang dari dalam diri.
Namun bila aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di Tingkatan Enam, aku terpaksa pergi.
Kena paksa dengan Mak lah apa lagi.
Mula mula memang rasa bosan kena bangun pagi pagi kena pakai uniform sekolah siap lencana bagai.
Peraturan pun kena ikut peraturan sekolah.
Diri kena kemas rambut kena sisir.
Belajar di kelas bukan di dewan kuliah.
Tapi tu semua mula mula saja.
Dah lama kau sendiri rasa gian dengan itu semua. Percayalah.
Bila guru guru layan macam anak sendiri.
Bila guru guru mahu berkongsi makanan dengan kau.
Bila kesalahan yang kau lakukan di mulakan dengan nasihat dan bukan hukuman yang membuta tuli.
Aku rasa pengalaman seperti itu sukar untuk kau dapat di tempat lain.
Ya. Mungkin masa di Tingkatan Enam Rendah keseronokan itu belum terasa kerana guru guru memberi lebih perhatian kepada para senior.
Namun bila kau sudah di Tingkatan Enam Atas, kau akan di dodoi dodoi di tatang tatang.
Jom aku kongsi gambar ketika aku di Tingkatan Enam.
[ Ini belajar Sejarah dengan Prof Ismail. Tak macam belajar dekat sekolah kan? ]
[ Yang duduk molek tu Cikgu Seha. Yang baju hijau cun tu Cikgu Ann ]
[ Fokus pada selipar ya. Tak macam sekolah kan? ]
[ Jamuan woo. Seminggu harus ada masa terluang untuk jamuan ]
[ Eh paparazzi mana yang capture nie weh? ]
[ Ini jamuan untuk junior masa kitorang kendali program orientasi ]
[ Hari Guru kami handle. Bangga bila berjaya ]
[ Di Hotel Pelican. Cantik kan sweater Dia itu. :) ]
[ Ini masa program KRJ. Program kesedaran ]
[ Ini masa Graduasi. Pakai jubah tau. Cool je ]
[ Segak kan? ]
Banyak lagi woo kalau mahu berkongsi rasa di Tingkatan Enam ni.
Eh kalau yang rasa nak mencari jodoh tu pun boleh masuk Tingkatan Enam. Ramai calon.
Kalau nak tahu kelebihan Tingkatan Enam secara terperinci, boleh klik SINI.
Boleh berjaya di mana mana kalau kau ada usaha.
Seperti Sue Hamiza, Zafira Zaki, Embun Nazura mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam STPM.
Kau juga boleh kalau kau ada usaha. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)