20110315

Kau Terasa? Maaflah.

Assalamualaikum.


Firstly nak sampaikan salam takziah kepada warga Jepun kerana di landa bencana Tsunami yang sangat dasyat.
Mungkin itu ujian dan mungkin itu bala yang Allah turunkan.
Kepada warga Jepun yang mengikuti blog ini, bersabarlah.
Eh? Berangan nak orang Jepun mata sepet baca blog capuk nie?
Jepun celup mungkin ada. Kan?

Aku masih mampu tersenyum kerana Jang Nara telah nyatakan kepada aku di Mukabuku bahawa dia terselamat oleh bencana itu. =)
Eh? Jang Nara bukan Korean ke ha?
Persetan kan. Ada aku kesah.

Dan seraya dengan itu kecoh di melalui mesej pesanan ringkas di Telefon Genggam dan Mukabuku mengenai mesej berangkai :


BBC flash news: Japan government confirms radiation leak at fukushima nuclear plants. Asian countries should take necessary precautions. If rain comes, remain indoors first 24hours, close doors n windows, swab neck skin with beta-dine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions, radiation may hit Philippines starting 4pm (Pinas time) today! PLEASE PASS...

                                   [ kau meminta atau kau menegah? eh? ]

Ya. Sejak kebelakangan ini memang cuaca sangat sangat suram.
Mendung memanjang.
Takut juga mahu keluar rumah mana tahu berlubang hidung bila terkena. Kan?

Tapi. Tapi. Tapi.
Apa kes bila cuaca mendung perasaan turut terlibat sama?
Macam kanak kanak selalu kata :

        Kelihatannya seperti cuaca memahami perasaanku.


Ceh. Kanak kanak konon. Bukan kau pernah guna juga? Eh?
Entahlah. Sebab aku juga kadangkala rasa begitu.

Hari cerah rasa indah.
Hari mendung rasa gelisah.
Hari hujan rasa sedih.
Tapi. Tapi. Tapi.
KADANGKALA ok. Bukan selalu.

Kan? Tak selalu kan? Angguk tanda setuju. Cepat!
Bagus.
Dan kerana perasaan itu membuatkan aku tiada mood untuk membuat entry entry terbaru.
Sebab jari aku kaku.
Sebab hati aku beku.
Sebab otak aku tepu.
Kan? Sungguh itu semua mempengaruhi corak pemikiran aku yang kebiasaannnya berlandaskan minda yang sedar dan imaginasi yang kreatif. Apakah?

Ya. Fikiran aku celaru saat ini.
Kenapa? Entahlah.
Aku sendiri tidak tahu.

Mahu tanya sedikit.
Pernah kau rasa seperti kepala kau di acu dengan pistol seterusnya picu ditarik dan melepaskan logam yang bernama peluru dengan kelajuan yang mengalahkan kerdipan mata tembus ke tengkorak dan menghentikan fungsi otak? Kosong.
Melampaukah jika aku katakan aku merasa sedemikian saat ini?

                                                      [ mahu rasa? ]

Namun jangan risau.
Keadaan aku masih terkawal.
Aku tahu kalian punya rasa kasih punya rasa sayang terhadap aku. Ceh.
Rasa cinta saja yang belum. Eh?
Dan aku masih waras.
Aku tidak akan jadi seperti insan insan yang tiada pegangan yang gunakan Arsenik untuk menenangkan jiwa.
Tahu apa itu Arsenik? Klik Sini.
Benda itu satu sudu sudah mampu memberi seribu kelapangan.
Tapi kubur jadi sempit lah brader. Nasib badan lah kan?

Pernah kau dengar cerita tentang lelaki/wanita bunuh diri selepas kekasih tinggalkan mereka?
Pernah?
Kasihan ada.
Sedih ada.
Geram pun ada. Kan?
Kasihan sebab kekasih tinggalkan dia.
Sedih sebab dia meninggal dunia sebab cinta.
Geram sebab dia bodoh. Boleh?

Sudah terang lagi bersuluh sudah lapang lagi menjengah.
Memang sungguh dosa besar yang dia terima. Kan?

                           [ inikah hasilnya bila roh tidak tenteram? Wallahualam ]

Kenapa perlu sampai begitu bila kekasih lari?
Sebab sayang?
Sebab kasih?
Sebab cinta?
Persetankan!

Itu semua boleh dapat dengan insan lainlah.
Lagi lagi jika muka kau macam Asmara.
Boleh dapat dua lagi tau. Zalia dan Melati.
Cantik meletuff. Eh?
Tiba tiba terselit. Maaf.
Aku teruja sebab dahulu pernah orang cakap muka aku ada iras iras Asmara.
Kau nak gelak? Gelaklah.
Aku hanya tersenyum dengan penuh kemaluan.
Gila kan?
Entah celah mana yang ada iras iras.

Dah cukup. Berhenti menggelakkan insan lain.
Kan tidak elok. Kan?
Sudah.
Aku tahu aku tidak hensem.
Tapi tidak hensem aku ini pun ramai yang sayang. Eh?
Adakah?

Tapi Alhamdulillah bila aku di tinggal kan dahulu aku kuat.
Nak tahu apa rahsia?
Aku minum Ubat Gamat.
Ya. Betul.
Memang berubah ciri ciri fizikal aku jika aku minum betul. Kan?
Aku kuat sebab aku ada kawan kawan.
Dan paling penting aku selalu yakin Allah tetap sayang aku.
Dan itu semua ada hikmah.
Mungkin dengan cara itu aku akan dapat berjumpa dengan insan yang lebih baik.
Siapa tahu. Kan?
Itu semua kerja Tuhan?

Dan aku tidak seperti insan lain yang apabila kecewa dalam cinta, terus anti-lelaki/anti-perempuan.
Apa kau gila?
Kau hidup dalam dunia ciptaan kau ke apa?
Kau siap anti segala tapi sekeliling kau, kau tetap perlukan mereka. Kan?
Tamparlah jika aku salah. Aku rela.
Jika aku betul cukuplah dengan kau betulkan apa yang salah.

Jika cara kau seperti itu, kau secara tidak langsung telah tidak berlaku adil terhadap diri kau dan seterusnya terhadap insan lain.
Kau nak tahu kenapa?
Sebab.
Kau tidak berlaku adil kerana kau menahan diri kau dari menerima apa yang sepatutnya hadir. Kau membelenggu diri kau sendiri di satu sudut yang tidak mampu insan lain menyentuhnya.
Kau tidak berlaku adil terhadap insan lain kerana kau telah tanam kan di minda kau bahawa semua lelaki/wanita sama. Kau akan menghina insan yang baik tanpa kau tahu. Adilkah?
Mungkin adil bagi kau. Sebab secara automatiknya, kau insan yang kejung.
Yang hanya bermain dengan bayang bayang yang semakin lama semakin menghilang.
Tidak kah kau tahu itu semua? Kasihan.
Dan. Kau tidak sedar, sifat kau yang membenci lelaki/wanita itu secara diam akan membunuh jiwa insan yang telah jatuh cinta dengan kau.
Boleh kan jika aku menggelarkan kau insan yang kejam. Aku rasa kau layak menerima nya.

20110313

Muffin Terbang & Hati?

Assalamualaikum.


Sehari suntuk masa di penuhi untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan saudara mara.
Ouh penat terasa.
Itupun setelah di paksa oleh mak yang menyatakan aku seperti anak dara yang hanya menghabiskan masa di rumah.
Apakah? =.="

Baru sebentar tadi menjenguk blog rakan baru. Apabila membaca entry terbarunya Angan Angan Setinggi Awan *entry gedik melampau! :D membuatkan aku tersenyum sendiri.
Bukan sinis. Apalagi mengkeji. Hanya dapat membayangkan itu semua menjadi kenyataan tentunya dia akan menjadi bahagia dan gembira. Mudah mudahan ya kawan. Aku akan doakan.


Aku? Jika aku bercerita mengenai majlis perkahwinan impian, harapannya aku akan di tertawakan dengan penuh semangat oleh kalian.
Biarlah itu semua hanya aku yang tahu.
Dari menjadi bahan ejekan seperti kanak kanak di tahap tadika atau pun pra-sekolah, lebih baik jika aku sendiri yang tersenyum bila berangan angan tentangnya. =)

Ah persetan itu semua. Sebelum bibir atas dan bawah aku tercantum dan membuatkan ekspresi yang selalunya dapat menggoda kaum wanita, lebih baik aku hentikan ini semua.
Sebentar! Menggoda kaum wanita? Kalaulah benar tentu bahagia. =)

   [ dapat di bayangkan Muffin seperti ini terbang melayang dari genggaman? ]

Cerita mengenai Muffin tersebut hanyalah perkara yang memalukan kepada aku. Tidak perlu kalian tahu. =)


Sama lagi lagi lagi dan lagi seperti entry entry terdahulu. Tiada subjek khusus yang ingin aku utarakan di kertas contengan maya ini.
Sungguh sadis kerana aku tidak mempunyai pemikiran kreatif seperti kalian.

Aku kini menjadi salah seorang pengikut setia contengan Lord Zara. Entry entry yang di kemukakan semuanya berkisar mengenai kehidupan. Semuanya mempunyai pengisian yang sangat bermakna.
Contengan nya kebiasaannya mengenai permasalahan rakan rakan dan dirinya sendiri.
Pernah juga terbayang menjadi dirinya.
Pasti kepala ku akan senget sebelah dengan beban yang ada.

Dari apa yang aku ikuti, kebanyakan masalah bermula dari cinta. 

                                          [ cinta ibarat berjudi? benarkah? ]

Sungguh cinta itu buta. 
Sungguh cinta itu pekak.
Sungguh cinta itu bisu.
Kan? 

Jika cinta itu tidak buta, masakan ada manusia yang mencucuk deria penglihatan agar tidak lagi melihat dunia yang membuatkannya sengsara?
Jika cinta itu tidak pekak, masakan ada manusia yang menyumbat deria pendengaran dengan pembesar suara agar tidak lagi mendengar rayuan manja yang membuatkan diri menderita?
Dan jika cinta itu tidak bisu, masakan ada manusia yang menelan minyak panas agar rongga suara tidak boleh mengeluarkan kata kata menggoda yang membuat kan diri sendiri merana? 

                                [ Berdarah? Hati aku belum lagi. Alhamdulillah. ]

Hati ouh hati.
Sungguh sukar di jaga.
Dan belum tentu bertahun bercinta akan kekal selamanya.
Dan tidak tentu perkenalan singkat akan membawa derita.
Ini semua sudah di tentukan Tuhan.
Kita hanya mengikut laluan.

Mengenai aku, aku serahkan segalanya kepada takdir.
Aku tidak terlalu mengharap.
Kerana ia bisa menjadi racun di dalam penawar.
Ya. Itu benar.
Dan aku tidak mahu menjadi insan yang kehilangan jiwa setelah kecewa.
Aku masih punya kehidupan.
Dan mungkin juga itu semua akan membawa kepada perkara yang jauh lebih baik.
Siapa tahu kan? 
                                          [ tanda persoalan untuk kalian. ]

20110309

Lemon, Oren, Sastera & Air Mata?

Assalamualaikum.

Sahabat. Di harap kalian sihat walafiat.
Sesungguhnya tika ini aku tersenyum kelat.
Senyuman yang tidak boleh di gunakan untuk memikat.
Bukan kerana di tinggal wanita berbulu mata lebat.
Tetapi kerana sakit urat pelikat.

      [ tersenyum manis bila terlihat gambar ini : Lemon & Oren Boleh Bersatu? ]


Ya. Kalian mungkin tertanya kaitan Lemon & Oren dengan diriku?
Mungkin itu hanya sekeping gambar yang aku kaitkan antara aku dan Dia.
Ya. Kami berlainan. Sungguh.
Bila di fikirkan tiada apa yang sama antara kami.
Dan mungkin kerana ketaksamaan itu yang membuatkan kami tertarik satu sama lain.
Mana mungkin medan magnet yang sama akan bercantum?
Mana mungkin ikatan kimia yang sama akan menghasilkan sesuatu yang hebat?
Mana mungkin bahan masakan yang sama akan menjadikan sajian penuh bermakna?

Suatu kelainan yang akan menarik.
Suatu kelainan yang akan kelihatan cantik.
Dan suatu kelainan bukanlah pelik.

Tujuan jari jemari menaip entry atas hasil pemprosesan Frontal Lobe dan Temporal Lobe bukanlah untuk menceritakan tentang aku dan Dia.
Jika terus terusan aku persembahkan kisah aku dan Dia sebagai santapan, akan ada yang menyumpah.
Berpaling. Meludah.

Masih. Seperti dahulu.
Setiap entry yang aku persembahkan tiada sebab yang khusus.
Jari aku akan pantas menaip apabila mendapat isyarat daripada otak.
Jadi maaf jika kau anggap penulisan ku berserabut.
Aku bukan menaip untuk perhatian, tetapi kepuasan.

Teringat kembali kisah perbualan di antara aku dan rakan di ruangan peribadi di Mukabuku dan juga komentar komentar yang di tinggalkan oleh rakan rakan maya di pautan blog ku.

Rakan : Puitis kan ayat ayat kau?
Aku : Aku masih di tahap pembelajaran.
Rakan : Moga kau dapat menjadi seorang sasterawan.
Aku : Mana mungkin aku menjadi sasterawan. 
Otak penat memikir cara mencari jalan penyelesaian.

Ya. Aku bukan itu. 
Aku bukan seorang yang suka memberatkan fikiran dengan masalah.
Aku akan tetap tersenyum dan tertawa walau kelihatan nya hari esok seperti tidak akan wujud.
Aku hanya aku. Dahulu aku benci dan jelik melihat insan yang menggunakan istilah dan nada sastera dalam penulisan dan pertuturan.
Ya. Aku memang seperti itu. Aku merasa sukar untuk berbicara seperti seorang pendita.
Kalian boleh menyumpah aku.
Kalian boleh mencerca aku.
Itu memang diri ku.
   [ Perlukah topeng sebegini di lekatkan di muka agar tidak terserlah ekspresi yang                                                    menjengkelkan? ]

Namun apabila mula menjadi pengikut gaya penulisan sebegini, aku menjadi tertarik.
Ayat yang puitis.
Gaya yang penuh kiasan.
Pertuturan yang tersepit sindiran.
Kini menjadi kudapan.

Aku masih di dalam proses pembelajaran.
Banyak masa yang aku perlukan.
Jika ayat ayat ini membuat kalian tersenyum manja, Alhamdulillah.
Jika ayat ayat ini membuat kalian tersenyum dengan penuh kebencian, Nauzubillah.

Adakah contengan di atas hanya sekadar mukadimah?
Atau sudah boleh di anggap sebagai isi yang dapat membina?
Kalian yang menjadi juri yang bijaksana.
Boleh menanggap ini semua indah.
Boleh menanggap ini semua sampah.
Seraya itu juga aku meludah. Tepat ke muka.

Tiba tiba terbayang di tubir minda mengenai suatu ayat biasa :

I'll walk in the rain so that others can't see my tears fall.

Adakah kalian akan melakukan perkara sama apabila tubir mata bergenang dengan cecair jernih?
Saat cairan jernih semakin jinak di hujung mata tanpa maskara.
Dan apabila cairan jernih pantas mengalir dari gua.
Saat itu juga kau akan mengejar hujan di dunia sebelah?
Sempatkah?

Mengapa tidak kau duduk bersimpuh menadah tangan memohon doa.
Dari diri kau di timpa hujan yang realitinya boleh membawa kemusnahan?
Untuk apa kau menyorokkan tangisan?
Untuk membuktikan kau bukan lemah?
Untuk membuktikan kau tidak mudah kalah?
Realitinya kau akan kalah besar jika kau berpura pura.

                    [ topeng buatan tetap tidak mampu menyembunyikan perasaan ]


Lelaki tidak boleh menangis?
Lelaki hanya perlu menunjukkan wajah bengis?
Buku panduan abad ke berapa yang kau guna?

Mungkin kau bukan lelaki.
Mungkin kau juga bukan wanita.
Mungkin kau insan yang kecelaruan jantina.
Mungkin.

Jika benar lelaki tidak boleh menangis, dunia jadi tawar.
Jika benar lelaki tidak boleh menangis, dunia jadi kelam.
Dunia hanya akan penuh dengan sifat kebencian dan kebengisan.
Mana mungkin filem filem romantis yang penuh dengan deraian air mata laku untuk di jual.
Mana mungkin drama drama korea yang selalunya mendung akan di tonton oleh berjuta juta manusia.
Dan apa guna di ciptakan air mata?

                   [ adakah mata yang berwarna akan mengalirkan air sama? ]

Dengar. Lihat.
Seorang lelaki mengalirkan air mata bukan tanda nya lemah.
Seorang lelaki mengalirkan air mata bukan tanda nya kalah.
Seorang lelaki mengalirkan air mata bukan tanda nya hormon Androstenidion berubah menjadi Progesteron manakala hormon Androgen berubah kepada Estrogen.
Ini semua hanya lah lumrah.
Setiap manusia mempunyai rasa.

Kadang kala suka.
Kadang kala duka.
Kadang kala bahagia.
Kadang kala derita.


Terdengar bisikan sinis menyuruh ku menamat kan contengan kali ini.
Ya. Lagi sekali aku terasa contengan aku seperti kosong.
Kepada kalian yang menyokong dengan cara penulisan aku, hamburan penghargaan aku berikan.
Kepada kalian yang menanggap cara penulisan ku hanya sebagai alternatif untuk mendabik dada mendongak muka, senyuman sinis aku berikan.
Seperti yang aku kata.
Kalian mempunyai hak untuk meluahkan rasa.



Nota Kata : Keinginan untuk menconteng sangat membuak buak terasa walaupun tiada idea atau benda yang ingin di kongsi. Jadi maaf jika kalian pening kepala membaca contengan kali ini.

20110308

Assalamualaikum.

Hari ini masih seperti biasa.
Hari ini masih dapat merasai kegembiraan.
Hari ini masih dapat mengukir senyuman.
Hari ini masih dapat melihat kebesaran ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah. Syukur.


 
Sementara menanti orang rumah pulang daripada mencari nafkah, tangan gatal ingin menaip.
Sedangkan tiada idea apa yang mahu di contengkan di atas lapisan kertas maya ini.
Seboleh boleh nya aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang berguna.
Sesuatu yang bukan semata mata propaganda untuk membuatkan aku teguh berdiri di atas pentas dunia.


Ya. Aku tidak seperti kalian. Seperti kalian yang sedia maklum di kenali.
Aku hanya seorang insan yang hadirnya tidak di rasai.
Aku hanya seorang insan yang kehilangannya tidak di sedari.
Aku hanya seorang insan yang serba kekurangan.
Mahu tertawa di atas kekurangan ku?
Silakan. Aku tidak menghalang.
Malahan bibir ku tidak lekang mengukir senyuman. =)

                                                        [ Si Kalah ]

Kenapa aku masih mampu tersenyum?
Kerana kau yang mentertawakan aku akan berjalan pulang seperti Si Kalah diatas.
Kenapa? Adakah kau tanya kenapa?
Kerana aku tidak kisah di atas kejian dan cacian insan insan seperti kau.
Saat kau metertawakan aku, kau tidak sedar langkah kau semakin perlahan. Longlai.
Pentas yang dahulunya kukuh untuk kau menari nari seperti sang juara kini sudah reput. Berlubang.
Tubuh kau yang dahulu nya gagah untuk mencari setiap kesalahan orang lain kini telah lemah. Semput.
Segalanya akan terdedah. Terlanjang.
Baru kau akan mengigil gigil mengunakan segala anggota untuk menutup segala yang terserlah.
Saat itu baru kau tahu langit tinggi atau rendah.
Masa itu juga aku akan ketawa dengan penuh berhemah.

                   [ aku tersenyum jika pentas lakonan yang kau gunakan semoden ini ]

Kau lupa. Kau lupa pada Maha Pencipta.
Kau lupa kau hanya seperti sekelumit hama.
Kau lupa bahawa diri kau hanya manusia biasa.
Kau lupa itu semua.
Kalaulah ada kamus dunia, ingin aku hadiahkan kepada kau.
Agar kau tidak lagi lupa.
Sedarlah kau.
Selagi Medulla Oblongata masih berfungsi.

Dunia ouh dunia.
Kadang kala rasa indah.
Kadang kala rasa duka.
Kadang kala rasa cinta.
Kadang kala rasa derita.
Penuh dengan agenda.
Penuh dengan propaganda.

Manusia yang menyatakan kekesalan hidup di atas dunia sungguh menyedihkan.
Sedangkan si buta masih mampu tersenyum walaupun dunianya gelap gelita.
Sedangkan si pekak masih mampu gembira walaupun dunianya senyap segala.

Apalagi yang kau mahukan di dunia yang serba sempurna ini wahai manusia.
Ya. Aku tahu. Aku tahu bahawa aku sendiri kadangkala rasa kekurangan sesuatu.
Tapi aku masih mampu tersenyum walaupun kadangkala rasa senyuman itu kelat. Pahit.

                                     [ kalaulah senyuman aku seperti ini ]

Entahlah. Bermacam macam rasa hadir ketika aku menyiapkan entry kali ini.
Maaf jika membuatkan otak kalian berat terasa.
Aku sendiri rasa serabut.
Aku sendiri rasa gembira.
Aku sendiri rasa sedih.
Aku sendiri rasa bahagia.

                                      [ Si Keliru yang tidak tahu arah tuju ]


Jangan risau. Aku masih belum tergolong di dalam golongan sedemikian.
Aku masih waras.
Arah tuju ku masih jelas.
Hati ku masih keras.
Langkahku masih pantas.

Ada baiknya aku tamatkan contengan ini.
Sebelum ada manusia yang berfikiran negatif.
Habis muncung panjang berjela.
Jelingan tajam seperti singa.
Ouh derita.

Maaf lagi sekali jika contengan kali ini kelihatannya sarcastic.
Maaf jika membuatkan kalian terasa.
Bukan hendak mendabik dada.
Apa lagi mendongak ke langit.
Aku hanya meluahkan rasa.

20110307

Bila Aku Buka Cerita . . .

Assalamualaikum.


Sudah lama tidak update blog ini kan? Mungkin agak sibuk menguruskan diri.
Al-maklumlah belum ada Kak Limah yang nak menjaga diri ini.
Sadis. Sungguh sadis.

Hari ini terpanggil untuk update blog. Ceh. Terpanggil konon. haha.
Actualy just nak biasakan diri menjadi blogger aktif even tiada cerita cerita menarik untuk dikongsi.
Kang if mencarut tanpa pengisian berguna or 'koya' mahu lari followers followers blog ini.

Rasa seperti mahu berkongsi tentang diri sendiri kali ini. Ya. Tentang diri ini.
Entah lah. Tidak tahu macam mana mahu membuka bicara agar cerita sesedap rasa.
kadang kala jika main terjah tanpa salam mahu kena penampar sedas. Pedas.

Baiklah. Panjang mukadimah boleh jadi salah.
Today's I want to share about my feelings. Cewah. Macam tak sedap lidah je bila speaking segala.

                          [ jika benar hati seperti ini, sudah tercangkuk boleh mati. ]


Tentang hati aku? Aku mempunyai hati yang pelik. Sungguh.
Hati aku lembut. Ceh.
Hati aku menarik. Ceh.
Hati aku cantik. Ceh.
Persetan kan itu semua. haha.

Hati aku sama seperti insan insan lain. Mahu di sayangi. Mahu di belai. Mahukan perhatian. haha.
Masya-Allah. Mengapa insan bernama Mohd Zaimi sungguh jiwang ini hari. :D
Standard lah der. Gua pun manusia. Tak dapat lari dari ini semua. haha.

Baiklah. Actualy sukar bercerita tentang hati dan perasaan. Sukar. Sungguh Sukar.
Aku mula kenal ini semua after Form 4. Lewat jika di banding kan dengan anak muda zaman sekarang.
Jika sekarang umur menjadi dua angka sudah di kira mencapai takat yang sesuai untuk bercinta.
Sungguh ideologi yang tidak berguna.

Cinta masa itu hanya bertahan setahun lebih.  Time itu tidak boleh di takrif kan sebagai cinta.
Time itu buta. haha.  Tapi Mak suka gila bila aku dengan dia masa dulu.

Itu cerita dahulu. Kami berpisah jodoh tidak panjang. haha. Jodoh apa umur masih ciput and aku akui masih belum matang ketika itu.
Selepas itu TERjumpa dengan keturunan raja Indon. haha. Muka boleh jual la. :D
                                               [ sungguh ini bukan Dia ]

Yang ini pun Mak suka aku 'kawan' dengan dia. Sungguh. Entah tangkal apa yang dia guna. haha.
Jahat mulut sungguh diri ini. Namun kami tidak sehaluan. Ceh. Macam artis  punya statement.

Selepas itu aku menduda dalam waktu yang agak panjang. haha. Duda berhias ok. :D
After SPM and aku masuk Form 6, pemikiran aku berubah. Macam tak percaya kan? haha.
Aku kenal dengan seseorang. manis.
Rasa hidup makin indah dunia makin cerah. Adakah jika di singkat kan hasil nya perkataan ANGAU yang muncul?
Tidak. Kerana aku bukan di bawah paras sedar.
Aku masih waras.

                                         [ Dia colourfull seperti Tulip ini ]


Pernah sekali berjumpa Mak. Mak menunjukkan reaksi yang sangat positif yang tidak pernah di tunjukkan ketika berjumpa gadis gadis terdahulu.
Si Hidung Tinggi. :D (gelaran yang Mak beri)

She's very unique. And maybe because of thats, it's make me extremely wants to know more about her.
But it's so hard to go through her heart.
It's look like there's have a massive wall that I can't pass through it.
I just allowed to draw some pictures on that wall.
Luckily it's a positive effort that i ever do.
Its almost two years. 
And for readers information, we are friend.
We happy being this way.
If there's a way for us, Alhamdulillah.
If none, we used to being a friend.

Jika ada jodoh, who knows right?

Juga mana tahu jodoh ku dengan si Eton anak cik Senah.
Juga boleh jadi dengan Peah si janda meletuff kampung sebelah.

Ini semua ketentuan Tuhan.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Dan begitulah sebaliknya.

Redha dengan segala ketentuan. =)

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
 
Tertarik dengan lirik lagu ini. Jiwang? Ya. Kedengarannya aku ini sungguh jiwang.
Persetan kan itu semua. Kerna aku masih mempunyai hati dan perasaan. 

                                             AKU BUKAN ROBOT