20110722

Surat Kepada Bakal Wife(s)

Kehadapan bakal bakal wife(s) yang kanda kasihi. Pertamanya sekali ingin kanda nyatakan bahawa kanda hanya insan biasa yang banyak terdapat di desa desa seluruh Selatan Malaysia. Berkulit sedikit putih ala ala Pan-Asian yang menjadi punca kejelesan mamat mamat kampung sebelah menyebelah dan tak kurang juga menyebabkan ramai cik cik awek yang nak dok mengusha. Tapi ini bukan tandanya kanda sorang player mahupun pusher sekalipun boyer (baca : buaya). Kanda seorang yang setia hendaknya jika jodoh kita panjang. Tapi kalau dah takdir jodoh kita tak berapa nak panjang, hanya redha yang kanda boleh khabarkan kepada dinda. See, awal awal lagi dah nampak kebaikan kanda kan?

Perenggan di atas dah cukup rasanya untuk kanda memperkenalkan diri kanda secara fizikalnya kepada bakal bakal wife(s) kanda. Tak perlu rasanya kanda kenalkan banyak banyak di sini. Kita akan punya a very long first night moment untuk kita saling mengenali. Kan lebih sweet gitu ye dak?
Kanda tidak menetapkan sebarang kriteria luaran kepada bakal bakal wife(s) kanda. Cukuplah punya wajah seperti Lisa Surihani ataupun Hana Takasima Hana Tajima. Cukuplah. Kanda dah bersyukur sangat sangat.
Kanda tak demand ok dalam memilih bakal wife(s). Kanda juga harap bakal bakal wife(s) kanda bertudung. Kan lebih comel plus super duper sweet bila dinda bertudung. Mak abah kanda pun surely akan sayang betei dengan dinda. Kat situ dinda dah dapat bonus benefit tau. Kalau yang tak bertudung tu boleh juga. Nanti kanda akan didik perlahan lahan. Kanda tak gunakan kekerasan. Cukuplah kanda gunakan ayat ayat sarkastik yang membuat bakal bakal wife(s) kanda nanti tersipu sipu malu.

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat cantik-ayu-jelita, kanda tergolong dalam keluarga yang besar. Adik beradik mak ramai. Sama juga dengan adik beradik abah. Kanda juga punya sembilan adik beradik. So kepada bakal bakal wife(s) kanda, jangan terkejut atau mengherdik kanda jika kita punya anak yang ramai juga. Bukan niat kanda mahu jadikan dinda seperti kilang industri. Sungguh bukan. Kanda kan baik, jangan lupa. Kalau dah Allah beri kita rezeki anak yang ramai, redha je dinda. Kanda tahu sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati. Kanda tahu. Lagipun syahid dinda kalau dah di takdirkan meninggal dunia ketika melahirkan. Jangan ingat kanda buta agama ya dinda. Kanda tahu itu semua. Lagipun dinda, semasa tempoh berpantang, bakal bakal wife(s) kanda yang lain akan jaga dinda baik baik. Jangan takut. Diorang sayang dinda macam kanda sayang dinda juga. See bertuahkan mendapat suami seperti kanda?

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat kanda kasihi. Di sini ingin kanda nyatakan juga bahawa kanda sangat sangat sayangkan Futsal kanda. Jika dinda dinda sudah memenuhi kuota, ingin kanda masukkan Futsal di tempat kelima sebagai reserve. Dinda, percayalah kanda berFutsal bukan sekadar bersuka ria. Kanda hanya ingin menyihatkan badan dan lari seketika dari mendengar bebelan dinda. Dan kanda berjanji bukan setiap hari kanda berFutsal. Cukuplah seminggu sekali. Dan dan juga kanda tidak akan berFutsal pada malam kegemaran dinda. Jangan risau. Kanda sangat memahami orangnya. Jangan kata kanda bangang kerana tergolong dalam sepuluh manusia yang berebutkan bola yang tiada perasaan dan tiada rupa cantik menawan. Kanda tahu dinda ada niat untuk berkata demikian. Hanya hantu hantu Futsal yang mengerti nikmatnya. Sama je macam kegilaan shopping dinda tu. Even kanda tak pernah faham, tapi kanda sanggup laburkan duit untuk minat dinda tu. See kanda sangat sangat pemurah orangnya. Lagipun daripada kanda habiskan masa dengan mencari pucuk pucuk muda sebagai ulam makan malam lebih baik kanda berFutsal ye dak? keh keh keh.


Hanya satu warning yang ingin kanda beri kepada bakal bakal wife(s) kanda. Kanda tak kisah jika dinda sokong team bola yang berlainan daripada kanda. Sungguh kanda tak kisah. Tapi jangan sesekali mengeji, memaki, mengutuk Manchester United kesayangan kanda. Sungguh boleh menimbulkan pergaduhan. Bola merapatkan cinta. Tapi jika dinda memasukkan unsur yang boleh mengurangkan tahap kesabaran kanda, alamatnya dinda akan tidur di sofa sedangkan kanda tidur di atas tilam Vono King Size kita. Jangan nak keluarkan kata tipikal "Dinda tak kisah. Kanda tu yang padan muka tidur sorang sorang!" Wait. Wait. Dinda kena berfikir dulu sebelum bersuara. Dinda kena ingat masih ada wife(s) kanda yang menunggu setiap masa. Jangan nanti dinda pulak yang menangis berlagu Gerimis Mengundang pulak kang. keh keh keh.

Kanda rasa cukuplah kiranya kanda tamatkan di sini sahaja. Jika ada kekurangan kanda akan utus kan di lain hari. Kepada bakal bakal wife(s) kanda, utusan doa akan kanda kirimkan bila kanda sudah mengetahui nama nama dinda. 

Yang Ikhlas Mendua Tiga Empatkan Mu.
-Kanda Pan-Asian Negeri Selatan-

20110719

Terusan Suez

Terusan kebanggaan yang membawa kepada kejayaan.
Permulaan revolusi perindustrian.
Titik mula kepada pembangunan.
Begitu juga terusan yang aku lalui kini.
Terusan yang memperlihatkan satu dunia baru kepada aku.
Dunia yang membuka mata dan kotak fikiran insan lembab seperti aku.
Aku mula menjejaki terusan ini pada masa dungunya aku.
Terusan ini aku lalu untuk mengejar kamu.
Pelbagai kerenah duniawi aku lihat sepanjang perjalanan aku.
Aku hampir rebah melayankan kebencian manusia manusia setan yang cemburukan kamu.
Tapi aku tahu tangan kamu sentiasa ada untuk membantu.
Dari dungunya aku, lembabnya aku, syukur aku boleh berbangga dengan diriku yang kini.
Bagaimana aku boleh jadi begini?
Sebab perasaan ingin duduk sekata dengan orang yang cerdik seperti kamu membuatkan aku lawan apa jua rasa bodoh dalam diri aku.
Benar apa orang kata apa yang kita dapat hasil usaha kita sendiri.
Tapi aku rasa aku tidak dapat sampai ke sini tanpa adanya kamu.
Aku masih ingat apa yang kamu ajarkan pada aku.

Semalam aku lihat senyuman di wajah kamu.
Senyuman yang buat aku seperti rasa tersipu sipu.
Aku rindu senyuman itu.
Aku masih berada di terusan ini lagi. Masih.
Aku tidak boleh berjanji untuk kekalkan senyuman kamu itu.
Takdir Illahi di luar bidang kuasa aku.
Aku insan hina yang hanya mampu berusaha untuk berada di samping kamu.
Aku hanya mampu teruskan doa supaya kamu sentiasa manis dengan senyuman seperti gula yang aku rindu.
Tuhan tolonglah aku.
Kekalkanlah kesegaran rumput di bumi.
Walau ini semua terpisah oleh jarak dan waktu.


Walau senyapnya aku bila bersama kamu.
Walau kelihatan kakunya aku bila kamu berdekatan aku.
Namun kamu perlu tahu saat saat itu yang aku impikan selalu.

20110718

Nukilan Rasa Sang Puaka

Sangat indah bila cermin kemuraman di pecahkan dengan lontaran batu batu gelojak perasaan. Cebisan cebisan kuntum senyuman yang berderai di landa badai kekecewaan di cantumkan menjadi sebuah senyuman yang bisa membuat jiwa rasa di awangan. Terbang. Walau tidak bersayap tetapi mampu rasa hembusan angin yang melayangkan. Simpan kuntuman senyuman yang kembali setelah sekian lama menghilang. Simpan. Jangan biar terpecahkan. Jika diri hilang senyuman, jiwa bisa mati. Hati jadi keji. Nyawa masih berdiri tapi tubuh tiada fungsi.


20110714

Wordless Friday ( A New Matlufthi Will Be Born)

Sesuka hati gua je ye dak nak buat Wordless Friday. Keh keh keh.
Gua nak share something yang without word can show my feelings.






Okbai!

20110707

Taik Lalat Penentu Kecomelan

Zaman sekolah rendah ramai orang kata gua comel. Ye ke idak gua pun tak tau.
Tapi diorang cakap faktor kecomelan gua di sebabkan taik lalat gua yang manis manis buah gitu.
Sebenarnya gua sendiri tak tau bila kewujudan taik lalat kat muka gua nie.
Mungkin orang yang kata gua comel just nak sedapkan hati gua yang time tu sangat sangat kecil dah muka minta simpati almost tiap masa.
Atau kemungkinan besar juga sebab kecomelan gua adalah satu kebenaran. Wallahualam.


Dan di sebabkan tiap hari termakan dek pujian manusia manusia sekeliling, secara automatiknya telah ter-setup dalam kepala otak gua bahawa gua sememangnya comel.
Masa sekolah rendah nie, di sebabkan rasa comel dalam diri gua yang menebal, gua punya perasaan yang agak cilaka iaitu semua stok awek awek cun yang baru berpindah ke sekolah gua, akan gua flirt.
Itu cuma niat je. Tapi realitinya gua seorang yang pemalu nak keluarkan ayat ayat bajet jiwang tangkap lentok macam lirik lirik lagu kumpulan Scan atau Spring.
Gua lebih suka simpan perasaan suka tu then just luahkan dengan cara bergurau kasar sampai budak perempuan yang comel tu menangis. See kejamnya gua kan?

Masa darjah Tiga kalau tak silap gua. Ada budak perempuan comel nie baru berpindah ke sekolah gua. Biar gua namakan dia sebagai Dy. Dy pindah ke sekolah gua sebab bapak dia jadi cikgu kat sekolah gua tu.
Di sebabkan sekolah gua sekolah kampung, setiap darjah hanya ada satu kelas sebab muridnya tak ramai.
Paling ramai satu kelas tu pun dalam 20++ je.

Di sebabkan budak Dy tu comel, gua rasa dia paling sesuai dengan gua berbanding kawan kawan sekelas gua yang lain.
Nak tau sebab apa? Sebab gua yakin gua pun comel.
Comel + Comel baru sesuai ye dak? Keh keh keh.
So tahap kerajinan gua nak ke sekolah tu menjadi sangat sangat tinggi.
Mandi pagi pun dah tak menjadi masalah pada gua sebab perlunya berbau wangi bila kesekolah supaya Dy tak rasa annoying bila dekat dengan gua.
Masa sekolah gua suka menyakat Dy. Yang gua ingat Dy suka sangat dengan karakter kartun Twitty.

                           [ Inilah Twitty kartun yang sangat kepoh kepochiii ]

Dy suka dengan karakter nie. Biasalah budak budak perempuan suka kumpul stiker kan. So Berlambaklah stiker Twitty nie dalam kelas.
Di sebabkan takdak modal nak menyakat, Twitty nie lah yang menjadi modal gua dengan kawan kawan untuk sakat Dy. Sampai menangis nangis Dy kena.
Bila dah menangis mulalah gua dengan geng geng gua cuak. Sebab bapak Dy nie cikgu yang garang masa tu.

Bapak Dy nie cikgu Pendidikan Jasmani.
So untuk menjadi stok menantu pilihan gua akan bersungguh sungguh apabila mulanya aktiviti bersenam.
Masa tu gua menjadi goalkeeper yang agak cekap demi nak tambat hati bakal bapak mertua. keh keh keh.
Tapi gua tak dapat wakili sekolah sebab gua ada semput time tu. Damn!

Dy tak lama dekat sekolah gua. Dalam setahun dua kalau tak silap.
Bapak dia pindah ke Terengganu so dia terpaksa ikut.
Kecewa gua time tu cuma bantal dekat rumah je yang tau.
Sedihnya gua hanya pokok pisang sekeliling rumah je yang tau.
Marahnya gua cuma ayam yang kena lastik dengan gua je yang tau.

Tapi gua gagahkan diri juga. Gua lawan rasa tu. keh keh keh.
Lepas Dy pindah ke Terengganu, raya yang dulu dulu dia dengan family dia akan datang beraya ke rumah gua sebab parents gua tukang masak dekat sekolah rendah tu. But tiap kali Dy datang, tiap kali tu juga lah gua pergi marhaban. Kecewa betei.

Seiring dengan masa yang berlalu, Dy hilang dalam fikiran gua. Dan bila ada budak comel yang pindah ke sekolah rendah tu, perasaan kecomelan gua jadi tak tentu arah. Sangat aktif rasanya. keh keh keh.
Perasaan suka gua dekat Dy akan berulang ulang dekat budak comel yang baru. Tapi kejadiannya tetap sama stok budak budak comel tu akan berpindah ikut parents. Tinggallah gua terkontang kanting.

Awal tahun 2011 nie kalau tak silap gua, gua jumpa Facebook Dy nie. Gua addlah ye dak. Then dia accept. Gua dok cerita pung pang pung pang pasal dulu time sekolah rendah tapi dia langsung tak ingat tu semua. Kasihan betei gua kan. keh keh keh.

p/s :
-Dy jangan risau ini masa hingusan dulu. Tiba tiba teringat tu yang dok cerita tu. takdak kena mengena  dengan  kehidupan kita yang sekarang dah.
-Dulu taik lalat gua menyebabkan orang kata gua comel. Sekarang taik lalat tu menyebabkan orang kata gua iras Zahiril Adzim. Tapi jangan risau sebab gua dah tak perasan macam dulu dah. keh keh keh.
-Sekarang gua sangat elakkan menjadi goalkeeper bila main bola atau futsal. Sebab gua akan teringat memori ini kembali. tsk. tsk. tsk.

20110701

Mati!

Aku memilih untuk mengenali.
Aku memilih untuk mendekati.
Aku rancang rapi.
Aku cuba gagahkan diri.

Aku melihat senyuman itu.
Aku mendengar tawa itu.
Aku merasa bahagia itu.
.
.
.
.
.
K.I.T.A
.
.
.
.
.
.
.
Semakin lama semakin jauh jasad dia melangkah pergi.
Semakin lama ia makin hilang di telan sepi.
Semakin lama seperti bahagia hanya dalam mimpi.

Aku di suruh berlari.
Aku di suruh pergi.
Aku di suruh memendam diri.
Aku bingung dengan semua ini!

Aku tidak mahu menjadi penyiksa lagi.
Aku tidak mahu melayari sesuatu yang tidak dapat di capai dek realiti.
Aku tidak mahu menjadi seperti si bodoh yang tersenyum senyum sendiri.

Aku penat!

Aku terkalahkan dengan rasa.
Aku bingung mahu memberi kata.
Aku takut akan membawa celaka.

Sekali lagi aku di belenggu dengan rasa.
Rasa yang pastinya akan membawa binasa.

Aku mahu terbang tinggi.
Terbang tinggi hingga MATI.

                                              [ Lihat. Aku sendiri. ]